RASA bingit telinga Dinzly apabila nama
Encik Fairuz menjadi bualan hangat orang kampung.
Sedangkan Encik Fairuz langsung tidak patut dilibatkan
dalam masalah dia dengan Darwisya. Tak pasal-pasal
kerana orang lain, Encik Fairuz pula yang menjadi
mangsa kejian.
Dasar perangai 'mak cik bawang'. Tak
sudah-sudah nak bergosip.
'Ingatkan menantu imam Fairuz tu bertudung
litup. Yalah, dah nama pun keluarga jenis alim-alim,
kan? Sekali aku ada terserempak dengan budak tu,
tudung pun entah ke mana. Tak sesuai langsung jadi
menantu imam Fairuz. Agaknya imam Fairuz tu dah
kena sogok dengan duit agaknya. Sebab itulah sanggup
terima menantu jenis macam tu.'
Phew! Rasa hangat hati. Kalau tidak
mengenangkan yang sedang rancak mengumpat itu
wanita yang hampir sebaya dengan ibunya, memang
dah lama dia sembur habis-habisan. Menggenggam
penumbuk, Dinzly cuba pujuk hati supaya cepat mereda.
Gagal kerana dia sendiri tidak mampu mengawal
bengangnya apabila nama orang tuanya yang terpalit
kotor.
Semua ni salah Darwisya! Gara-gara perempuan
itu, tidak sudah-sudah orang kampung berkata yang
buruk tentang Encik Fairuz dan Puan Munirah. Kali ini
memang Dinzly tidak dapat membendung kesabaran
lagi.
Bergegas menolak daun pintu bilik, tubuh yang
sedang terbaring di atas katil itu menjamah pandangan
mata. Buat hati Dinzly semakin menghangat.
"Kau ingat aku kahwini kau untuk jadikan
kau tuan puteri ke, Darwisya?" sergah Dinzly bercekak
pinggang.
Bingkas Darwisya bangkit daripada perbaringan.
Menelan liur. Gerun memandang wajah ketat Dinzly.
"Saya..."
"Semua benda ibu aku yang perlu sediakan.
Habis tu, kau? Terbongkang aje dekat dalam bilik ni.
Kau ni memang betul-betul dah melampaulah. Jangan
ingat kau tu anak Datuk, kau boleh berlagak macam
mem besar dalam rumah ni." Kuat Dinzly mengertap
gigi hinggakan pangkal rahang mulai timbul.
Sungguh tak pernah terniat walau sekuman di
hati Darwisya untuk memperhambakan Puan Munirah.
Tadi kepalanya memang terasa berat semacam.
Mungkin sebab banyak berfikir sejak kebelakangan ini.
Dia sudah pun meminta izin kepada Puan Munirah
YOU ARE READING
Dia...Suami Tak Dirancang - Hana (HE)
Storie d'amoreTAJUK: DIA... SUAMI TAK DIRANCANG PENULIS: HANA (HE) ISBN N0: 978-967-2185-52-9 HARGA:RM 30.00 (SM), RM 33.00(SS) BLURB Dinzly Fariqal... Kalau dilihat cara dia melayan Darwisya, memang menyakitkan hati. Memang kadang-kadang rasa geram sangat. Tapi...