flashback sebelum bekerja.
Puan Naslind Aisha Lee merupakan mama aku yang garang macam singa betina, even baba aku pon takut. Dia merupakan salah seorang parti pembangkang dalam keluarga ini, dia tak suka aku jadi seorang ahli farmasi. Kerja yang leceh katanya, eh kalau dah minat biar jela mama alololo. Mama nak aku ikut dia untuk jadi seorang model, nak kata aku cantik ? bolehlaa tahan muka ni takde la hodoh sangat tapi part tinggi dan body shape mantap tu, oh sorry mama that's not what am i.
"Mama, jeah kerja dulu yea?" sebelum keluar rumah aku pun salam dan cium tangan mamaku mudahan sahaja hatinya terbuka untuk terima kerjaya aku sekarang ni.
"Eik cium tangan ja? Pipi mama ni kamu dah tak nak cium la ye selepas dapat kerja ,laju ja dia nak meluncur keluar hmm tergesa-gesa nak jumpa boyfriend ke? " bagaikan dikelar hatiku kerana ayat mama yang dengan tiba-tibanya menyerang.
"Eh mengarut apala mama pagi-pagi ni, jeah kalau balik bukan bawa boyfriend tapi bawa ubat je mampu" #singleforever. Aku pun bagi la ciuman di pipi mama. Garang mana pun mama, dia tetap idola hatiku ini.
Mama pun membalas dengan mencium pipi pau aku ini, senyuman aku leparkan kepada mama lalu aku kembali mengorak langkah ke tempat meletak kereta.
"Lama betul kakak berkepit dengan mama, macam nak pergi kerja ni setahun. " perli adik perempuan aku yang bernama Ayesha Juliana Lee. Dia ni seorang nurse tapi masih dalam praktikal so kami akan bekerja under hospital yang sama, rumah sama tempat kerja pun sama hadoiii.
"Sibuk la kau, kakak ni baik orangnya sebab sebelum kerja selalu minta restu dari mama agar semuanya dipermudahkan tak macam kau terus main masuk ja kereta aku ni" perli aku semula kepada adik aku, dia yang telah hilang kata-kata itu hanya mampu menjeling kepada aku.
"Kak, hari ni hantar sha depan klinik tu ja sebab kawan sha dah tunggu sana, nanti kami jalan sendiri pergi block emergency. "
"Haaa baiklaa sha, kau jangan melencong pulak sebab nak usha doktor lelaki eh ?"
"Eleh hal sha laa kalau nak usha ke tak ,akak tu bila lagi? Umur dah 25 tapi seorang teman lelaki pun takde lagi" kata-kata adik aku tu buat aku rasa nak je sepak dia keluar dari kereta ni sekarang jugak tapi memandangkan sekarang tengah traffic jam aku sekadar mampu beristighfar memohon keampunan agar dapat bersabar lagi.
"Kalau dah ada jodoh nanti adala kakak bf, dah kau senyap dan dengar je lagu nct dream boom ni"
[ Di block emergency ]
"WAH! Ramai siot orang di ruangan emergency ni, Ya Allah permudahkan laa segala urusan hambamu yang berada di hospital ini, amin."
"Amanda! " suatu empunya suara yang amat aku kenal suara ini jugak la yang selalu menegur aku disaat aku tengah leka membaca novel di dalam kelas add math, itu lah aimy. Kawan rapat aku sejak tingkatan satu lagi.
"Keciknya dunia. Pejam celik je kau dah ada depan mata aku sekarang ni, dah jadi seorang doktor dah kawan aku sorang ni" aku berasa amat bangga dengan pekerjaan kawan aku saat ini, seseorang yang hampir drop biology sekarang telah menjadi seorang doktor di wad kecemasan.
"Kau pun sama, aku bangga bila kau dah berjaya kejar impian kau untuk menjadi seorang ahli farmasi, semoga kita dapat teruskan perjuangan ini ya sahabat medicalku"
"Amboi rancaknya korang berdua berborak tak ajak aku eh.. "
"Mel!! Kau pon kerja sini? Seriousla korang berdua kerja tempat yang sama? " aku bagaikan terkejut dek terkezutz
"Dah nama pon jodoh mestilah kerja pun tempat sama kan aimy? " tanya mel kepada aimy.
"Eh yeye je mel, ofc la jodoh kami kuat. "
"Tak sangka kita akan bekerja di bawah satu hospital yang sama" hampir saja aku ingin nangis kerana happy dapat meluangkan masa lagi bersama mereka setelah lama berpisah semasa zaman uni.
"Alalala jangan la nangis pulak dekat sini, orang tengok laa.. Dah laa jom start bekerja nanti waktu lunch kita pergi date lagi" ajak mel
"Okay jugak boleh laa share cerita, ok guys got to go the patient are waiting for me, DR Aimy chau lu"
"Bye aimy, bye mel! " tangan aku lambai sebagai tanda perpisah sebentar, aku pun kembali mencari di manakah kelibatnya si zaem.
"Tak jumpa pon mamat ni" aku mengeluarkan iphoneku dan segera mendail nombor "zaem mingyu". Dengan iphone yang masih melekat di telinga aku sambung berjalan, kerana begitu asyik menunggu panggilan dari zaem aku telah terlanggar seorang lelaki yang sedang berlari ke arah aku dan aku tak dapat nak elak maka iphone aku jatuh dari genggaman tanganku.
"Oh shit my iphone! " aku pergi ambik iphoneku yang jatuh tadi, aku bangun dan lihat wajah lelaki yang aku langgar tadi.
"What are you looking at ? give me your sorry then leave! " lelaki tu marah aku dengan nada yang selamba tapi agak garang.
"What the heck, because of you my iphone's screen protector crack, now you're the one who should be sorry" marah aku semula selepas melihat keadaan iphone aku yang kini retak depan dan belakang ish!
"For your information ini hospital bukan tempat nak main phone sambil jalan tak tengok dunia, and one more kau yang berdiri tengah jalan. Aku busy ni, kau tak nak cakap sorry tu dosa kau sendiri sebab dah buat salah tapi tak mengaku bersalah. "
"Ish okay i'm sorry" aku terpaksa mengalah sebab aku tau kalau aku lawan lagi mesti mamat depan aku ni akan balas lagi, lelaki macam ni mana nak mengalah.
"Good girl, sekarang aku perlu pergi" lelaki itu terus pergi meninggalkan aku yang tengah terkaku disitu, iphone aku retak siot.. Memang bad day laa ish.
"Sabar ya jeah, ini semua dugaan ja ni :)"
TO BE CONTINUED.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐌𝐲 𝐋𝐚𝐛 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 • [𝐎𝐆] • By Arashwon°√
Fantasyhanya disebabkan kes overloaded potassium, maka terjadinya perang antara aku dengan si dia hm.
![𝐌𝐲 𝐋𝐚𝐛 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 • [𝐎𝐆] • By Arashwon°√](https://img.wattpad.com/cover/198789879-64-k167269.jpg)