" han soora"
putera jeon memanggil han soora yang tidak menyedari kehadirannya.
"oh,tuanku"
gadis itu menundukkan sedikit kepalanya.
"boleh ke beta ingin berjumpa dengan kamu pada malam ni"
"boleh,boleh tuanku"
"jika begitu,jumpa beta di belakang istana. di perigi lama itu."
"bukankah tempat itu agak sunyi.malah berdekatan dengan taman diraja"
"iyaa...janganlah kamu khuatir..beta tidak akan mengapa-apakan kamu"
"oh,tidak,patik percayakan tuanku,patik yakin tuanku bukanlah orang yang berhati hitam"
putera jeon tersenyum kelat.
maafkan beta puteriku. hati putera jeon berbicara memohon kata maaf.
___________________________________
malam itu......
"soora"
han soora menoleh ke arah putera jeon.
putera jeon sedang menyembunyikan sebelah tangannya ke belakang badannya. dahi gadis itu berkerut.
"apa yang tuank....."
kata-katanya terhenti apabila putera jeon menariknya masuk ke dalam dakapan.
dia tergamam. bukan kerana pelukan yang putera jeon berikan kepada dia tetapi...
pandangan ditundukkan ke bahagian abdomennya yang sudah basah dengan cecair merah. mukanya berkerut menahan kesakitan dengan tusukan pisau yang tajam. pandangan dihala ke wajah putera jeon. jelas di penglihatanya air mata yang mengalir laju di pipi lelaki itu.
"maaf...maafkan beta"
mata soora merenung jauh kedalam anak mata lelaki itu. dapat dilihat keikhlasan yang lahir di mata itu. akhirnya gadis itu tersenyum dalam kesakitan.
"gwenchana."
tubuhnya disandarkan ke tubuh putera jeon.
nafas nya yang tersekat menyukarkan gadis itu untuk berbisik di telinga putera jeon.
"sa...saranghae...jeon..jungkook.."
nafasnya terhenti di dalam dakapan lelaki itu.
putera jeon menangis dengan lebih kuat.bahunya terhinjut-hinjut.
"nado....nado saranghae"
___________________________________
ratu jeon mengatur langkahnya ke arah adiknya yang sedang melutut menyembahnya.
"apakah adinda sudah menyelesaikan tugas itu."
putera jeon menunduk.
"sudah,kakanda"
sebuah senyuman yang sangat manis lahir dari bibir merah milik ratu.
"terima kasih,terima kasih adinda..kanda sayangkan kanda"
sebuah senyuman nipis terukir di wajah putera jeon apabila tubuh kecil kakaknya
jatuh ke dalam dakapannya. sungguh kegembiraan kakaknya itu adalah segala-segalanya bagi putera ini. apa sahaja sanggup dia lakukan untuk kakaknya. even membunuh orang yang dia paling sayang selepas kakaknya.maaf...maafkan beta han soora.
hati jejaka itu merintih perlahan.
air matanya mengalir laju di pipinya.
"eh,mengapa dinda menangis"
"tak, dinda cuma.....gembira sebab kanda gembira."
sekali lagi ratu jeon memasukkan dirinya
dalam pelukan adiknya.putera jeon hanya membalas...walaupun rasa bersalah dan sedih dia menggunung tinggi.
____________________________________
kim taehyumg terkaku melihat jasad han soora yang disandarkan di perigi yang ada di situ. segera dia menerpa ke arah tubuh yang sejuk dan kaku itu.
dalam fikirannya hanya satu insan.insan yang sering mengganggu dia kebelakangan ini.
hatinya menyimpan perasaan marah dan dendam . azam untuk dia menuntut bela ke atas gadis yang dia cinta mula hadir.
___________________________________
"putera jeon"
jejaka itu menoleh memandang ke arah pengawal istana yang berlari ke arahnya.
"ampun tuanku,ada seorang lelaki bernama kim taehyung mengamuk di hadapan pintu pagar. katanya dia mahu berjumpa dengan ratu. tetapi ini masa untuk ratu beristirahat . patik bimbang ratu akan murka."
wajah putera jeon berubah. apakah dia ingin menuntut bela atas kematian kekasihnya.
"bawa beta berjumpa dengannya."
akhirnya putera jeon dibawa untuk berjumpa dengan taehyung.
"tuanku"
kalini kim taehyung tidak menunduk hormat kepadanya seperti selalu. wajahnya kemerahan menahan rasa amarah.
"tunduk pada putera mahkota"
pengawal yang lain merasa berang dengan sikap biadab yang taehyung tunjukkan.
"tak...takpa" putera jeon berkata.
"dimana ratu?"
laju taehyung bertanya pada putera jeon.
"baginda sedang beristirehat,sampaikan sahaja pesan mu pada beta"
"cakap pada ratu yang patik akan menuntut bela ke atas kematian kekasih patik"
"apa?"
"kekasih patik,han soora...tuanku tau bukan,malah tuanku cintakan dia bukan..ratu telah membunuhnya."
"tidak,beta yakin kakak kembar patik bukan begitu,dia tidak akan mengotorkan tangan nya."
"sudah,maafkan patik kerana bersikap biadap dengan tuanku,tapi patik rela digelar penderhaka,patik rela bergelar pengkhianat, demi menuntut bela kematian han soora."
kim taehyung berlalu pergi. setitis air mata putera jeon menitis.
maafkan beta kim taehyung. tapi ketahuilah beta akan melindungi kakanda beta sehingga ke titisan darah yang terakhir
beta.____________________________________
putera jeon memandang daun coklat yang gugur dari pohon. musim luruh sudah bermula.tiba ii ada tubuh yang bersandar di belakang tubuhnya.
"kanda sayang dinda"
putera jeon tersenyum.
"dinda juga"
___________________________________
sorry pasal typo. kyaaa...aku tak sangka bahasa aku tersangatlah baku.
YOU ARE READING
servant of evil
أدب الهواةshort story "if people said you are evil,so i am too,cause we share the same blood."