4. Lost nowhere

12.3K 905 27
                                    

Aku pulang dari kedai roti selepas menolong Granny mengemas kedai. Langit sudah gelap, jam menunjukkan 7 malam. Aku melangkah menuju ke hentian bas yang tidak jauh dari kedai Granny. Hanya beberapa langkah mahu sampai di bus stop, tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kasut.

Aku menoleh ke belakang, seorang lelaki bersama botol alkohol di tangannya sedang melangkah ke arah aku. Serentak itu aku berlalu pergi dari situ, aku dengar lelaki tadi memanggil aku. Langkah aku semakin laju, aku mengabaikan sekeliling. Rasa takut mula menyelubungi diri.

Tiba-tiba aku terlanggar bahu seseorang.

"Maaf," kata aku perlahan dan mahu berlalu pergi dari situ, tida mahu lelaki mabuk tadi dapat kejar aku. Tiba-tiba lengan aku ditarik pula dari belakang. Serentak itu aku menjerit kuat, tangan kasar yang menyentuh lenganku itu aku tolak dengan kasar tidak mahu disentuh.

"Don't touch me!" jerit aku dengan mata yang terpejam, saat terasa diri dilepaskan aku melangkah mahu berlalu dari situ. Namun tidak sempat aku melangkah, tangan aku ditarik lagi dari belakang.

"Let me go!" jerit aku lagi. Dada berdebar laju.

"Stop fighting!" tengking satu suara membuatkan segala penolakan aku terhenti. Aku masih memejam mata dengan perasaan takut. Tangan kasar itu memegang kedua-dua belah lenganku.

"Kau?"

Wait, aku rasa aku kenal suara tu? Serentak itu aku membuka mata dan tergamam.

Hunter!

Wait--what just happened?

Tadi lelaki berbotol--now Hunter?

"Apa kau buat dekat sini?" Dia menyoal masih menyentuh lenganku.

"Saya nak balik." jawab aku perlahan, Hunter mengerutkan dahinya. Dia mengangkat wajah memandang sekeliling.

"Mana rumah kau?" soalnya serentak itu aku pula mengangkat wajah memandang sekeliling. Wait--where the hell i am? Aku tak kenal kawasan ni. Macam mana aku boleh sampai sini?

Aku terkelip-kelip memandang kawasan yang tidakku kenal ini. Aku dengar Hunter mengeluh perlahan.

"Macam mana kau boleh sampai sini?" soal Hunter lagi. Aku mengetap bibir rapat, teringatkan lelaki berbotol tadi.

"Someone followed me. Saya larikan diri. Sedar-sedar dah sampai sini." kata aku dengan rasa malu. Rasa malu kerana sesat di depan Hunter. Hunter mengangkat wajah memandang sekeliling, riaknya tegang buat seketika.

"Kau tak sepatutnya ada disini. Now go. Pergi balik rumah kau. Patah balik." katanya serentak itu melepaskan lenganku. Hunter menoleh mahu berlalu masuk ke dalam lorong yang gelap itu. Apa yang dia buat disini?

"Wait!" Langkah Hunter mati, dia memandang ke arah aku dengan tanda tanya. Aku gigit bibir bawahku sekilas.

"Saya sesat. I don't know how to get home." kata aku dengan perasaan malu. Hunter mengeluh lagi, dia melangkah ke arah aku semula.

"Let's go." katanya sebelum melangkah melepasi aku. Tidak membuang masa aku ikut langkahnya. Aku lihat Hunter dari belakang. He is so handsome.

Dia memakai tshirt hitam di dalam bersama jaket kulit hitam diluar. Seluarnya pula jeans hitam yang koyak pada bahagian lutut. Susuk tubuhnya sungguh sempurna pada pandangan aku. Dia tinggi, sasa dan kacak. Ditelinganya ada subang yang berwarna hitam.

Such a Bad Boy.

Mengingatkan dia berciuman bersama Becca siang tadi membuatkan rasa cemburuku tiba-tiba hadir.

"Uh, can i ask you something?" soal aku pada Hunter, dia diam saja tidak menjawab soalan aku. Aku berjalan beriringan dengannya. Aku mahu lihat wajah kacaknya itu.

"Awak--awak dengan Becca tu ada apa-apa ke?" soal aku tidak mampu menahan rasa ingin tahu dan cemburu. Hunter memandang ke arah aku sekilas sebelum mengeluarkan satu kotak dari poket jaketnya.

Oh great, he's ignoring me.

