five

211 18 0
                                    


 
"Settled."

Mina senyum dan melabuhkan duduk di hadapan Taehyung. Lelaki itu hanya beriak tenang.

Senyum singkat diberikan kepada Mina.

"Sikit hari lagi Taehyung. Kita akan bersama."

"Sure."

Balas Taehyung singkat. Tangan Mina dicapai dan ciumannya berlabuh disitu.

•   •   •

Aku perkemaskan cardigan pada tubuh sebelum melangkah masuk ke dalam kafe.

Dari jauh sudah terpandang wajah betina Taehyung sedang menunggu di meja hujung.

Tangan aku menggeletar menahan rasa namun aku tahan. Dia melempar senyum setelah aku melabuhkan duduk berhadapannya.

Aku juga memberi dia senyum. Wajah bersih tanpa cacat-cela, bibir merah merekah, pakaian terdedah.

Aku senyum sendiri. Baru aku tahu, begini selera suami aku yang sebenar.

"Saya tak tahu nak mula dari mana. Tapi sebelum apa-apa, saya minta maaf dulu."

Bicaranya tersusun rapi. Aku mengangguk. Memberi ruang supaya dia teruskan kata-katanya.

Aku dapat mengagak butiran isi percakapan dia. Dan aku tahu. Apa yang dia mahu.

"Sebenarnya, saya dan Taehyung dah berhubungan selama setahun lebih di belakang awak. Saya taknak-"

"Stop. Itu dah cukup."

Aku senyum. Tapi tuhan sahaja tahu pedihnya bagaimana. Aku tak mahu dia teruskan ayatnya. Risau aku tak mampu kawal diri aku. Tangan aku di bawah meja aku tekan sekuat hati.

Kesan torehan pada lengan semalam mula berasa pedih. Sedikit sebanyak, fikiran aku mula fokus rasa sakit di lengan berbanding hati.

"Saya benarkan hubungan awak dan dia. Tapi jangan berharap saya akan tinggalkan dia. Tak akan sama sekali."

Aku bangun. Bersedia meninggalkan betina itu.

"Terima kasih, bakal madu."

Aku angguk tanpa memandang dia dan terus pergi.

[C] Sweet Liar ♡KTHWhere stories live. Discover now