twenty five

209 18 0
                                    

 
 
"Macam mana dia dan Taehyung boleh berjumpa?"

Jungkook tanya aku yang sedang merenung ke satu arah. Masuk hari ini, sudah 2 bulan aku mendapat rawatan dari dia.

Keadaan aku makin pulih. Sedikit demi sedikit. Walaupun kadang, ada juga yang tidak kena.

"Saya yang kenalkan diorang. Yoon Mina sebenarnya kawan baik saya. Tapi saya tak sangka-"

Bicara aku putus. Aku mula teresak. Emosi aku tak stabil setiap kali teringatkan kisah gelap ini.

Jungkook bangun dan berdiri di sebelah aku, tangannya mengusap bahu aku.

"Jangan paksa kalau awak tak-"

"Saya tolong Mina dapatkan kerja. Tapi bila dah dapat kerja sebagai pembantu peribadi suami saya, dia mula berubah. Saya mula rasa Taehyung pun berubah. Setiap hari dia mula pulang lewat. Rupa-rupanya, hubungan diorang dah hampir setahun. Sama dengan usia perkahwinan saya dan Taehyung."

Aku memeluk tubuh dan menunduk. Sakit. Tak sangka, aku ditipu hidup-hidup oleh dua manusia yang sangat aku sayang dan jaga dahulu.

•   •   •

Flashback

"Harim. Tolonglah aku. Kau carikan lah mana-mana kerja untuk aku. Aku terdesak sangat nak pakai duit ni."

Mina pegang tangan Harim dengan erat. Sengaja dia datang berjumpa Harim hari itu untuk meminta pertolongan dari Harim.

"Ish. Ye sabarlah. Aku akan tolong kau. Janganlah risau. Kau kawan aku. Mesti aku tolong. Rilek je."

"Harimmmmm! Ni buat aku makin sayang kau ni! Kau je sahabat aku. Takde yang lain."

Mina peluk longgar tubuh Harim. Terkekeh Harim dibuatnya.

"Em life kau lepas kawin macam mana? Ok ke? Takde gaduh-gaduh kan?"

Soal Mina tiba-tiba. Sebenarnya, sudah lama dia menaruh hati pada Taehyung. Sejak sebelum perkahwinan Harim dan lelaki itu lagi.

"Ok je. Dia tu sweet gila kau tahu? Kalau boleh, setiap masa nak melekat je dengan aku. Suruh pergi kerja pun kena paksa-paksa, baru nak pergi."

Harim ketawa mengenangkan sikap manja suaminya. Mina pula dalam diam mengutuk Harim.

Bengang melihat kebahagian Harim dengan lelaki yang disayanginya. Cemburu. Sudah tentu.

"Em Harim. Kau pernah bagitahu yang personal assistant Taehyung dah berhenti kan? Kalau boleh, cubalah kau recommend aku dekat dia. Lagipun aku ada pengalaman as personal asisstant selama 3 tahun sebelum ni."

Pujuk Mina. Harim yang tersentak dengan permintaan Mina mula serba-salah.

Memang dia mahu membantu Mina, tapi bukan bekerja sebagai pembantu peribadi suaminya.

"Tolonglah Harim. Aku perlukan kerja sangat-sangat sekarang ni."

Desak Mina sungguh-sungguh. Lambat-lambat Harim mengangguk setuju.

Dan bermula dari situ, hubungan Harim dan Taehyung semakin jauh. Sahabat yang dia bantu dan jaga tikamnya dari belakang. Perkahwinannya runtuh.

Semuanya akibat cemburu dan dendam serta kasih-sayang yang mendalam.

•   •   •

"Saya menyesal bantu dia. Sangat menyesal."

Bisik Harim dalam esakannya. Jungkook menarik Harim dalam dakapannya. Belakang kepala Harim diusap lembut menenangkan wanita itu.

Dia turut terasa perit yang Harim tahan selama ini. Lukanya mendalam. Sukar diubati. Namun Jungkook tabahkan juga diri, kerjanya sebagai pakai psikatri adalah merawat dan membantu insan separti Min Harim.

Jadi dia tidak akan mengambil mudah masalah yang berlaku pada Min Harim. Gadis itu perlu diubati. Min Harim juga berhak merasa bahagia.

[C] Sweet Liar ♡KTHWhere stories live. Discover now