Kepulangan putera Jeon disambut
engan meriah.kedatangan pembesar-pembesar dari seluruh kerajaan Bangtan dialu-alukan.
Ramai yg mengatakan bahawa mereka tidak dapat membezakan wajah putera Jeon dan ratu Jeon, apatah lagi, rambut mereka sama panjang.Ratu Jeon sememangnya tidak suka berambut panjang,namun baginda Tuanku masih lagi menjadi rebutan ramai putera dan raja muda dari kerajaan lain.mujurlah, pakaian mereka dapat dibezakan memandang mereka berlainan jantina."Dipersilakan duli yang maha mulia,seri paduka baginda Tuanku Ratu Jeon untuk berucap."
Putera Jeon memandang ke arah ratu Jeon.bangga dengan kejayaan kakaknya yang dapat mentadbir kerajaan Bangtan ini dalam usia yang muda.
"Beta amat sukacita pada hari ini, penantian beta selama 12 tahun akhirnya berakhir,adik kembar beta, putera Jeon akhirnya kembali semula ke tanah airnya.dengan ini,beta mahu seluruh rakyat kerajaan ini menghormati putera Jeon seperti kalian menghormati beta.akhir sekali,beta ingin mempersilakan putera Jeon,adinda beta,untuk berucap"
Putera Jeon bangun dari duduknya,berdiri di samping kakaknya bagi memberikan ucapan kepada rakyat.
"Hai,beta adalah putera Jeon, putera mahkota kerajaan ini,adinda kepada ratu Jeon."
Dia tersenyum kepada ratu jeon.kakandanya membalas senyuman putera Jeon itu dgn manis sekali.
"Beta belum mengenal kawasan ini dengan lebih baik, memandangkan beta baru sahaja sampai di kerajaan ini semalam.oleh itu,beta minta tunjuk ajar semua yg ada di sini utk membimbing beta.ini sahaja ucapan beta"
Tepukan gemuruh memenuhi dewan diraja itu.
Pada malam itu, putera Jeon masuk ke kamarnya.kamar yang sangat berbeza jika ingin dibandingkan dengan kamar di rumahnya sebelum ini.jauh di sudut hatinya,dia lebih suka hidup dalam keadaan yang sederhana dari pada terlalu mewah sebegini,tapi dia putera raja, pewaris kerajaan Bangtan.hanya istana yg besar yang layak jadi tempat tinggalnya.
______________________________________
Beberapa minggu kemudian....
"Kakanda,izinkan adinda keluar ke kota,adinda ingin melihat kehidupan rakyat kita di kota"
"Pergilah adinda,kakanda izinkan"
Putera Jeon segera bersiap.sebuah topi diletakkan di atas kepalanya.dia hanya memakai pakaian kasual.tidak mahu menjadi perhatian ramai penduduk.
Sedang dia berjalan di kota itu,tiba topinya terbang kerana tiupan angin yang kuat.putera Jeon cuba untuk menangkap topinya yang melayang.tiba-tiba sepasang tangan menangkap topinya.putera Jeon memandang kepada pemilik tangan.
Putera Jeon berlari anak menuju ke arah gadis yang menangkap topinya.
"Terima kasih"
"Sama-sama"
Putera Jeon tersenyum.Matanya turut memandang ke arah jejaka kacak yang berada di sebelah gadis itu.
"Ah,patik kenal tuanku, Tuanku adalah putera Jeon,ampun Tuanku"
Jejaka itu mengangkat tabik kearahnya.diikuti oleh gadis di sebelahnya.
"Jika kamu tidak keberatan, boleh tidak kamu berdua memperkenalkan diri"
"Nama patik adalah Kim Taehyung, manakala ini adalah teman wanita patik,Han soora"
"Ampun Tuanku"
Sekali lagi gadis itu menunduk hormat ke arah putera Jeon.putera Jeon tersenyum.hatinya tertarik dengan kelembutan tutur kata gadis di hadapannya.
Adakah ini yang dinamakan cinta pandang pertama.ah jangan kau bermimpi Jeon jungkook, walaupun kau berkuasa, bukan hak kau untuk merampas cinta rakyatmu sendiri.Putera Jeon bermonolog sendirian.
"Nampaknya patik berdua terpaksa meminta diri tuanku"
"Ah ye, pergilah"
"Ampunkan patik tuanku"
Serentak mereka berdua bersuara.
Putera Jeon memerhatikan mereka berdua.
Tersungging senyuman dari bibir merahnya.
"Ah,benarlah ini yang dinamakan cinta"
______________________________________
YOU ARE READING
servant of evil
Fanficshort story "if people said you are evil,so i am too,cause we share the same blood."