twelve

196 17 0
                                    

 
 
"Dulu, kau selalu bagi sweet liar kau kan Taehyung?"

Aku belai pipi Taehyung yang menunduk lemah. Dia hanya diam sahaja.

"Penipuan kau buat aku bahagia sangat-sangat. Buat aku yakin kau memang sayangkan aku. Tapi kenapa kau perlu jujur yang kau tipu aku?"

Aku terjelupuk jatuh dan menangis lagi. Walaupun aku tahu ini kenyataannya. Aku memang tiada dalam hati Taehyung. Namun aku takut mahu menghadapi kenyataan ini.

"Kenapa tak teruskan penipuan kau sampai aku mati?!"

Aku cengkam dagu Taehyung kuat. Dia juga menangis. Membuatkan aku jadi serba-salah.

Perlahan-lahan aku lepaskan cengkaman aku pada dagu dia dan memeluk lutut sendiri.

"Aku minta maaf. Aku takut. Aku tak tahu apa yang berlaku. Tolong aku Taehyung."

Pinta aku. Tangan yang menggeletar tidak habis-habis memukul kepala sendiri.

Fikiran aku serabut.

"Tolong aku."

Rayu aku lagi dan lagi. Aku terseksa. Orang yang aku sayang sudah pergi dari aku. Hidup aku kosong.

[C] Sweet Liar ♡KTHWhere stories live. Discover now