Amanda Jeah Lee Binti Wahid Hazim Ashatul. Namaku dipanggil oleh ketua bidang makmal perubatan. Terasa berat pula kaki ini untuk melangkah menghadap Puan Rafiya, entah apa yang nak ditakutkan sangat bukannya aku ada buat dosa pun.
"Ye puan. " mata Puan Rafiya yang berwarna hazel itu aku pandang dengan hasrat tidak akan dimarahi dihadapan ahli farmasi yang lain.
"Tahniah Amanda, awak boleh masuk berkerja di lab 2 mulai esok hari. " Aku terasa amat gembira mendengar khabar baik itu lalu memeluk erat Puan Rafiya yang telah mendidik aku selama satu bulan aku menjadi budak praktikal.
"Tapi Amanda tak akan bekerja seorang diri, kamu akan dapat seorang senior untuk membantu kamu selama 6 Bulan di dalam lab, isi borang yang saya bagi ni dan bawa terus ke lab 2 esok" Puan Rafiya tumpang gembira mendengar khabar baik itu, yela selama satu bulan ni aku banyak buat silap akhirnya berjaya juga mencapai hasrat ini. Puan Rafiya menghulurkan aku borang tersebut dan aku meminta diri untuk kembali ke ruang rehat.
"ZAEMMM!! WEH AKU DAPAT WEH!! " aku melompat kegembiraan dihadapan team mate aku si zaem nabil ni.
"Seriouslaa wehh kawan aku berjaya weh, ya allah happynya aku bila tengok kau happy ni" dia pun memberikan aku thumbs up.
"Disebabkan aku terlalu happy dengan berita ni, aku nak kau tolong aku isi borang ni dan aku akan belanja kau makan apa ja kau tengah mengidam sekarang ni"
"Amboi jeah, aku bukan mengandung eh sampai mengidam bagai, cepuk kang! " aku pun ketawa terbahak-bahak sebab puas hati bila dapat mengusik si zaem ni.
.
The next day.
"Kau chill ja, senior kau tu tak garang pun sebab semua orang dalam lab tu friendly ja, trust me beb. " kata zaem untuk meyakinkan diri aku yang tengah nervous ni.
"Yeye je kau ni zaem, cuba la Puan Rafiya suruh kau ja jadi senior aku kan senang" sejurus aku mengeluarkan statement itu si zaem pukul bahu aku lembut.
"Kau jangan mengada eh, kau lupa masa di uni tu bila kita jadi partner di lab ? Hampir meletup lab disebabkan kau yang acah nak baling potassium dekat aku! Aku rela alone sepanjang semester dari kena buli kau"
"Kisah lama ungkit balik, ni laa zaem. Salah aku cari betul aku tak cari! " ajuk aku dengan cara merajuk.
"Dah semua benda kau buat memang salah nak dinafikan apa lagi" selamba ja si zaem ni mengeluarkan kata-kata.
"Ish dah laa, aku masuk lab dulu, nak jumpa senior kot² handsome en" aku kenyitkan mata ke arah zaem, dia pula sudah menayangkan penumbuknya yang tak terlalu digeruni oleh aku.
"The best of luck to you my dear friend jeahanat, meet u at 2 dalam lab nanti, bye! " zaem sempat melambai ke arah aku sebelum kembali ke ruang emergency. Rindu pulak tempat tu, skrg aku ditempat lain, di blok yang agak jauh.
.
Disaat aku membuka pintu lab, terserlah bau bahan kimia yang sangat aku syok! AHAHAHA ok joking ja, ofc laa bau yang boleh buat kau pening.
"Aku nak cari dimana senior aku ni, haish penat pula berjalan jauh tadi nak duduk kejap laa" aku pun melabuhkan punggung di atas sebuah bangku.
Kelihatan seorang perempuan yang berusia 20 an tetapi kelihatan lebih tua beberapa tahun dari aku datang menghampiri bangku.
Dia duduk disebelahkan aku dan aku disapa oleh gadis yang ayu bertudung berwarna maroon.
