° 06

23 3 1
                                    

"Nah" Mug yang dihulur Taehyung segera aku capai.

Terus aku bawa ke mulut untuk minum.

"Ach" bibir yang melecur aku kemam. Aku kerling air di dalam mug. Coklat panas.

"Kau ni selalu macam ni tau. Cuai dengan diri sendiri" Taehyung menyentuh hujung hidungku dengan jari telunjuknya.

Tanpa sedar, aku tersenyum.

Taehyung mengambil mug di tangan aku. Lalu ditiupnya perlahan supaya sejuk sedikit.

Sebelum diberikan padaku semula, sempat dia minum air di dalam mug itu.

"Cepat minum"

Tuala yang menutup badan aku, Taehyung betulkan.

Tak tahu kenapa tapi pipi aku mula merah dan panas sedangkan hujan masih lebat di luar.

"Pergilah mandi dulu. Aku mandi lepas kau" aku pandang dia lama.

Taehyung yang baru nak layan iphonenya terhenti bila aku langsung tak berganjak.

Dia pula pandang aku. Kami saling berpandangan.

Kenapa aku rasa suka eh? Suka jadi macam ni dekat aku?

"Pergilah mandi, nanti kau demam" aku hanya akur.

Sebelum aku masuk bilik air, sempat aku dengar Taehyung suruh pakai baju dia dekat dalam bagasi hitam-merah.

🌹🌹🌹

Usai je masak maggie cup tomyam, pintu bilik air terus dibuka.

Tepat pada waktunya.

"Bos, saya dah siap masak ni. Makanlah cepat nanti sejuk" pelawa aku.

Taehyung yang separuh bogel berkembankan tuala terkaku apabila memandang aku.

Apa?

"Kenapa?" Aku meminta penjelasan.

Dia hanya menggeleng dan segera matanya di alihkan ke tempat lain.

Pelik je mamat ni.






"Sedap tak? Tengoklah siapa yang masak" aku pandai angkat bakul sendiri.

Taehyung membuat muka.

"Eleh, maggie je pun"

Aku pula buat muka. Dia tak tahu ke bukan senang nak sukat air panas ni?

Aku duduk bersila dan menyelesakan kedudukan di atas katil.

Kami makan di atas katil je sebab dekat meja kopi hanya disediakan satu kerusi sahaja.

Sedap aku menelan kuah, Taehyung menutup pehaku yang terdedah. Tersentak sebenarnya.

Aku pandang Taehyung yang diam tak berkutik. Halkumnya pula tak henti bergerak.

"Kenapa?" Taehyung mengeluh.

"Kau boleh tanya kenapa?" Taehyung mengalihkan pandangan ke tempat lain.

Segera itu aku tarik tangan Taehyung dan mukanya namun dia langsung tak toleh ke arah aku.

+ ℳ𝒾𝓀𝒽𝒶𝓎𝓁𝒶 ℛℴ𝓈ℯ.Where stories live. Discover now