Aku melangkah masuk ke dalam kantin, aku nampak Victoria dan Noah sedang duduk di meja biasa kami. Aku melangkah mendekati mereka, Victoria tarik aku duduk disebelahnya. Dia memandang aku seakan menunggu aku berkata sesuatu."Apa?" Aku menyoal pelik.
"Kenapa kau lambat hari ni?" soal Victoria dan aku mengeluh perlahan. Victoria tidak tahu apa yang terjadi pada aku dan ayah tiri aku. Apa yang dia tahu aku bahagia dengan keluarga baru aku.
No one knows about my stepfather. No one.
"Saya tertinggal bas." jawab aku pendek seraya itu mengambil roti di dalam dulang makanan Victoria dan sumbat ke dalam mulut.
"Madam Linda cakap apa?"
"Dia membebel." balas aku pendek, malas bersuara banyak. Aku sambung makan dan memandang ke seluruh sudut kafe. Noah dan Victoria sedang berbual itu aku abaikan.
Aku lihat Luke melangkah masuk ke dalam kantin bersama Black. Dia melangkah ke kaunter makanan untuk membeli makanan. Luke tersengih mendengar kata-kata Black sementara menunggu makanannya disediakan. Aku mencari Hunter namun tiada.
Usai mereka membayar makanan, dulang makanan diambil dan dibawa untuk mencari tempat duduk. Tiba-tiba anak mata kami bertemu, dia berhenti melangkah. Serentak itu laju aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Dada mula berdebar hebat.
Please don't come here.
"Violet." Suara Luke kedengaran dekat di depan meja makan yang sedang aku duduki sekarang. Victoria mencuit pinggang aku sekilas, aku memandang Victoria sekilas sebelum mengangkat wajah memandang Luke.
"Uh, hi." tegurku kekok. Luke tersengih, dia memandang aku, Victoria dan Noah sekilas.
"Who is she?" soal Black yang berdiri disebelah Luke. Aku mengigit bibir bawahku sekilas, rasa gementar tiba-tiba.
"She's the one i told you before." kata Luke sambil memandang ke arah aku. Aku diam membalas pandangannya. Black memandang ke arah aku, riaknya sombong sekali.
"Boleh aku duduk di sini?" Aku terkedu mendengar soalan Luke, baru aku mahu membalas, tiba-tiba Victoria bersuara.
"Sure!" Aku memandang Victoria tajam, Luke tersenyum dan duduk di depan kami. Black juga turut ikut duduk di sebelah Luke. Aku berdehem tidak selesa, kenapa mereka perlu duduk disini. Baru Luke mahu membuka mulut, pintu kantin terbuka. Aku lihat Hunter melangkah masuk ke dalam.
"Yo bro, here!" Luke memanggil Hunter, serentak itu rasa berdebar semakin menjadi-jadi. Aku memandang Hunter melangkah ke arah meja kami. Riaknya beku tidak memaparkan apa-apa riak.
"Here's your food, man." Luke tolak dulang makanan pada Hunter. Aku masih tidak henti merenung Hunter. Oh god, he is so handsome.
"What are you doing here?" soal Hunter memandang ke arah Luke. Dia langsung tidak memberi perhatian pada sekelilingnya. Luke tersengih saja.
"I'm gonna sit here with her. The one i've been told you about." jawab Luke lagi seraya memandang ke arah aku. Aku tergamam, kenapa dia cerita tentang aku pada rakan-rakannya? Apa yang dia ceritakan pada mereka?
Aku mengalihkan pandangan saat Hunter memandang ke arah aku. Pandangannya terasa hangat menikam tubuhku. Aku diam mengetap bibir.
"Whatever," kata Hunter sebelum mengambil dulangnya berlalu ke meja makannya. Aku gigit bibir bawahku, kenapa dia beriak seperti itu? Did he hate me?
"Uh, sorry about him." kata Luke dengan senyuman kecil pada aku.
"He's a jerk anyway." bisik Victoria kedengaran menyampah. Aku diam saja, what did i do?
