Suasana di lab amatlah sepi kerana pertemuan yang tidak diingini berlaku.
"So you must be Amanda." tanya senior aku atau lebih dikenali sebagai lelaki rambut mangkuk kebawah.
"Just call me Jeah." kataku dengan suara yang mendatar tetapi sedikit ketakutan. Eh apa ni jeah kenapa nak takut dengan lelaki ni? Dia buli kau, kau boleh je gunakan tang soo do kau tu untuk lawan balik.
"Oi kau termenung apa? Termenungkan aku eh? AHAHAHA" aku hanya menayangkan wajah selamba, malas nak gaduh.
Aku mengeluh sebentar, apalah nasib aku dipertemukan semula dengan sang jejaka yang telah membinasakan Iphone Xs Max aku tu. Dia memandang ku pelik dengan segera aku mengelak dari sebarang pertentangan mata dengan dia.
"In this lab, in this hospital.. please just call me arash. Kau faham? " aku hanya mengganguk, kasar sekali bahasa lelaki ini kepada aku. Entah macam mana dengan 6 Bulan yang akan datang nanti.
"Kau kenapa? Aku salah cakap ka?" dia tanya aku semula, maafkan aku ya Allah, tidak bermaksud hambamu ini untuk berkurang ajar dengan rezeki baru yang kau beri tapi entah mengapa hati ini masih menyimpan dendam kerana hal yang remeh temeh terhadap lelaki yang berada di depan ku ini.
"I'm fine arash" dia mengangguk faham dan berlalu pergi keluar dari lab.
"Sabar Jeah, jangan disebabkan kisah lalu mood kau hancur untuk 6 Bulan yang akan datang, terimalah kenyataan bahawa kau akan ada dengan dia sehinggalah tempoh 6 bulan itu habis." aku berkata kepada diriku sendiri.
Aku berlegar-legar di dalam lab 2 untuk membiasakan diri. Baru sahaja aku ingin mendapatkan kot aku semula aku sudah melompat ke belakang dan menjerit.
"ARASHH HELPP ME!! " hanya nama itu sahaja yang dalam fikiran aku sekarang ni. Arash yang berada di luar lab 2 terus berlari masuk mendapatkan aku yang sudah pun ingin menangis.
"Kau kenapa ni, kenapa menjerit.. Wait why are u crying?" dia bertanya kepada aku, aku tak mampu jawab dan hanya menunjukkan ke arah kot aku yang tersedia tergantung di rak baju itu.
"AHAHAHAHA ya allah, jeah kau jerit macam jumpa hantu hanya sebab lipas kecik ni ja?" dia sempat ketawakan aku lalu buang lipas itu. Aku dah terduduk sambil peluk lutut akibat takut dan fobia dengan lipas yang sudah semestinya sangat jijik di mata aku.
Arash datang dan duduk di hadapan aku dan menghulurkan tisu.
"You're such a kid la jeah, baru lipas. Macam mana kalau lipas tu terbang dan lekat dekat rambut kau? And at the same time aku takda di sini? " aku mula meluat dengan lelaki ni, dia fikir dia seorang sahaja yang berada di hospital ni yang boleh tolong bunuh lipas tu untuk aku?
Aku hanya diam dan masih memeluk lutut, aku memandang ke arah kanan kerana tidak mahu melihat muka si riak ni.
"Memang tak reti nak cakap thankyou eh budak ni?" dengan nada sinis arash berkata kepadaku.
"Kamsahamida! " ucapku, haa ambik kau aku keluarkan bahasa korea sekali biar kau tak faham.
"Nae cheonmaneyo" balasnya selamba, aku sudah pun menayangkan riak wajah yang amat terkejut.
Dia tersengih lalu ketawa.
"Hadui jeah muka surprise tu please la cover, buruk tau tak? AHAHAHA apa kau fikir aku kuno sangat ka tak faham bahasa korea ni? Well people call me lee jong suk malaysia if i'm not mistaken. "
"Urm i don't think so, sebab encik arash ni muka macam katak kurap! " kataku lalu pergi meninggalkan arash yang sudah membebel tak puas hati kerana dilabelkan sebagai katak kurap.
