Hari ini aku boleh bersenang- lenang sebab tidak perlu ke kolej. Aku dapat MC dua hari disebabkan kecederaan di lengan aku. Telefon aku gapai dan terus membuka aplikasi Whatsapp.
Sempat juga aku melihat jam. Sudah pukul 11:00 pagi.Aku terus menghantar mesej pada Risha.
" Hei, Risha... Kau buat apa tu?" -Rin
Risha pula yang kebetulan online time tu terus membalas.
" Aku dekat cafe baru nak sarapan. Kau kenapa?" - Risha
" Ooo...aku bosanlah duduk rumah. Korang pula ada kelas. Kalau tak boleh outing." - Rin
" Best pe dapat MC. Alah relaxlah. Habis kelas nanti aku dengan Lisa singgah rumah kau." - Risha.
" Oookay...lepas ni kau ada kelas lagi ke?" - Rin
" Haah... Kelas Sir Irfan." - Risha
" Ooo...Lisa ada dengan kau ke?" - Rin
" Tak de... Dia pergi mana ntah tadi. Katanya ada hal. Alak?"- Risha
" Tak ada paper...sajatanya...Aku memang bosangiler ni." -Rin
" Alah sementara tunggu kitaorang kau pergilah dating dengan Mr.Tarbiah😝 - Risha
"😑😑😑" - Rin
" Okaylah Rin aku nak gerak dh...Bye...😆" - Risha
" Oook..." - Rin
Lantas aku menutup telefon. Argh! Bosannya... Aku terus melangkah keluar dari bilik menuju ke taman mini mama. Boleh lepak dekat depan kolam ikan.
Semasa aku hendak keluar aku terserempak dengan mama di ruang tamu.
" Hi Rin, kenapa tak rehat dalam bilik?"
" Hurmm...bosanlah mama. Asyik rehat je...Rin nak lepak jap dekat kolam ikan."
" Rin nak ada makan pape tak? Nak minum susu ke jus ke?"
Aku merenung mama dengan hairan. Rajin pula mama...Biarlah Rin, mama baik kau pelik mama jahat kau bising. Habistu kau nak mama macam mana? Kata aku dalam hati.
" Hurmm... Tak kisahlah mama. Jus pun okay juga," jawab aku.
Mama hanya mengangguk dan terus berlalu ke dapur.
Aku pula pergi ke kolam ikan di taman mini mama.
Buaian yang berhadapan dengan kolam ikan adalah port lepak aku. Sejak kejadian aku masuk wad, hubungan aku dengan mama agak baik. Mungkin sebab aku dah jarang nak menjawab dan melawan cakap mama.Aku memang sayangkan mama cuma aku tidak suka mama suka melebihkan Luqman. Sekarang aku hanya biarkan sahaja. Aku sendiri malas nak berbalah dengan mama hanya kerana si mamat kampung tu. Haih, mampu ke aku bertahan hadap si mamat kampung tu? Hari-hari menyakitkan hati je.
Aku kena pujuk papa juga untuk pecat Luqman tu.Kalau tak mahu bernanah telinga aku dengar dia membebel. Pelik betul lelaki macam Luqman tu.Sedang aku sibuk mengelamun tiba-tiba telefon aku berbunyi. Terpapar nama Lisa di skrin telefon. Pantas aku menjawab panggilan Lisa.
"Helo."
" Helo Rin. Kau buat apa?"
" Tak ada buat pape pun. Kenapa?"
YOU ARE READING
Suami Aku Mr.Tarbiah[On Going]
Любовные романыCover by @theAisyah_ Hanna Rianna ialah seorang gadis yang sempurna dari segi rupa paras malah harta.Namun tidak semua manusia dalam dunia ini sempurna.Begitu juga Hanna Rianna, meskipun kaya rupa dan harta, tak dapat dinafikan bahawa dirinya yang m...