Aku lihat dia keluarkan kotak rokok, satu batang rokok diambil dan dihidupkan. Dia hisap rokok itu tanpa mengendahkan aku yang menyoalnya tadi. Aku gigit bibirku sekilas. Kenapa dia layan aku begini?

Kalau sebelum ni, datanglah perempuan mana pun, dia akan tersenyum menggoda dan mula bermain mata dengan mereka. Tapi bila ada dengan aku, dia buat macam--entahlah. Dia layan aku berbeza.

Aku nak tengok senyuman menggoda bibirnya untuk aku, aku nak bermain mata dengannya tapi sekarang--dia pandang aku pun tidak. Bercakap pun tak nak.

Saat dia berhenti melangkah, aku juga berhenti. Aku memandang sekeliling, aku mengerutkan dahi. Aku sudah sampai di depan rumah. Wait--macam mana dia tahu rumah aku? Aku tak beritahu dia apa alamat aku.

"Awak tahu rumah saya?" soal aku dengan riak yang pelik. Hunter memandang aku, humbusan asap rokoknya dihembus pada wajah aku. Serentak itu aku terbatuk-batuk menjauhkan diri dari dia. Aku memandang Hunter, dia tersengih sinis sebelum menoleh dan berlalu pergi.

"Hey!" Aku panggilnya. Hunter berhenti namun tidak menoleh.

"Terima kasih sebab dah hantar saya balik!" kata aku padanya usai itu Hunter kembali melangkah pergi. Aku tersenyum kecil, crush hantar pulang. Hm, bahagianya.

Aku melangkah masuk ke kawasan rumah, senyumanku mati. Aku harap ayah tiri aku masih kerja. Aku buka pintu rumah, sunyi, lampu masih tertutup. Aku menghela nafas lega. Tiada orang dirumah.

"Kau balik dengan jantan mana tadi?" satu suara menyoal, mematikan segala pergerakkan aku. Dada berdegup laju, lampu terbuka. Aku lihat ayah tiriku memandang ke arah aku tajam. Wajahnya merah seakan menahan amarah.

"M--mana ada dengan sesiapa." Aku menipu perlahan, nafasnya kedengaran laju, tubuh aku mula menggeletar.

"DON'T LIE TO ME!" tengkingnya kuat membuatkan aku tersentak dan berganjak menjauhinya. Rasa takut usah katalah, kaki mula bergerak perlahan-lahan mahu naik ke bilik.

"I'm not lying," kata aku dengan perasaan takut, nada suaraku mula bergetar. Serentak itu dia mendekati aku, rambut aku ditariknya kuat dan aku menjerit kesakitan. Air mata mula bergenang.

"Lepas. P--please. It hurts." Aku merayu padanya namun tarikan semakin kuat. Aku memejam mata menahan sakit, dadanya aku pukul agar dia melepaskan aku.

"You bitch! You sleep around huh?" jeritnya di depan wajahku. Aku menggeleng dengan air mata, tangannya yang menggenggam rambutku itu aku sentuh minta dia lepaskan.

"You whore!" jeritnya lagi sebelum satu tumbukan dihadiahkan diperut aku. Serentak itu aku menunduk dan menjerit kesakitan, esakanku kian menjadi-jadi. Tubuh aku ditolak jatuh ke lantai.

Perut aku yang ditumbuk tadi, dia sepak pula berkali-kali. Aku terbatuk-batuk menahan sakit.

"Kau memang betina tak guna! Aku benci kau!" jeritnya sebelum berlalu keluar dari rumah. Aku menangis di atas lantai, rasa sakit diperut mula berdenyut.

"How could he did this to me," bisik aku dalam esakan. Aku tak sanggup untuk hidup begini. Aku sakit, aku terluka, aku hancur, aku rosak.

I need help, i want help but i couldn't. Aku terlalu takut untuk mengadu.

What did i do to deserves this pain?

"I miss you, dad." bisik aku dalam esakan kecil. Wajah ayah kandungku bermain difikiran.

"Anak papa kuatkan? Violet is a strong girl."

Aku tak kuat.

Aku bangun dari lantai perlahan-lahan, kaki cuba melangkah namun rasa sakit diperut semakin menjadi-jadi. Nampaknya aku tak boleh berdiri lama.

Aku berpaut pada dinding cuba untuk berdiri, kaki melangkah ke tangga mahu ke bilik. I just wanna sleep.

That's all.

-----

Vote, comment, share and follow! ^

Stay tuned!

ACE HUNTER  [TERBIT OGOS 2024]Where stories live. Discover now