"Kau datang balik ke dalam lab ni nanti siap kau, aku bela sekampung lipas khas untuk kau baru padan muka kau" itu sahaja pesan yang aku dapat dengar dari arash sebelum aku berlari ke lif, aku dah mula rindu dengan puak di emergency.
.
"So how's your senior sahabatku? " tanya aimy kepada aku dan aku seperti biasa hanya menayangkan muka selamba.
"Jangan tanya dulu laa pasal dia, dah laa sombong lepastu garang tapi dah sampai mood okay dia, pandai pulak dia puji diri sendiri, Ish kereknya lelaki tu" aku sudah pun membebel walaupun sudah berapa kali aku menasihati diri sendiri sebelum berjumpa dengan aimy dan mel.
"Mulut cakap lain nanti hati cakap lain jeah oi" tegur mel, maka aimy dam mel mulalah nak bergurau dengan aku pasal lelaki tu.
"Mulut aku cakap benci, hati aku lagilaa benci!"
tegas aku mengatakan bahawa aku memang tak suka si arash tu."Tak baik benci orang jeah, terimalaa kenyataan yang kau akan bekerja dengan dia starting hari ni. " aimy cuba memujuk aku yang sudah terlebih dahulu muncung bibir seperti itik tu.
"Buat muka macam tu mana tak nya single sampai sekarang" sampuk zaem yang baru nak tiba. Lagi 5 minit dah nak habis break time baru nak datang. Memang aku hadam sangat la dengan 'otw' si zaem ni.
"Kau diamlaa zaem sebelum aku cukur kening kau tu! " belum sempat aku ingin meneguk air coffee, ip aku sudah pun berbunyi.
"Dah keluar rehat tu memang tak reti nak balik dah ka? Jangan sampai aku jumpa kau dekat ruangan emergency eh jeah, aku baling lipas ni kat muka kau nanti baru kau tahu! Come here with in 2 minutes" - unknown number
Haish mamat ni memang tak nak aku chill sikit!
"Got to go guys, senior aku dah panas bontot" kataku selamba kepada mel, aimy dan zaem.
"Memang la bontot dia panas sebab dia tak tengok muka kau selama 40 minit." usik si zaem, sempat juga tangan aku cengkam rambut lebat zaem ni.
"Cakap benda merepek lagi nahas kau zaem" aku pun pergi meninggalkan mereka.
Dengan tin coffee yang masih ku pegang aku masuk ke dalam lab 2.
"No food or drink are allowed here miss jeah! " again aku kena sound. Aku pun tak nak berlawan suara dengan arash ni sebab memang tak ada faedah. Aku pun keluar untuk minum secepat mungkin.
"Kemas barang kau dan ikut aku sekarang" arah si arash yang masih busy mengemas barangnya. Dia langsung tak pandang aku pun bila memberi arahan itu.
"Do it faster please, 1 minute is given!" aku pun segera mencapai beg yang patut, eh ofc handbag coach limited edition tu yang aku bawa dan ipad kerja aku.
"Kita nak pergi mana?" tanya aku bila kami dah sampai di hadapan lif.
"My house" katanya sepatah, aku pun mengganguk kepala tanda faham.
But wait, if i'm not mistaken did he just say we're going to his house?
Pergi rumah dia buat apa masa kerja ni?
Seratus satu persoalan di dalam kepala otak aku ni, boleh pulak suasana di dalam lif itu padat dengan orang sampai aku dapat rasa dia memang dekat tepi aku, argh jeah apa ni.
TO BE CONTINUED.
YOU ARE READING
𝐌𝐲 𝐋𝐚𝐛 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫 • [𝐎𝐆] • By Arashwon°√
Fantasyhanya disebabkan kes overloaded potassium, maka terjadinya perang antara aku dengan si dia hm.