COMEDY/HORROR | READY OR NOT

1.5K 11 2
                                    

Orait

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Orait.. Movie nie napa aku kategorikan sebagai komedi/horror? Hahaah! Sebab scenes dalam citer 'Ready or Not' (RoN) nie walau ganas, ngeri, ngilu.. Ada juga kelakarnya.

Aku layanzz RoN kat wayang dengan si Putput aka PutraLegacy... Best buddy aku.. Kitorang layan malam.. Dah nak abis dah movie nie masa kitorang gi lepak.. Movie release bulan Ogos 2019 dan kami layan ujung bulan September dah pun. 😂

Permulaan movie, flashback tentang kejadian yang berlaku masa lalu dalam keluarga terkaya, Le Domas.

Tiga puluh tahun kemudian..

Si hero, salah seorang anak lelaki keluarga Le Domas, Alex kembali semula ke pangkuan keluarganya. Sebab apa?

Sebab nak kawen mehh.. Awek si Alex yang bernama Grace merangkap heroin movie nie.

Lepas ja majlis berlangsung, malamtue diorang satu famili berkumpul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lepas ja majlis berlangsung, malamtue diorang satu famili berkumpul. Ya. Tradisi turun temurun dalam keluarga itu apabila menerima menantu baru.

Grace dipanggil untuk berhimpun bersama di dalam satu bilik khas. Tony, bapak mertua si Grace menerangkan kenapa, siapa dan bagaimana tradisi itu dilakukan.

Ya. Sebab diorang pelopor game, so.. Grace kena bermain game juga. Umpama ginilah.. Kau kena join game nie, untuk jadi sebahagian dari famili kami. Or courselah harta benda yang dimiliki!

Grace nie macam gelihati la jugak bila memikirkan malam pertama yang sepatutnya tengah didoggy ataupun menunggang 'kuda', dah kena main game pulak! Adushh!! 😆

Tapi, si Grace nie akur akhirnya lepas diyakinkan oleh menantu-menantu Tony yang turut melalui tradisi dari datuk nenek moyang Le Domas lagi. Sorang tue dapatlah main game chess.

Mr. Le Bail.. Siapa tue?

 Siapa tue?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ah... Datuk moyang diorang, Victor Le Domas dah kawtim dengan Mr. Le Bail untuk 'membantu' menjana kekayaan demi kekayaan yang dimiliki dengan meneruskan tradisi itu.

So, tibalah kini giliran Grace mendapatkan kad dari sebuah kotak kayu kecil. Kad yang akan tertulis, jenis game yang akan dia main pada malam itu.

Wallah!!

'Hide and Seek'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Hide and Seek'

Air muka Alex berubah. Tak kurang juga senyuman aneh dari keluarga dan makcik Alex yang misteri.

Tony menerangkan kepada Grace apa yang perlu dilakukan.

Gadis itu cuma perlu menyorok dan jangan dijumpai oleh diorang sampai pagi. Kalau dia berjaya menyorok dari ditangkap oleh keluarga Le Domas, kiranya dia menanglah!

Tergelak lagi si Grace dan bersetuju dengan pantas! Alex sudah menghilang entah ke mana.

Muzik dimainkan. Grace mula beredar memgambil tempat di suatu tempat tersorok. Tony dan keluarganya mula berkumpul.

Selaku ketua keluarga, Tony mengedarkan satu persatu senjata moden dan dahulukala untuk digunakan.  Untuk apa beb?

Bunuh Grace sebelum matahari terbit pagi esok atau mereka semua mati!!!

Masa nielah bermulanya adegan demi adegan yang kelakar.. Hahahah! Serius tak ada scenes meleret menyembang kosong yang akan buat korang menguap tanpa henti.

Haaa.. Aku ada share trailer bagi setiap movie yang aku review. So.. Jemput cuci mata ya? 😘 Untuk lagu tema dalam trailer RoN nie, serius aku terbuai.. Hahaha!

Aku belum menonton movie 'The Babysitter' yang dilakonkan oleh heroin cerita nie, Samawa Weaving. Lepas layan RoN, terus rasa nak layan movie yang dilakonkan oleh minah nie. Haha.. 'The Babysitter' masih genre yang sama, horror. Tak apa! Aku nak mengarang MSP dulu woii!😂😂

Endingnya agak dramatik.. Tapi kelakar! Hahahaa! Tidak hairanlah movie ini Box Office!  Wohooo!

Kita jumpa lagi! Next aku review movie melayu pulak ya.. What? Tak best? Ishh.. Korang nie.. Takkan aku nak review cerita besttttt dan meletop jer kot? Kannnnn...

Rate by me : ⭐⭐⭐⭐ (4/5)

Rate by me : ⭐⭐⭐⭐ (4/5)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KAKI MOVIEWhere stories live. Discover now