PROLOG
Aku bukanlah seorang wanita yang baik mahupun perempuan yang solehah dan jauh sekali insan yang taat. Rutin aku ibarat bersekutu dalam menjayakan misi syaitan.
Club dan pub ibarat tempat yang wajib aku kujungi dengan hanya satu tujuan iaitu berhibur. Hiburan itu hobi aku. Kejian dan carutan itu zikir aku. Maksiat dan melakukan dosa itu amal aku.
Adakah aku manusia yang bertopengkan syaitan?
Status agama Islam aku hanyalah sekadar nama semata yang lansung tidak membawa makna dalam hidup aku. Zaman kecil aku hanya di ajar ilmu dunia semata manakala ilmu akhirat
hanya di pandang sebelah mata. Tanpa mengendahkan akan azab Allah di akhirat kelak. Tanpa mengenal seksaan dan azab di neraka-Nya.Hidup aku selama ini dilimpahi dengan kemewahan dan kesempurnaan. Aku mewah dengan harta, kasih sayang dan populariti. Rupa paras aku turut sempurna tanpa cacat cela. Namun, kesempurnaan aku digunakan ke arah jalan yang lalai dan maksiat di dunia.
Kemewahan itulah kebanggaan yang seringkali aku utamakan dan banggakan ke mana sahaja aku berada.
Bongkak, sombong dan riak itu adalah sifat aku sehingga aku tidak tahu apakah sifat baik yang aku miliki.
Aku bangga dan riak apabila ajnabi memuji kecantikan rupa paras aku. Aku riak dengan kemewahan yang aku miliki. Ya, kemewahan yang tidak akan kekal lama menjadi kepunyaan
aku.Aku mengaku, meskipun aku kaya dengan harta dan pangkat namun hati aku tetap kosong. Ketenangan... hanya dapat dirasai apabila aku melakukan perkara yang aku suka dalam erti kata lain berhibur. Adakah itu ketenangan yang sebenar? Aku sendiri tidak tahu apakah rasa ketenangan yang sebenar....
Di sudut hati, pelbagai soalan menerjah kalbu dan benak aku. Apakah kekosongan di hati aku? Adakah aku perlu berubah mencari kebenaran untuk mengisi kekosongan itu? Masihkah ada masa dan jalan untuk aku kembali pada agama aku yang satu?
Layakkah manusia seperti aku menjalani kehidupan seorang
muslimah yang solehah yang begitu jauh daripada sifat sebenar aku yang hanya seorang pendosa?Ikutilah kisah aku seorang insan yang fasik yang tidak lari daripada membuat zina, kesilapan
dan dosa. Masihkah ada peluang bagi insan seperti aku berubah?Apa yang aku pasti seorang pendosa bukan ditakdirkan untuk melakukan dosa selama-lamanya. Mungkin orang memandang hina dan keji dengan dosa yang aku buat tanpa mereka mengetahui bahawa pendosa belum tentu akan menjadi pendosa hingga akhir hayatnya kerana hati setiap insan dipegang oleh Allah.
![](https://img.wattpad.com/cover/204202748-288-k74378.jpg)
YOU ARE READING
Suami Aku Mr.Tarbiah[On Going]
RomanceCover by @theAisyah_ Hanna Rianna ialah seorang gadis yang sempurna dari segi rupa paras malah harta.Namun tidak semua manusia dalam dunia ini sempurna.Begitu juga Hanna Rianna, meskipun kaya rupa dan harta, tak dapat dinafikan bahawa dirinya yang m...