"Yah yah" pergelangan tangan aku direntap Taehyung.
Menjeling aku dibuatnya.
"Apa yah yah? Ingat saya ni 'ayah' bos ke?" Marahku sambil cuba lepaskan tangan.
"Kau ni, takkan itu pon nak merajuk" Taehyung masih tak melepaskan tangan aku.
Seriously tak ada mood nak layan dia ni.
"Kau tak nampak ke tadi Syamila tak fah-"
"Yelah tak perlu lama-lama!"
Taehyung tergelak halus.
"Apa yang lawaknya? Bos buta ke tadi dia pulaukan saya semata nak bercakap dengan bos? Macam saya ni orang bodoh!"
"Ramai je orang lain dia boleh tanya. Kena juga ke tanya bos? Bos tahu tak bos janji dengan saya tadi nak berjalan-jalan!"
"Tengok-tengok saya jadi third wheel! Temankan bos dating dengan salmonella tu!"
"Ingat saya tak ada perasaan!? Baik saya jalan seorang-seorang!"
Aku melepaskan nafas berat. Penat rap lepaskan marah.
Taehyung tersenyum.
Dia masih ingat benda ni lawak ke?
"Macam ni lah.." Taehyung memegang tanganku dengan kedua belah tangannya.
Tangan aku dipandang lama.
Kenapa Taehyung buat aku macam ni? Aku rasa sesuatu yang tak patut aku rasa.
"Kau suka aku kan?" Soalan Taehyung itu buatkan aku terdiam.
Mata aku ditenungnya. Macam menggoda.
"Kau suka aku kan?" Pipi aku tiba-tiba merah. Haishh asal lahai!
Perlahan aku menggeleng.
"Saya.. tak suka bos" jawabku tersekat.
"Ambil masa dua minit juga ya kau nak jawab" Taehyung tiba-tiba memegang bahuku dan membetulkan kedudukan aku agar memandang dia.
"Mata kau tak boleh tipu aku. Kau cemburukan?" Aku menunduk memandang lantai.
Ya, mata aku boleh bagitahu segala-galanya.
Aku takkan cakap tapi aku harap dia faham kenapa aku tak balas soalan dia tu.
"Kau ni comel lah" Pipi aku dicubit Taehyung. Sempat lagi dia tayang senyum petak dia tu.
"Sakitlah" rengek aku sambil menggosok-gosok pipi.
"So betul lah ni kan? Aku ni pakar lah teka-teka ni" Taehyung kenyit mata kemudian dia tayangkan smirk.
Tell me siapa je yang tak cair dengan dia?
"Dah jomlah.. aku tahu satu kedai sedap, area sini je" dengan selamba Taehyung menarik tangan aku.
Kenapa aku rasa respond Taehyung ni kurang memuaskan ha?
Dia buat macam tak ada apa berlaku ke dia tak faham?
Langkah sengaja aku hentikan. Taehyung turut terhenti dan menoleh memandang aku.
"Kenapa ni?" Muka risau dia pamerkan.
Sengaja aku tegangkan muka.
"Itu je ke respond bos?" Taehyung padan tayang muka blur-blur alam dia tu.
Sempat aku menjeling dia. Tangan pula aku tarik dari genggaman Taehyung.
Taehyung tercengang.
"Tak.. tak faha-"

ANDA SEDANG MEMBACA
+ ℳ𝒾𝓀𝒽𝒶𝓎𝓁𝒶 ℛℴ𝓈ℯ.
Fanfictioni dunno y i changed the title . --- "Saya dah jumpa jodoh saya, Taehyung" "Tolong lupakan saya" --- ¦ Islamic fanfiction with complicated storyline ¦ ¦ Inspired from @lalyss- ¦ ¦ Do tegur me if I'm wrong. Yang benar, sila buat pengajaran ¦ ¦ Please...