BENARLAH ada yang berkata, roda
hidup seseorang tidak semestinya selalu di atas.
Kadang-kadang ia boleh berubah dalam sekelip mata.
Begitu juga dengan takdir hidup Aleya Darwisya.
Musnah dalam keadaan yang tidak diduga.
Cuma sekali! Cuma sekali dia dan Aiman
melakukan hubungan intim itu. Itu pun kerana dipaksa
dan dia benar-benar terpaksa. Ah, bodohnya dia tika itu!
Tiba-tiba menjadi lembik. Kenapa dia tidak melawan?
Kenapa dia rapuh bagaikan reranting pohon hanya
kerana janji manis seorang insan bergelar lelaki?
Bodoh! Darwisya benar-benar bodoh. Menangis
air mata darah sekalipun, sudah tidak membawa
apa-apa makna. Kesalan tidak akan dapat mengubah
walau sedikit pun takdir yang tersurat buatnya. Kini dia
sudah disahkan mengandung hampir 3 minggu.
Allah... berat sungguh dugaan-Mu!
Bagaimana dia hendak berhadapan dengan
mummy dan daddy? Dan yang paling penting,
sejahil-jahil seorang Aleya Darwisya, dia takkan
tergamak hendak membuang nyawa yang langsung
tidak berdosa ini.
Darwisya tetap menyalahkan diri sendiri. Salah
dia kerana mempercayai lelaki itu. Mudah mengikut
Aiman membawanya ke mana saja. Tidak dinafikan, dia
bukanlah sebaik-baik manusia. Cuma bukan hingga ke
tahap mengandungkan anak luar nikah. Darwisya tahu
perbuatan zina itu perbuatan yang dikutuk oleh Allah.
Allah SWT pernah berfirman:
"Dan janganlah kamu mendekati zina,
sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang
keji dan suatu jalan yang buruk."
(QS. Al-Isra :32)
Mengenangkan orang tuanya di rumah,
tangisan yang sepi kembali pecah.
Dinzly menyebak rambutnya sedikit kasar.
Bingit suara tangisan itu membuatkan dia rasa
tidak selesa. Dia mengeluh keras. Dia memang tidak
suka melihat perempuan menangis di hadapannya.
Lebih-lebih lagi yang dramatik begini. Naik berbulu
matanya melihat.
Bukan sekali, tapi kali ini sudah masuk 4
kali Darwisya terpacul di depan rumahnya. Dah
tak ada kerja sangat ke? Dinzly mendesis bengang.
Bertambah-tambah bengang apabila dia baru hendak
melelapkan mata, datang pula spesies menyusahkan
orang seperti Darwisya.
"Bangun!" tanpa nada, arahan daripada bibir
sensual itu kedengaran.
YOU ARE READING
Dia...Suami Tak Dirancang - Hana (HE)
RomanceTAJUK: DIA... SUAMI TAK DIRANCANG PENULIS: HANA (HE) ISBN N0: 978-967-2185-52-9 HARGA:RM 30.00 (SM), RM 33.00(SS) BLURB Dinzly Fariqal... Kalau dilihat cara dia melayan Darwisya, memang menyakitkan hati. Memang kadang-kadang rasa geram sangat. Tapi...