Jam loceng di sisi meja sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Aku bangun dari katil dan melangkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Usai itu aku berlalu ke almari untuk memakai baju. Hoodie maroon aku pakai pada tubuh bersama jeans hitam. Rambut panjangku biarkan lepas tidak berikat di belakang.Sekali lagi aku melihat jam di telefon aku, 6:45 pagi. Masih awal dan masa yang terbaik untuk aku menyelinap keluar dari rumah. Beg sekolah hitam aku galas di bahu dengan langkah berhati-hati dan perlahan, aku melangkah keluar dari bilik.
Pintu aku buka perlahan-lahan, kepala dikeluarkan sedikit memandang sekeliling. Masih sunyi dan gelap di luar bilik. Tidak membuang masa aku melangkah keluar dari bilik dengan langkah berhati-hati supaya tidak membuat bising. Aku melangkah menuruni tangga dengan perlahan-lahan.
Seketika kemudian tubuh aku kaku saat terdengar satu dengkuran kuat dari ruang tamu. Aku memandang ke arah sofa di ruang tamu, aku nampak tubuh ayah tiriku sedang tidur.
Damn, aku harap dia tidur mati la.
Aku melangkah ke pintu rumah dengan perlahan-lahan, baru tangan mahu memulas tombol pintu rumah-tiba-tiba rambut aku ditarik dari belakang. Aku menjerit kesakitan, aku menoleh memandang ayah tiriku sudah menarik rambutku dengan kasar.
"Let me go!" bentak aku kuat seraya menahan rasa sakit yang mencengkam dikepala. Aku tolak tubuhnya agar menjauhi aku namun dia sedikit pun tidak berganjak ke belakang. Rasa takut mula menguasai diri.
"Kau nak pergi mana? Kau nak lari kan?!" tengking ayah tiriku. Aku mula menggeletar ketakutan, aku lihat wajahnya yang bengis itu. Kepala aku gelengkan laju.
"No! I just wanna go to school!" balasku dalam nada yang sedang menahan sakit itu.
Oh God, dia tarik rambut aku terlalu kuat.
"Let me go! It hurts!" jerit aku lagi, kali ini aku terajang perutnya serentak itu tarikan dirambutku terlepas. Dia tumbang ke lantai kerana tidak dapat mengimbangi diri saat itu aku tahu dia masih mabuk.
"You bitch!" jeritnya cuba memukul aku lagi namun laju aku berlalu ke muka pintu rumah dan berlari keluar dari rumah itu. Aku berlari semahu-mahunya, bas untuk ke sekolah sudah lama berlalu pergi.
"Oh my god." desis aku saat tiba di perhentian bas. Aku lihat pantulan aku pada cermin yang disediakan disitu. Rambut aku yang serabai itu aku betulkan supaya lebih elok. Mata aku merah, air mata yang jatuh tanpa aku sedar tadi, aku kesat lembut.
"You're strong, Violet." bisik aku pada diri sendiri.
Sejak ayah kandung aku meninggal, mama jumpa ayah tiriku selepas dua tahun menjadi ibu tunggal dan membesarkan aku. Setelah mereka menikah, semuanya okay dan sempurna. Sampailah satu malam ayah tiriku pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Dia pukul mama dan aku cuba halangnya namun aku pula yang menjadi mangsa.
Mama seorang tukang masak di restoran besar. Sekarang dia jarang berada di rumah, sejak dari hari itu aku pula menjadi mangsa pukul ayah tiriku. Jujur aku sendiri tertanya-tanya, kenapa aku? Kenapa dia berubah?
Ayah tiri aku bekerja sebagai arkitek di sebuah syarikat. Hampir setiap malam dia pulang dalam keadaan mabuk. Adakah dia tertekan dengan kerjanya? I don't even know.
"Hey there?" Lamunan aku mati saat sebuah kereta mewah berhenti di depan aku. Aku lihat gerangan yang menegur aku-
Luke? He's one of Hunter's best friend.
"Need a ride?" Dia menyoal ramah, aku diam dan memandang sekeliling. Tiada orang lain selain aku maknanya dia tengah bercakap dengan aku la kan?
Aku dengar dia ketawa kecil.
YOU ARE READING
ACE HUNTER [TERBIT OGOS 2024]
Teen FictionSejak kematian ayahnya, Violet sentiasa dipukul oleh ayah tirinya. Hidupnya rosak, tubuhnya luka dan pedih. Namun tiada seorang pun yang tahu. Setiap kali pulang ke rumah, Violet berdoa agar dirinya diselamatkan. "Your parents...they abused you," te...