thirteen

196 17 0
                                    

 
 
Jam 3 pagi aku turun ke dapur. Aku tidur di bilik lain. Aku tak mahu kacau Taehyung.

Botol ubat tidur yang sudah kosong aku buang ke dalam tong sampah. Aku tahankan tubuh di kabinet dapur. Aku tak boleh tidur walaupun sudah telan berbiji-biji ubat tidur.

Bagai tak memberi kesan. Mata aku masih celik. Mungkin tubuh aku saat ini hanya bertindak pada kesakitan yang manusia berikan dan bukannya pil-pil ubat.

'Meow!'

Aku mendekati kucing putih yang berada di laman belakang rumah. Kucing jiran sebelah.

Aku rangkul kucing itu ke dalam pelukan aku dan membawa masuk ke dalam rumah.

"Kau tak sunyi duduk luar sorang-sorang macam tu?"

Aku mulakan dialog dengan kucing putih itu. Keadaan dapur gelap dan hanya disinari cahaya lampu jalan dari luar.

Kucing di tangan aku sesekali bergerak mahu melarikan diri tapi aku menguatkan pelukan pada tubuhnya.

"Kau tahu aku sakit?"

"Aku sorang-sorang sekarang."

"Dia dah tinggalkan aku."

"Dia benci aku."

Tangisan aku pecah. Aku memeluk tubuh kucing itu.

Sunyi.

Perkataan tepat yang dapat aku gambarkan keadaan aku sekarang.

"Kau jangan tinggal aku."

Pinta aku perlahan. Aku terdesak mahu merasa diri aku penting pada seseorang.

Sangat.

Terdesak.

[C] Sweet Liar ♡KTHWhere stories live. Discover now