Chapter 3

25 6 0
                                    

            "Sebab.....Syarikat appa kau muflis kan? Sebab tulah kau x mampu nak bayar yuran sekolah ni kan?" Bo Young terkejut.                " Macam...mana kau boleh...tahu...?" Minjae hanya melihat tingkah Bo Young yang sudah x tentu arah bila masalahnya terbongkar.

        Dia tahu pasti Bo Young nak rahsiakan dari dia. Dia dapat semua maklumat tentang kehidupan Bo Young  selama ni pun sebab pembantu yang dia upah selama ni yang beri maklumat pada dia. Bila dapat tahu syarikat ayah Bo Young muflis, dia terus pindah ke sekolah ni untuk membantu Bo Young.

      Dia perlukan timing yang tepat untuk semua ni tapi, syarikat ayah Bo Young hanyalah kebetulan yang memudahkan lagi rancangan dia untuk bersama Bo Young semula. Dia nak kehidupan bahagia dia dalam dunia kecil mereka bersama-sama Bo Young , macam masa dulu-dulu.

      "Bo Young, kau janganlah berhenti sekolah...Aq baru pindah sini, aq x kenal sesiapa kecuali kau je..Kalau kau masih nak pindah juga....Baiklah, aku akan jaga kau!" Minjae mengoyakkan sampul surat tu menjadi cebisan dan menarik tangan Bo Young ke arah kereta limousin milik keluarganya.

        Bo Young terkedu dan terkejut tapi, dia hanya mampu untuk mengikuti langkah Minjae tanpa sebarang bantahan kerana tangannya dipegang erat.

       Minjae memecahkan kesunyian dalam kereta mewah itu dengan kata-katanya. Dia memandang Bo Young yang kelihatan resah.  "Rumah kau dah dijual dan appa dan omma kau terpaksa tinggalkan kau buat sementara waktu sebab nak selesaikan masalah, kan? So, kau kena tinggal kat rumah aq dan aq akan jaga kau...kat rumah aq, ok?" Bo Young memandang Minjae disebelahnya yang sedang tersenyum lebar.

       "Bo?!! Apa yang cakap ni?! Ke..kenapa aq nak kena tinggal dengan kau dan ..... kau siapa untuk jaga aq?" Minjae hanya tersenyum dan menjawab persoalan itu dengan tenang.

       "Aq dah bincang dengan appa kau. Lagipun appa dengan omma kau sekarang ni kat tempat lain sampai masalah hutang tu selesai. So, kau x perlulah nak risau. Jadi anak yang baik , ye...jangan susahkan omma appa kau tau. Oh, kita dah sampai ~"  Minjae menarik tangan Bo Young memasuki rumahnya.

         Bo Young melangkah masuk ke dalam rumah besar yang mewah itu dengan perasaan yang kagum. Dia berdiri menghadap Minjae. Dia bertekad untuk meluahkannya.

         "Minjae, dengar ni. Walaupun kita chingu dari kecil tapi, tu semua kisah lama. Sekarang ni, kita dah xde kena-mengena. Lagipun, aq xnak lah susah pewaris tunggal syarikat terkemuka Korea Selatan dan....kita baru jumpa kot."

         Akhirnya, dapat juga Bo Young meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya. Dia memandang Minjae. Menunggu jawapan daripada Minjae.

      " Apa....Xde kena-mengena?!! Walaupun kau...layan aq macam anak patung kau dan....kau rasa ...kita ni....memang xde kena-mengena ke?!" terkejut Bo Young mendengar Minjae tiba-tiba meninggikan suaranya.

《Please Be My Doll♡》  [(On Going)2k19]Where stories live. Discover now