Jam aku menunjukkan pukul 5:00 petang.Aku baru sahaja habis kelas di kolej.Risha dan Lisa pula terpaksa balik awal disebabkan ada perkara yang mereka perlu selesaikan.Kalau tidak, sudah lama aku mengajak kawan aku pergi ke pusat hiburan.Aku duduk di salah sebuah bangku yang terdapat di pekarangan kolej setelah penat berdiri menunggu kedatangan si abang.Bangku yang sedang aku duduki itu berhadapan dengan kolam ikan yang cantik dan bersebelahan dengan rumput seperti taman mini.
Aku menghantar mesej kepada abang untuk menyuruhnya menjemput aku pulang.Sementara menunggu kedatangan abang aku, aku duduk termenung memerhatikan kolam ikan di hadapan tempat yang sedang duduk.Terasa nyaman dan tenang sedikit hati aku yang bercelaru dengan masalah di kolej.
Tiba-tiba aku terasa bahu aku yang sedikit terdedah disentuh oleh tangan seseorang yang aku rasakan tangan milik seorang lelaki.Aku agak terkejut.Lantas, aku memalingkan wajah aku ke belakang untuk melihat siapakah gerangan yang berani menyentuh aku.
Aku terkejut apabila yang menyentuh aku tadi ialah Jefri.Aku ingatkan dah balik sebab melihat kawasan kolej yang sudah lenggang dengan pelajar.Hanya aku sahaja yang balik lewat pada petang itu.
"You nak apa ni Jefri? Stoplah ganggu I."Kata aku dengan nada yang kasar.Orang macam ni tak payah berlembut.Orang cakap elok-elok pun bukan nak dengar.
"Rin, mana ada I kacau you.I just nak teman you je.I miss you so much Rin." Balas Jefri sambil mencuba untuk memegang tangan aku.Aku mengelak daripada tangan aku dipegang olehnya.
"Tak payah nak tunjuk baik sangat dekat sini.I tak perlukan you untuk temankan I.I don't care if you miss me or anything.Understand ?
"Why Rin? Why? Sebab you dah ada lelaki yang lagi hensem dari I? Ni mesti mamat yang hantar you pagi tadikan.Rin, percayalah I boleh bagi you apa-apa je yang you nak.Please, be my girlfriend and my lovely partner in my life.I 'm really love you."
Aku mula membuat muka bosan mendengar luahan hati Jefri."Serius, you boleh bagi apa je yang I nak?" Soal aku sambil menjongket kening kepada Jefri.Jefri mula tersenyum lebar apabila mendengar pertanyaan aku.Aku menahan ketawa melihat reaksi Jefri.Ingat aku nak setuju jadi partner dia agaknya.
"Yes dear, I will give you everything.So, what do you want darling," ujar Jefri sambil memegang tangan aku dengan lembut.
" I nak you berambus dari hidup I and I nak you stop kacau I.So, sila tunaikan apa yang I nak." Lantas aku menepis tangan Jefri yang masih memegang tangan aku.
Aku berharap supaya abang cepat sampai.Aku memang dah malas dan muak melayan perangai Jefri.Kelihatan Jefri seakan kecewa dengan permintaan aku."No, Rin.I can't. I tak akan stop dari kejar you.I nak you Rin.Susah sangat ke you nak terima I hah! Ni mesti jantan yang hantar you pagi tadikan? Siapa dia Rin? Tell me, who is he?
Jefri yang hilang kawalan terus memegang bahu aku dengan kuat.Aku lansung tidak boleh melawan kudratnya yang jauh lebih kuat dari aku.Puas aku menolak dadanya.
"Hey, you siapa nak ambil tahu dengan siapa I keluar ke apa? Orang dah tak nak terima jelah.Apa you terdesak sangat ke? You ni memang tak faham bahasa betul," balas aku sambil cuba melepaskan diri dari cengkaman Jefri.
"Hey, I berhak ambil tahu semua pasal you.Now, you tak boleh buat apa-apa.Just you dengan I je ada dekat sini.Macam-macam I boleh buat dekat you." Balas Jefri sambil mendekatkan wajahnya dengan aku.Jefri mengunci pergerakan tangan aku daripada terus menepis dadanya dan dia mendekatkan lagi badannya dengan aku.Aku memang sudah terkunci dalam pelukan Jefri.Badan aku dengannya seperti bercantum.Aku sangat risau jika Jefri hilang kawalan dan buat perkara yang tidak baik terhadap aku.Macam manalah mamat psycho ni boleh obses dengan aku.
Meskipun aku seorang gadis yang liar tetapi aku tidak rela kehormatan aku disentuh lelaki yang bukan suami aku.Ya, aku masih menjaga kehormatan aku walaupun aku bebas berhubungan dengan mana-mana lelaki.
" Please,Jef. I merayu dekat you.Jangan buat macam ni dekat I," ujar aku yang mula rasa ingin menangis.
Kelihatan kereta abang sedang memasuki pekarangan kolej.Abang yang melihat keadaan aku bergegas keluar dari kereta dan meluru ke arah Jefri.
"Woi, kau buat apa dengan adik aku hah?
Jefri yang terperanjat dengan kehadiran abang aku terus melarikan diri.Aku melepaskan nafas kelegaan.Aku masih trauma dengan apa yang terjadi tadi.Aku terduduk.Akhirnya air mata aku mengalir ke pipi.Ya, aku menangis disebabkan aku takut dan sangat risau.Abang yang menghampiri aku terus memeluk aku ke dalam dakapannya.Aku berasa sedikit lega meskipun aku masih sedih dengan apa yang Jefri lakukan kepada aku tadi.
"Sorry Rin.Kalau abang tak jemput Rin lambat mungkin Rin tak akan jadi macam ni."
Aku menggelengkan kepala."Tak apalah abang.Abang, jom balik.Rin penat sangat-sangat," ujar aku yang masih menangis.
Abang hanya mengangguk dan menurut permintaan aku.Abang mencempung tubuh aku yang longlai dan membawa masuk ke dalam kereta.Di dalam kereta, aku hanya membisu seribu bahasa.Aku lansung tak ada mood untuk bercerita apa yang jadi tadi kepada abang.
Aku memandang abang di sebelah aku.Aku menyentuh lengannya."Abang, thank you sebab tolong Rin tadi.Rin harap abang tak ceritakan pada papa dan mama."
"Rin, abang kena cakap dekat mama and papa pasal hal ni.Ini bukan perkara main-main.Nasib baik abang ada.Kalau hari lain dia kacau Rin lagi macam mana.Tak sangka pula abang ada mamat obses and psycho minat dekat adik abang."
Aku hanya tersenyum tawar dengan gurauan abang.Tidak ada hati untuk ketawa.Aku hanya menurut permintaan abang untuk memberitahu hal tadi kepada mama dan papa.Biarlah mereka yang selesaikan.Aku malas nak fikir.
Aku memandang ke luar tingkap untuk menghilangkan kesedihan dan rasa takut yang menyelubungi hati aku.Aku ingin hilangkan semua memori aku tentang kejadian yang berlaku sebentar tadi.
YOU ARE READING
Suami Aku Mr.Tarbiah[On Going]
RomansaCover by @theAisyah_ Hanna Rianna ialah seorang gadis yang sempurna dari segi rupa paras malah harta.Namun tidak semua manusia dalam dunia ini sempurna.Begitu juga Hanna Rianna, meskipun kaya rupa dan harta, tak dapat dinafikan bahawa dirinya yang m...