Hamba menulis setiap perasaan hamba untuk-Mu meskipun aku tahu Engkau Maha Mengetahui akan benda-benda yang ghaib lagi tersembunyi. Setiap hari hamba doa untuk diberi kekuatan dan perlindungan sepanjang hamba melakukan kerja-kerja dunia. Penghijrahan hamba saat permulaan adalah dari keikhlasan hati hamba sendiri. Meski hamba tahu akan ada suatu hari nanti hamba goyah, hamba lemah, hamba tersungkur dan salah jalan.
Ya Allah, hamba mengaku dunia seperti syurga kedua. Cantik, seronok, bahagia tapi aku sedar, bukan selamanya. Yang membuatkan hamba celik mata akan kebohongan dunia yang sementara adalah ujian dariMu. Engkau Maha Pemilik Alam. Alhamdulillah Engkau memberi hamba peluang untuk kenal dengan-Mu. Hamba bersyukur, meski hamba tahu pernah satu masa hamba lupa peluang itu dan lupa untuk bersyukur.
Ya Allah, dengan rahmatMu aku berharap, janganlah Engkau sandarkan diriku kepadaku walau sekelip matapun dan perbaikilah keadaanku seluruhnya, sungguh tiada sembahan yang berhak disembah kecuali Engkau.
YOU ARE READING
Surat dari Seorang Hamba
RandomBait-bait kata yang terlahir dari hati dari seorang yang sedikit bicaranya. Sambungan cerpen sila follow di twitter: hbb_bahar