1) handphone aku, duit aku, hak aku. nak pegang mintak elok - elok jangan main rembat . dah rembat memandai bukak gallery la apala. kau tak pernah diajar common sense ke?
2) dah datang melantak kat rumah orang tu, tak kira la tuan rumah kata takpayah basuh ke apa kau kena basuh jugak. kalau dia tanya sapa suruh habaq aku yang suruh.
3) bila orang dah bagi lepak dekat rumah dia, jangan memandai request suruh buat lauk pauk yang kau nak makan. itu kita panggil bagi peha nak betis. kira bagusla dia bagi kau lepak rumah dia. bersyukur sikit!
4) kalau orang dah masak sedap - sedap tapi kau tak dapat datang, bagitaula awal - awal. mintak maaf. bagitau sebab kenapa tak boleh datang. apa susah sangat? jangan diam je. buat naya orang
5) ye aku tau kau rindu pakwe kau. dia pun rindu kau kononnya. nak on call ? ha sila. tapi takyahla sampai tengah malam siao. pikir la sama roommates.
6) roommates — kau tak boleh tidur kalau lampu tertutup? pikirla sama member yang tak boleh tidur bila lampu terbukak. jangan fikir keselesaan kau je.
7) pengangkutan awam — kau tak kesian ke kat orang yang dapat duduk setengah kerusi je? qenjak la sikit. sama - sama duduk setengah - setengah takleh ke? fair kan?
ok tu je