INTAN telah menjadi seorang isteri. Walaupun
begitu, dia masih berasa gementar, apakah yang akan
berlaku setelah dia bergelar isteri kepada Assad Effendi,
pemuda yang diketahuinya cepat naik darah dan
mempunyai hati yang keras.
Dia pasrah dengan nasibnya. Berjanji pada
dirinya, kalau derita, akan ditempuhinya dengan tabah.
Kalau bahagia pula, dia akan bersyukur dan tidak
akan lupa daratan. Kemudian, apa yang diragukan,
memikirkan pernikahan ini tidak dengan kerelaan hati,
adalah mustahil dia akan bahagia.
Intan memerhati sekitar bilik tidur itu. Sebuah
bilik tamu di rumah Pak Haji Hasyim. Biliknya tidaklah
besar, tetapi keadaannya kemas, rapi dan bersih. Dia
dan Assad akan menginap di bilik itu hanya malam ini
sahaja. Esok Assad dan teman-temannya akan kembali
ke tanah besar. Sudah pasti dia juga akan mengikut
sama.
Jam dinding di ruang tamu rumah pak imam
berbunyi dua kali. Menunjukkan sudah jam 2 pagi.
Suaminya masih belum pulang. Tadi, suaminya keluar
bersama teman-temannya untuk menurunkan khemah
dan jangkanya mereka akan bermalam di rumah pak
imam.
"Kenapa masih duduk di situ?" Assad menegur
dengan suara yang dalam. Tiba-tiba suaminya sudah
tercegat di ambang pintu.
Intan terkejut dan pantas menoleh. Namun,
apabila melihat wajah serius suaminya, dia ketakutan
dan menundukkan kepala.
Assad segera menutup pintu bilik rapat-rapat.
Meskipun bunyi pintu yang ditutup itu tidak begitu kuat,
sekali lagi Intan terkejut. Jantungnya berdebar kencang.
"Aku tanya, kenapa masih duduk di situ?"
ulangnya lagi. "Disebabkan kau berharap sangat nak jadi
isteri aku, kenapa tak tanggalkan dulu pakaian kau?"
Sinis bicaranya.
Merah wajah Intan. Bibirnya digigit rapat. Dia
tidak mahu suaminya marah-marah, jadi dia bangkit dan
beredar ke satu sudut.
"Ke mana kau nak pergi?" Assad bersuara.
Sangkanya Intan cuba melarikan diri.
Terhenti langkah Intan. Dia hanya menunduk.
Tidak berani menentang mata suaminya.
"Saya mahu tanggalkan pakaian," jawabnya,
sinis juga.
Assad mendengus.
"Sini saja tak boleh? Sekarang kita kan dah jadi
suami isteri, apa nak dimalukan?"
Sekali lagi pipi Intan terasa hangat. Dia menggigit
YOU ARE READING
Dedaun Hijau Di Angin Lalu-Manaf Hamzah
RomansaTAJUK: DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU PENULIS: MANAF HAMZAH ISBN: 978-967-15574-3-3 HARGA: RM35 SM/ RM38SS BLURB: INTAN dibesarkan dalam suasana penuh ranjau di sebuah pulau. Kelahirannya diselubungi tanda tanya dia dipandang hina oleh orang kampung ker...