UNEDITED VER. JADI PENULISAN AGAK TERUK DAN TYPO BERSEPAH!
Aku melangkah masuk ke dalam bangunan sekolah, beg sekolah hitam digalas dibahu. Hari ini hari pertama aku ke sekolah sebagai senior.
Melangkah masuk saja ke kaki lima, aku lihat ramai pelajar yang sedang berbual di tepi loker masing-masing dan ada juga pasangan kekasih yang sedang meluahkan rasa rindu seperti berpelukan, berciuman dan sebagainya.
Aku berlalu ke loker buku, aku buka pintu loker dan aku masukkan beg galas ke dalam loker. Buku teks English aku ambil bersama sebatang pen. Usai itu aku tutup pintu loker-
"Hey!" Aku tersentak saat wajah kawan baikku muncul apabila aku mahu menutup pintu loker itu tadi. Aku memegang dadaku, nafas lega aku lepaskan. Aku memandang Victoria dengan pandangan yang tajam.
"Terkejut saya tahu tak?" kata aku dengan nada tidak berpuas hati. Victoria ketawa kecil, dia paut bahu aku dan memeluk tubuhku sekilas.
"Sorry, babe. By the way, how's your summer?" soal Victoria sambil bersandar pada pintu loker sebelah loker aku. Aku perhatikan pakaian Victoria.
Kemeja putih berlengan panjang ketat ditubuhnya bersama skirt hitam paras paha. Victoria seorang yang seksi dan sangat cantik. Dia suka bersolek dan shopping. Victoria merupakan ketua pasukan sorak di sekolah. Aku panggilnya Tori.
Dia sangat popular dikalangan lelaki. Victoria juga seorang anak orang kaya, ayah dan ibunya adalah seorang peguam. Victoria seorang anak tunggal sama seperti aku dan hidupnya sangat mewah kalau dibandingkan dengan aku.
"It was nice, i think." kata aku dengan nada perlahan. Musim panas tahun ini tiada apa yang berubah. Aku tidak keluar dari rumah langsung. Kalau aku mahu pun ianya mustahil.
"You think? Kenapa mesti you think? Something happened?" soal Victoria dengan nada yang risau. Aku tersenyum kecil padanya, kepala digelengkan perlahan.
"Saya okay. Jangan la risau. Musim panas tahun ni okay. Tak ada apa yang baru pun." kata aku dengan senyuman kecil. Victoria mencebikkan bibirnya pada aku. Pipi aku dicubitnya geram namun laju aku menolak.
"Aww, aku tahu. Mesti kau bosan sebab aku tak ada, kan? Sorry la. Cousin aku ajak melawat dia last minute." kata Victoria dengan nada serba salah. Aku gelengkan kepala perlahan.
"Tak apa. Saya faham."
Aku senyum saja pada Victoria, dia paut bahu aku dan kami berjalan ke kelas pertama untuk sesi pagi ini. Tiba di dalam kelas, kami mengambil tempat duduk seperti biasa. Aku duduk di bahagian tengah kelas bersama Victoria.
"Macam mana dengan London?" soal aku sekadar berbasa basi dengan Victoria sementara menunggu madam Linda masuk mengajar. Victoria tersenyum lebar dan mula bercerita tentang percutian musim panasnya di London bersama sepupunya. Aku tersenyum saja mendengar ceritanya.
"That's great, Tori." kata aku usai dia habis bercerita dan pintu kelas terbuka. Madam Linda masuk dan mula mengajar. Buku teks dibuka untuk belajar. Segala penerangan daripada madam Linda aku catat.
Tiba-tiba pintu terbuka lagi dari luar, seluruh isi kelas memandang ke arah pintu termasuk madam Linda. Aku menelan liurku perit saat wajah jejaka yang sudah lama aku minat terpampang di muka pintu.
Ace Hunter.
Lelaki yang aku minat sejak 5 tahun yang lalu. Sejak hari pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah ini. Dia lelaki pertama yang menarik perhatian aku. Victoria tahu tentang perasaan aku pada Hunter. Sudah banyak kali dia nasihatkan aku supaya lupakan lelaki itu. Kalau tidak aku sendiri yang terluka nanti.
"Stop staring at him like that, Violet." bisik Victoria di telinga aku, serentak itu aku alihkan pandangan ke arah lain.
Oh my god, Hunter satu kelas dengan aku untuk English tahun ni?
"You're late, Hunter." kata madam Linda dengan tegas pada Hunter. Kali ini mata aku memandang ke arah Hunter semula, dia sedang membalas pandangan macam Linda tanpa rasa gentar atau malu.
