Kembara Si Tudung Labuh Bhgn.6
"Emm, Encik Fred, tadi cakap ada soalan yang nak tanya pada saya. Apa dia?" Suara Shida memecahkan kesunyian dalam kereta itu. Dari tadi hanya deruan angin dan bunyi rintikan hujan sahaja yang kedengaran.
Siva memandu dengan cukup berhati-hati dan perlahan. Hujan lebat di luar menyebabkan air bertakung di tengah jalan, kalau tidak berhati-hati, kemungkinan berlakunya kemalangan akan menjadi besar. Lagi pun Siva amat cermat orangnya. Sempat dia mengerling ke cermin pandang belakang keretanya itu melihat ke belakang. Dilihatnya Fred masih teragak-agak. Siva tahu, kata-kata Fred tadi cuma alasannya sahaja untuk duduk di sebelah Shida.
"Dasar jantan tak sedar diri betul orang tua ni. Sohai betul" Bisik Siva di dalam hati.
"Err... Sulah berapa lama you sama suami kahwin?" Soal Fred. Hentam sahaja soalan yang terbit dari mulutnya.
"Sudah 3 tahun Encik Fred." Jawab Shida jujur.
"Oh... Panggil saja la saya Fred. Tak perlu encik-encik ni hadoinye pun. Barulah cipat mesra. Haha!" Ujar Fred berseloroh dan kemudian ketawa besar. Dia buat lawak, dia sendiri yang ketawa. Siva cuma mampu menggelengkan kepalanya di depan.
"Jadi sepanjang you kawin, pernah ka dia berperangai ini macam?" Sambung Fred lagi. Setelah ketawanya reda. Shida turut ketawa melihat gelagat lelaki separuh abad di sisinya ini.
"Haha, baiklah Fred. Emm... Tak pernah, ini baru kali pertama dia bersikap macam ni." Balas Shida.
"Itu macam la. Hehehe... Emm... Pernah kah you nampak dia sama pelempuan lain?"
"Tak pernah tau Fred. Itu yang saya pelik. Saya pernah cuba ekori dia seharian, sampai saya ambil cuti. Tapi dari dia pergi kerja pagi sampai la dia balik ke rumah malamnya, dia tak pernah pergi ke tempat lain atau berjumpa dengan perempuan lain. Hari-hari rutin yang sama. Sebab itulah saya nak awak berdua siasat. Mungkin ada perkara yang saya terlepas pandang." Ujar Shida semakin selesa menceritakan masalah rumah tangganya.
"Pelik juga. Kes-kes biasa yang kami siasat sebelum ini, paling tidak mesti dia akan berjumpa dengan perempuan simpanannya di mana-mana. Yela, sudahlah balik lewat malam, takkan dia tak pernah keluar bersama dengan perempuan tu?" Celah Siva tiba-tiba. Sesekali dia memandang ke belakang melalui cermin pandang belakang kereta itu. Masing-masing mengangguk, mengiakan kata-kata Siva. Fred menggaru dagunya yang tidak gatal sambil dahinya berkerut seolah giat memikirkan sesuatu.
"I think, that woman works with him la. I mean, mesti itu pelempuan dia punya Staff juga. Macam itu dia Personal Assistant. Itu pasal la dia talak pernah pelgi mana-mana lepas habis kerja." Ujar Fred setelah mendiamkan diri seketika.
"Betul juga, kenapa saya tak pernah terfikir pasal tu?" Balas Shida. Mereka bertiga menganggukkan kepala dengan wajah yang puas, seolah-olah sudah berjaya menyelesaikan kes itu.
"So we'll start with the company first. Kita tengok kalau-kalau dapat kumpulkan maklumat. Kalau betul apa yang Fred cakap, kes ni dapat diselesaikan dengan segera." Kata Siva.
"Yes, betul tu Siva. Emm... Bila itu first time You pelasan dia sulah belubah?" Soal Fred lagi. Kali ini soalannya seakan semakin profesional dan mengarah kepada akar permasalahan yang dihadapi oleh Shida.
"Hmm... saya tak ingatlah Fred, mungkin sejak setahun yang lalu."
"Oh... apa yang belubah?"
"Dia selalu balik lewat. Dulu dia tak pernah macam tu, kalau lewat sekalipun, dia akan call saya dan beritahu. Sekarang, jarang sangat kami dapat berbual. Kalau bercakap pun cuma sepatah sahaja. Saya selalu rasa keseorangan. Layanan dia pada saya betul-betul sudah berubah." Cerita Shida panjang lebar. Air matanya mula bergenang di hujung mata.
YOU ARE READING
Kembara Si Tudung Labuh
RomanceSementara itu, tindakan Tok Abu semakin rancak dan berani. Tangannya mengurut kemas kedua-dua buah dada Salbiah dan sedikit demi sedikit tangannya menjalar masuk ke dalam baju kurung lalu meramas buah dada wanita itu dari dalam. Pernafasan Salbiah s...