Bab 3 [Baby Sitter]

9.6K 308 16
                                    

Aku hanya ikut waze yang menunjukkan arah. Apabila tiba di cafe yang di cakapnya, aku memakirkan kereta. Tudung bawal shawl aku betulkan. Beg silang aku sangkut di bahu. Setelah siap menilik wajah di cermin, aku keluar dari perut kereta. Kaki aku atur masuk ke dalam kedai mewah itu.

Aku mencari segenap ruang. Mana dia ? Jam aku tilik. Sudah jam 8. Takkan dia tak sampai lagi ?

Pelayan yang melihat aku kaku berdiri terus mendekati ku.

"Ya cik boleh saya bantu ?", soalnya ramah.

"Er..tak saya tunggu kawan. Lelaki, tinggi dalam 180 ke atas, rambut pula er.. perang ? Kuning ?", aku mencari akal. Macam mana nak terangkan ciri-ciri lelaki barat padanya ?

"Rambut perang ?", aku terkejut dengan tekaannya namun seraya mengangguk. Dia tersengih sebelum menyuruh aku ikut langkahnya. Dia membawa aku ke ruang meja yang lain. Lebih mewah dari yang berada di depan dan mempunyai privasi tersendiri.

"Dia dah lama tunggu cik", ujarnya lalu menunjukkan jejaka itu. Aku terpaku. Itu dia ?

"Jalan jammed ?", soalnya sambil memeluk tubuh. Aku masih setia berdiri. Tidak tahu mahu memberi reaksi apa.

"Order lah apa-apa", ucapnya sambil menghirup Black Coffee yang dipesannya.

"Latte", ucap aku bersama senyuman manis. Pelayan itu mengangguk sebelum beredar. Aku terasa sedikit janggal di sini.

Kalau sebelum ini dia hanya berpakaian hoodie yang misteri, kini dia memakai baju pejabat bersama kot kemeja hitam. Rambut perangnya sangat kemas dirapikan.

Aku seakan tidak kenal jejaka di hadapan aku ni. Siapa dia ni ? Pulangkan balik jejaka misteri aku !

"Miss me ? Staring at me like didn't see me for a weeks", ucapnya. Seraya aku palingkan wajah. Dia sangat kacak sekarang. Mustahil aku tidak dapat melarikan pandangan.

"Saya tak tahu awak selama ni kerja pejabat", ucap aku.

"Memang lah tak tahu sebab kau tak pernah ambil tahu", jawabnya mendatar. Aku terus memandang wajahnya.

"Ni pakaian formal aku hari office. Aku banyak sangat kerja kebelakangan ni. Sebab tu aku nak kau kerja dengan aku", ucapnya.

Patut lah dia tak munculkan diri 5 hari berturut. Busy dengan kerja pejabat rupanya.

"Habis awak ambil saya kerja pejabat ke ?", teka aku. Dia menggeleng bersama senyuman nipis.

"Dari cara kau kerja dekat butik tu, nampak sangat kau tak reti hal hal office kan?"

Aku menggeleng lemah. Malunya !

Eh ? Tunggu kejap. Habis tu dia nak bagi aku kerja apa ?

"Apa nama kau ?", soalnya.

"Mawar. Wardatul Mawar", balas aku. Dia terdiam mendengar nama aku.

"Kau pandai memasak ?"

Aku tercengang. Eh ?

"Pandai jaga budak ? Kalau aku suruh kau buat kerja rumah, kau akan buat tak ?"

Nanti ! Soalan apakah ?

"Saya memang suka budak. Hal kemas rumah dan memasak tak ada masalah pun. Kenapa ?", jawab aku. Dia menghembus nafas berat.

"Nak jaga anak aku tak ?"

Mata aku terbeliak. Anak ? Dia dah ada anak ?

What on earth is happening ? No way ! Dia nampak sangat muda untuk ada anak !

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 23 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐌𝐑 𝐁𝐄𝐊𝐔 𝐚𝐧𝐝 𝐌𝐑𝐒 𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀 ✔Where stories live. Discover now