Kembara Si Tudung Labuh Bhgn.1

139K 340 46
                                    

Kembara Si Tudung Labuh Bhgn.1

Malam itu akhirnya aku bersetuju untuk mengikuti kawanku Elyas yang selama ini asyik mengajakku mengikutinya ke satu tempat yang aku sendiri tidak pasti di mana. Walaupun sudah banyak kali aku menolak kerana aku tidak berminat kepada perkara yang tiada kepastian namun pada malam itu, entah kenapa aku bersetuju setelah mendengar ceritanya yang pada pendapatku agak tidak logik. Aku mentah-mentah menyatakan kepadanya betapa ceritanya itu merepek dan konyol, tetapi Elyas membalas kata-kataku dengan taruhan. Katanya kalau ceritanya itu konyol atau tipu, dia akan memberikan apa sahaja yang aku minta. Satu taruhan yang menarik pada pendapat aku. Lagipun aku tidak rugi apa-apa sekiranya mengikuti dia malam itu. Kebetulan juga, aku mempunyai waktu yang agak senggang maka dengan mudah aku bersetuju. Namun tidak sekali aku ketahui, bahawa malam itu aku akan melihat dan mendengar sendiri peristiwa yang akhir mengubah persepsi aku terhadap kehidupan. Wujudnya sisi gelap dalam diri setiap manusia.

Sebenarnya, aku juga ingin memastikan sendiri kebenaran cerita yang disampaikan oleh Elyas itu. Kami berdua bergerak ke tempat yang diceritakan oleh Elyas dengan menaiki sebuah kereta. Elyas memandu dengan tenang menyelusuri jalan tar hinggalah kereta yang kami naiki mula bergegar kerana memasuki jalan tanah merah yang berlubang-lubang. Sepanjang jalan dikelilingi oleh ladang getah yang aku rasa sudah tidak dikerjakan lagi tanpa sebatang pun lampu jalan. Bunyi enjin kereta menderu memecah kesunyian malam. Tepat jam 10 malam kami sampai di rumah yang dimaksudkan oleh Elyas iaitu rumah Tok gurunya yang dikenali sebagai Tok Abu. Dari jauh rumah papan tradisional milik Tok Abu kelihatan menyeramkan dalam kegelapan malam dengan pokok-pokok besar di keliling rumah menaikkan lagi bulu roma.

Di hadapan rumah tersebut terdapat laman yang luas boleh muat lebih dari 6 buah kereta yang dijadikan sebagai gelanggang latihan. Tok Abu merupakan seorang guru silat dan juga pengamal perubatan tradisional yang tinggal jauh di pendalaman kerana mengamalkan ilmunya. Hanya orang orang yang tertentu sahaja dapat berjumpa dan berubat dengannya. Menurut Elyas, Tok gurunya itu sangat terkenal dan handal dalam mengubati apa jua jenis penyakit, tetapi Tok gurunya itu tidak mengubati orang dengan sembarangan.

Ketika kami sampai, sudah ada dua pasang suami isteri sedang menunggu giliran untuk berubat. Mereka dibawa oleh salah seorang daripada tiga orang anak murid Tok Abu. Pasangan yang pertama aku kira umurnya dalam lingkungan akhir 20-an manakala yang satu lagi sekitar awal 40-an. Dari maklumat awal yang aku tahu dari Elyas, malam ini adalah malam yang agak istimewa kerana kedua-dua pasangan tersebut akan menjalani rawatan secara serentak dan mereka semua sudah pun di beritahu akan syarat-syaratnya. Kedua-dua pasangan itu pernah datang sebelum ini tetapi diubati secara berasingan, cuma kali ini mereka telah disyaratkan untuk berubat serentak. Kehadiran aku dan Elyas disambut oleh seorang lagi anak murid Tok Abu, Hamad namanya, dalam lingkungan umur yang agak muda bagiku, mungkin 18 tahun. Kami di sapa dengan ramah oleh Hamad dan terus dijemput naik ke atas rumah. Setelah menanggalkan kasut yang aku pakai, perlahan-lahan aku menginjak permukaan tangga yang kelihatannya uzur dan reput. Takut juga kalau-kalau patah anak tangga itu, akibatnya aku tersungkur ke bawah rumah menelan tanah.

Sebaik tiba di atas rumah, aku lihat Tok Abu sedang mengambil tempatnya di satu sudut rumah. Orangnya beruban lebat dan berjanggut tebal tetapi wajahnya tidak menua, sekali pandang, aku fikir umurnya seperti baru menginjak 50-an walaupun sebenarnya umur Tok Abu hampir mencecah 70 tahun sebagaimana yang diceritakan oleh Elyas sebelum ini. Sebaik sahaja Tok Abu melabuhkan punggungnya, suasana di dalam rumah tiba-tiba menjadi senyap sunyi, hanya bunyi cengkerik dan unggas sahaja meneruskan irama. Seketika kemudian Tok Abu bersuara, dia mempersilakan kedua-dua wanita itu untuk tampil ke tengah rumah dan berbaring di atas tikar mengkuang yang telah sedia terhampar kemas di lantai bersama dengan bantal dan minyak secara bersebelahan. Elyas sempat berbisik kepadaku menceritakan permasalahan yang dihadapi oleh kedua-dua wanita itu. Wanita yang lebih muda itu namanya Shida dan suaminya bernama Karim, dia dan suaminya menghadapi masalah gangguan orang ketiga. Mereka sering bertengkar dan menjadi dingin dalam perhubungan seks, manakala pasangan yang satu lagi, si isteri bernama Salbiah manakala suaminya bernama Che Wan, mereka menginginkan zuriat yang pertama walaupun mereka sudah lama berkahwin.

Kembara Si Tudung LabuhWhere stories live. Discover now