"Hi, awak orang baru ya? Tak pernah nampak pun dalam lab ni? " senyuman manis dilemparkan kepada diriku. Aduh kalau aku kaum adam dah lama aku fall in love dengan akak ni.
"Ya, saya orang baru, Puan Rafiya telah memberikan saya tugas disini." jelas aku sambil bermain senyuman.
"Oh sudah semestinya awak ni jeah bukan?"
Aku mengganguk laju sebagai tanda ya.
"Baguslaa jeah datang awal ke lab ni boleh la akak bagi jeah jelajah tempat ni dulu" alamak dia bahaskan diri dia sebagai akak pulak, dah laa aku ni dengan pak guard pun boleh ja dijadikan member apatah lagi akak senyuman manis ni.
"Erm nama akak siapa? " tanya aku agak kekok sebab nak kena bahaskan dia as akak.
"Nama akak Nurul Ain Syafiqah, umur akak 27 tahun"
"Owhh akak ni tua dua tahun ja dari jeah, tapi sejujurnya jeah tak biasa nak guna akak ni. " aku berkata jujur dengan akak yang bernama ain ni.
"Owh ye eh? Well aku pun sama, org dalam lab ni pun jarang nak bahaskan aku as akak, selalunya diorang panggil eyka ja so kalau jeah nak panggil kita as eyka pun boleh"
"Really, baik laa eyka hehe. " sengih² pulak aku bila dapat elak dri panggil sesiapa as akak.
"Eyka, aku nak tanya ni.." aku mengalihkan pandangan aku kepada eyka.
"Tanya laa apa je kau nak tanya. "
"Siapa senior aku? " aku memang busy body tahap gaban tak boleh chill sikit,
"Oh senior kau eh, ermm dia handsome dan tinggi orangnya tapi nantila kau tahu siapa dia." jawab eyka sambil senyum tengok aku, ey dak ni memang suka senyum je ke apa.
"Hayelaa aku tunggu dia la ni"
"La tak cakap pulak yang kau tunggu dia, dia tu org paling punctual dalam lab ni so dia dah datang setengah jam awal tadi"
Ey si eyka ni, kalau senior aku dah datang asal tak bagitau aku. Tapi boleh pulak aku buat kawan baru dalam lab ni.
"Dia ada dalam lab 2 ,bilik paling hujung tu, goodluck jeah. Aku pergi bilik 3 sebelah tu ja, ada problem nanti bagitau je tau. Kalau dia buli kau, cepat² bagitau aku! " terang eyka sebeluk masuk ke dalam bilik 3.
"Bismillahirahmanirahim" kataku sebelum membuka pintu lab 2.
"Asal tak ketuk dulu sebelum main terjah masuk! " sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ke dalam lab 2 aku sudahpun kena marah.
"ohh sorry" aku hanya mampu tunduk sampai rambut aku dah tutup muka aku, terasa takut pulak bila kena marah ni.
"Kalini aku maafkan, dah tutup pintu tu" aku pun mengikut sahaja arahan senior aku itu tadi.
Entah mengapa suaranya pernah aku dengar ya. Suara yang lembut tapi garang.
"Look at me, jangan tutup muka, let me see who am i gonna work with" kata senior kepada diri aku yang masih belum menatap wajah miliknya itu.
Aku pun mengangkatkan wajah untuk melihat sebagai mana rupanya seniorku ini.
Degang kiraan 123 aku hampir sahaja ingin menjerit, menangis dan meraung.
ASAL MAMAT RAMBUT MANGKUK KEBAWAH NI BUAT DISINI.
to be continued -
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐌𝐲 𝐋𝐚𝐛 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 • [𝐎𝐆] • By Arashwon°√
Viễn tưởnghanya disebabkan kes overloaded potassium, maka terjadinya perang antara aku dengan si dia hm.
![𝐌𝐲 𝐋𝐚𝐛 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 • [𝐎𝐆] • By Arashwon°√](https://img.wattpad.com/cover/198789879-64-k167269.jpg)