"I know, no need to remind me." balas Hunter tanpa riak. Dia melangkah ke bahagian belakang kelas tanpa mengendahkan madam Linda yang masih memanggilnya. Pelajar yang lain mula berbisik, madam Linda hanya mengeluh kecil dengan sikap Hunter yang biadap itu.
"He's a jerk and rude." bisik Victoria pada aku. Aku diam saja memandang ke depan.
Hunter.
Dia seorang lelaki yang bermasalah dan sering membuat kacau. Dia biadap tapi mempunyai paras rupa yang kacak, dia suka cari gaduh dan membuli mana-mana pelajar yang dia mahu. Hunter sememangnya seorang yang kacak dan memiliki personaliti yang misteri. Dia suka berpakaian hitam.
Hunter is a bad boy.
Dia sering digantung sekolah tapi tidak pernah dibuang, kenapa? Well, keluarganya sangat berpengaruh disekolah ini. Jadi tidak ada sesiapa berani untuk membuang dia dari sekolah.
"Aku tak tahu apa yang kau nampak pada dia, Violet. He is a bad guy. You deserve better." kata Victoria dengan nada yang bersungguh-sungguh. Aku diam saja, aku mahu membalas kata-katanya itu tapi bila difikirkan balik ada betulnya juga.
Hunter is a bad guy and i'm a good girl.
We will never be together.
-----
Aku duduk di kerusi bersama dulang makanan di atas meja. Waktu rehat membuatkan suasana kafe semakin bising dan riuh. Ada yang sedang makan, ada yang bercakap dan ada yang bergurau senda. Typical highschool.
"Hi, Violet." Aku mengangkat wajah saat kedengaran satu suara menegur. Aku lihat Victoria melangkah mendekati meja makan bersama Noah, teman lelakinya.
Yes, Victoria sudah ada teman lelaki. Of course she has a boyfriend, she's very beautiful girl and Noah is a lucky guy to have her.
"Hi, Noah." Aku membalas tegurannya saat dia dan Victoria duduk di depan aku. Usai itu aku kembali makan makanan aku sambil mendengar lagi cerita Victoria bersama sepupunya. Kali ini Victoria cerita pada Noah pula.
They're so cute together. Hubungan mereka sudah tiga tahun. Aku harap mereka kekal bersama sampai bila-bila. Aku sokong hubungan mereka 100%.
Aku ketawa kecil saat melihat gelagat Victoria yang semangat bercerita itu, tiba-tiba pintu kafe dibuka dengan kuat dari luar. Serentak itu seluruh kafe sunyi, aku lihat Hunter melangkah masuk bersama dua orang rakannya dan beberapa orang pelajar perempuan yang memeluk lengan mereka.
Oh ya, Hunter is a fuckboy. Dia suka perempuan datang pada dia dan merayu pada dia. Ini salah satu sebab, Victoria mahu aku berhenti sukakan Hunter.
Setiap kali aku nampak Hunter berciuman dengan perempuan lain, it makes me hurt so bad. It's have been five year tapi aku tak pernah serik.
Hunter bergerak ke meja makannya seperti biasa. Dua orang sahabatnya sejak lima tahun yang lalu, Black dan Luke. Kedua-duanya kacak dan bergaya. Mereka bertiga badboy disekolah ini tetapi sangat popular.
Hampir semua pelajar perempuan di sekolah ini sanggup gadai maruah untuk bersama mereka.
"Are you okay, Violet?" soal Victoria saat melihat aku memandang ke arah Hunter yang kini diribanya ada seorang perempuan.
"Saya okay." jawab aku perlahan namun di dalam hati usah katalah. Cemburu yang amat.
"Don't look at them, Violet." kata Noah pula. Ya, Noah juga tahu perasaan aku pada Hunter. Hanya Noah dan Victoria sahaja yang tahu.
Aku abaikan kata-kata Noah dan tidak henti memandang ke arah Hunter. Namun saat bibirnya mula melekat dengan perempuan diribanya laju aku larikan pandangan.
Hati terasa sakit dan hancur. He's only my crush, why did i feel this way? Kenapa aku rasa seperti dicurangi? Kenapa aku rasa hancur dan sakit sedangkan dia bukan teman lelaki aku.
"Violet--"
Aku bangun dari kerusi dan melangkah keluar dari kafe, panggilan Victoria dan Noah aku abaikan. I need to get out of here.
-----
Leave your votes and comments, please!
YOU ARE READING
ACE HUNTER [TERBIT OGOS 2024]
Teen FictionSejak kematian ayahnya, Violet sentiasa dipukul oleh ayah tirinya. Hidupnya rosak, tubuhnya luka dan pedih. Namun tiada seorang pun yang tahu. Setiap kali pulang ke rumah, Violet berdoa agar dirinya diselamatkan. "Your parents...they abused you," te...