-----
Tamat kelas terakhir, aku melangkah ke loker buku. Beg sekolah aku galas di bahu, jam di tangan aku lihat sekilas. Masih awal untuk pulang! Aku tersenyum lebar dan mula mengatur langkah ke pintu utama sekolah. Kaki melangkah melalui tempat letak kereta, langkah aku mati saat melihat dua orang gerangan yang aku kenal.
Hunter dan Becca. Mereka sedang berciuman tanpa mengendahkan sekelilingnya. Aku ketap bibirku rapat, rasa cemburu dan sakit hati membuak-buak. Tubuh Hunter rapat menahan Becca di pintu keretanya.
Aku larikan pandangan ke arah lain. Dengan perasaan yang cemburu dan sedih, aku melangkah berlalu dari situ.
Bila lagi kau nak sedar, Violet? Kau tak layak untuk dia!
Aku melangkah keluar dari pagar sekolah, beberapa minit berjalan aku tiba di sebuah kedai roti. Serentak itu aku gantikan riak sedihku dengan senyuman lebar. Tengok kedai saja sudah buat aku tersenyum, apatah lagi tuan kedainya?
Aku membawa langkah laju masuk ke dalam kedai itu, gerangan wanita separuh abad itu menjadi tatapan aku. Nanny Wilson, dia pemilik kedai ini. Aku lihat dia sedang mengemas kaunter sambil meng'hmm'kan alunan lagu.
I call her Granny. She wants me to call her Granny. She's like my second mother.
"Boo!" Aku kejutkan Granny. Dia tersentak sambil menyentuh dadanya. Aku ketawa kecil dan memeluk tubuh kecilnya itu. Bahu aku ditampar lembut olehnya, aku tersenyum lebar.
"I missed you so much, Granny!" kata aku dalam pelukannya. Dia membalas pelukan aku dengan erat.
"Violet minta maaf sebab jarang datang jenguk Granny sekarang." ucap aku serba salah. Granny tersenyum kecil dan menggeleng perlahan.
"Tak apa. Granny faham, Violet sibuk dengan sekolah." katanya dengan senyuman. Aku suka senyumannya, Granny seorang yang sangat penyayang dan prihatin. Dia layan aku sangat baik. Kadang-kadang aku doa supaya tuhan jadikan aku anaknya.
Aku mahu ibu seperti dia. Ini bukan bermakna aku benci ibu kandung aku, tapi mama tiada masa langsung untuk diluangkan bersama aku. Kadang-kadang aku rasa seperti orang luar di dalam rumah sendiri.
"Apa tercegat lagi tu? Mari tolong Granny jaga kedai." katanya. Aku angguk laju dan mula melangkah ke dapur untuk memakai apron. Beg sekolah aku simpan di atas rak yang disediakan.
Aku akan datang ke kedai ini setiap kali aku pulang awal dari sekolah untuk tolong Granny. Dia banyak tolong aku.
"How's school, Violet?" Dia menyoal kedengaran teruja, aku ketawa saja. Macam budam-budak.
"Good. Friends, class, study--so far so good." balasku masih tersenyum padanya. Granny memandang aku dengan riak dangat teruja.
"Did you get a boyfriend?" soalnya. Aku ketawa lagi dan menggelengkan kepala perlahan serentak itu dia mencebikkan bibirnya, memasamkan muka.
"Why not? You're beautiful." katanya kedengaran kecewa, aku tersenyum lagi dan menggeleng perlahan.
"Tak rasa nak bercinta la , Granny. I'm 17 years old. Still young." kata aku lembut. Granny diam saja tidak mendesak aku dengan soalan topik yang sama lagi. Aku kembali membuat kerjaku.
-----
Vote, comment, share, follow! ^^
YOU ARE READING
ACE HUNTER [TERBIT OGOS 2024]
Teen FictionSejak kematian ayahnya, Violet sentiasa dipukul oleh ayah tirinya. Hidupnya rosak, tubuhnya luka dan pedih. Namun tiada seorang pun yang tahu. Setiap kali pulang ke rumah, Violet berdoa agar dirinya diselamatkan. "Your parents...they abused you," te...