Aku melangkah masuk ke dalam bangunan sekolah dengan langkah yang perlahan. Hoodie hitam bersaiz besar aku pakai ditubuh bersama jeans biru. Hood baju aku pakaikan dikepala mahu menutupi wajah pucatku. Rasa sakit diperut masih mencucuk namun aku tahankan diri juga untuk datang ke sekolah hari ini.
Aku buka loker buku, beg sekolah aku masukkan ke dalam loker. Buku teks English aku keluarkan dari loker. Pintu loker aku tutup, aku menoleh mahu ke kelas, tiba-tiba telefon aku berbunyi. Aku gigit bibir bawahku sekilas, cuba mengurangkan pergerakkan supaya perutku tidak sakit.
Telefon di dalam poket jeans, aku keluarkan. Mesej dari Victoria.
Tori^
Aku lambat sikit harini! See you at lunch!Aku mengeluh perlahan, baguslah. Sekurang-kurangnya Victoria tak ada untuk menyoal banyak soalan tentang keadaan aku sekarang ni. I look like a shit and feel like a shit right now.
Loceng berbunyi menandakan waktu pembelajaran sudah bermula. Aku membawa langkah ke kelas, aku cuba melangkah dengan laju namun rasa sakit di perutku semakin menjadi-jadi. Air mata tidak semena-menanya bergenang di mata.
Oh god, it hurts so bad.
Tiba-tiba seseorang melanggar bahu aku, serentak itu aku terjatuh ke lantai. Aku menjerit kecil dalam kesakitan sambil memegang perutku, rasa sakit mencucuk kembali. Air mata jatuh ke pipi. Bibir aku ketap rapat menahan esakan daripada terkeluar.
"Hey? You good?" Aku terkedu mendengar suara itu.
Hunter! Oh my god!
Aku mengangguk saja, aku berdoa di dalam hati supaya dia berlalu pergi dari sini. Aku tak mahu dia lihat aku dalam situasi sekarang. Saat dia cuba menolong aku bangun, laju aku bersuara.
"I get it." kata aku laju tidak mahu dia menolong aku, perlahan-lahan aku cuba bangun sendiri. Aku cuba kawal rasa sakit yang mencucuk diperut. Namun tidak lama, saat aku berdiri dari lantai tiba-tiba rasa pening datang menyerang membuatkan aku tidak dapat berdiri dengan betul lalu dengan pantas aku berpaut pada dinding.
"Kau okay?" Hunter menyoal, aku memejam mata menahan sakit. Aku angguk tanpa memandang wajahnya. Hunter masih berdiri di depan aku. Bila dia nak pergi dari sini?
"You're in pain." katanya perlahan membuatkan aku berdebar, takut dia tahu dengan keadaan aku sekarang. Aku cuba berdiri tegak namun rasa sakit diperutku tidak memberi pertolongan. Aku menarik nafas dalam-dalam dan cuba bersuara tanpa selitkan nada menahan sakit mencucuk diperut.
"I'm fine." bisikku pendek, perlahan namun jelas. Aku lihat Hunter mendekatkan dirinya dengan aku membuatkan aku tergamam di tempatku. Apa yang dia nak buat?
"You looked pale," katanya perlahan, macam mana dia nampak muka aku?
Aku cuba sedaya upaya untuk sorok muka aku dengan hood yang aku pakai ni tapi dia sesenang ABC dapat melihat dengan jelas. Dia ni ada pandangan alam ghaib ke apa? Aku diam tidak bersuara, too pain to speak.
"Your voice sounds like you are in pain." Aku tergamam lagi saat Hunter membuka hood dikepala aku perlahan-lahan, jarinya meraih daguku agar aku memandang wajahnya. Aku ketap bibirku rapat saat anak mata kami bertemu.
He has a beautiful eyes. Brown-green eyes. Sangat unik.
"Kau menangis," katanya di depan wajahku, serentak itu aku kesat air mataku. Aku tolak tangannya dari daguku. Langkah aku buka mahu pergi dari situ, tiba-tiba rasa sakit hadir mencengkam diperut membuatkan aku hampir terjatuh kerana tidak dapat imbang diri sebelum pinggang aku dipeluk oleh Hunter.
"No! Don't touch me there!" jerit aku menahan sakit. Aku tolak Hunter dengan kuat menyebabkan aku jatuh ke lantai. Aku mengerang kesakitan. Aku pegang perut aku lagi, this is awful.
YOU ARE READING
ACE HUNTER [TERBIT OGOS 2024]
Teen FictionSejak kematian ayahnya, Violet sentiasa dipukul oleh ayah tirinya. Hidupnya rosak, tubuhnya luka dan pedih. Namun tiada seorang pun yang tahu. Setiap kali pulang ke rumah, Violet berdoa agar dirinya diselamatkan. "Your parents...they abused you," te...