° 09

29 3 3
                                    

Genap setahun aku dan Taehyung berkenalan.

Banyak yang aku pelajari daripada dia.

Taehyung buatkan aku lupa masalah dunia tanpa perlu ke kelab malam.

Tapi selalunya Taehyung akan buat private party khas untuk aku dan kawan-kawan dia.

Katanya tak suka bercampur dengan orang luar.

Irene dan Nana pula dah lama aku tak contact sejak Zyan call aku tu.

Bukannya mereka tak cuba berhubung dengan aku, cuma aku sahaja abaikan.

Zyan? Dia memang selalu datang dan pergi.

Tengok sahajalah peristiwa kepala Zyan diketuk haritu, lama kemudian barulah muncul semula.

Tiba-tiba pintu bilik aku di ketuk.

Perlahan aku buka pintu. Papa?

"Ye papa?" Senyuman manis aku berikan.

"Boleh papa bercakap dengan adik kejap?" Papa berjalan menuju ke ruang tamu tingkat 2.

Aku hanya membuntuti.

"Haih papa, pelik betul tengah hari macam ni nak jumpa adik" sakat aku saje.

Bukan selalu papa ada masa senggang macam ni untuk keluarga apatah lagi untuk aku.

Muka Dato' Hafizi masih ditegangkan.

Papa ni kenapa serious sangat.

"Papa nak adik putuskan hubungan adik dengan Taehyung" terbeliak mata aku.

Macam mana papa tahu?

Tapi kenapa? Kenapa aku perlu berpisah dengan Taehyung?

"Pap-" tak sempat aku menghabiskan kata, Dato' Hafizi menyambung.

"Tak kesahlah macam mana pon papa tahu tapi papa nak adik tahu.."

Papa menggenggam tangan aku erat.

"..adik dan Taehyung tu berbeza. Adik islam dan Taeh-"

"No, papa! Taehyung boleh masuk islam kalau dia betul-betul cintakan adik" bantah aku. Sangat tak setuju.

Takkan lah disebabkan agama, aku kena berpisah dengan dia? Tak sanggup aku.

Hari-hari aku dah dipenuhi dengan Taehyung. Mana mungkin aku berpisah hanya disebabkan agama.

Tangan aku cuba tarik dari genggaman papa tapi tak lepas sebab papa eratkan lagi.

"Adik.. masuk islam ni kena ikhlas. Bukan disebabkan adik tapi sebab hidayah dari Dia"

"Kita tak boleh memaksa mana-mana orang memasuki agama kita, adik"

"Lagi-lagi hanya disebabkan cinta yang nonsense ini"

Tenang suara papa terangkan pada aku tapi entah kenapa hati aku rasa tak tenteram mendengarkannya.

Ia sangat mustahil untuk aku lakukan.

"Tapi Taehyung tu atheist, pa" aku cuba meyakinkan papa.

Mukanya diraup. Sungguh tertekan wajahnya.

"Atheist? Macam mana dia nak percaya kewujudan tuhan kalau sebelum ni pon dia tak pernah percayakan sesiapa pon?"

Dato' Hafizi melepaskan keluhan berat. Dia berdiri dan sudah beberapa langkah meninggalkan aku.

"Mudah sungguhkan adik cuba melawan takdir Allah?" Aku menelan air liur.

Sedikit terkilan dengan kata-kata papa.

+ ℳ𝒾𝓀𝒽𝒶𝓎𝓁𝒶 ℛℴ𝓈ℯ.Where stories live. Discover now