Chapter 1

29 2 0
                                    

       Bunyi kaca pecah serta bunyi jerkahan menyentak dirinya dari mimpi. Pantas gadis berambut coklat cair itu terus bangun dan berlari masuk ke dalam bilik air. Bilik air kecil itu dikunci sebelum sebuah kotak kayu yang berat ditolak rapat pada pintu.

Belakangnya pula disandarkan pada kotak kayu itu sebelum tangannya memaut lututnya erat ke dada. Air mata ketakutan mula mengalir.

Bunyi pintu dibuka rakus akhirnya menyapa gegendang telinga.

"Crystal ! Keluar kau ! Aku tahu kau ada kat dalam ! Keluar sekarang sebelum pisau aku melayang dekat kepala kau ! Kau jangan sampai bersepai otak kau hari ni !"

Crystal atau nama penuhnya Alessandra Crystal Xysto menutup telinga nya erat sebelum terasa pintu ditolak tolak kasar namun daun pintu masih tidak terbuka dek ditahan oleh kotak kayu yang besar itu.

"Keluar aku kata !"jerit Diaspro atau nama penuhnya Andrew Diaspro pada pintu itu. Kakinya tak berhenti menendang nendang pintu itu. Kepalanya cukup pusing akibat mabuk. Tali pinggang yang tersedia di tangan tak dapay ditahan lagi untuk memukul gadis itu bagi melepaskan geram kalah dalam permainan judi tadi.

Akhirnya pintu yang ditahan dari tadi terbuka juga selepas mendengar beberapa orang turut menendang pintu atas arahan ketua mereka. Badannya yang kurus kering serta lemah juga tidak dapat menahan dengan lebih lama.

Muka bengis Diaspro akhirnya tersembul di hadapan mata gadis itu. Senyuman sinis jelas terpancar.

"Kau fikir tempat sorok kau ni berjaya buat aku tertipu ke ? Kau ingat aku bodoh macam kau ke betina ?" Kata kata tersebut membuatkan Crystal tidak buat apa apa melainkan menunduk . Matanya tidak berhenti mengalirkan mutiara mutiara jernih. Dia tahu dia bakal diseksa lagi. Seperti malam malam yang lain. Hari hari yang lain.

Rambut coklat cair gadis itu dicengkam kasar. Bunyi ringisan serta rintihan sang gadis mememuhi ruang bilik air kecil itu. Namun seperti malam malam lain,Andrew Diaspro tidak pernah ada belas kasihan. Merayu,menjerit,menangis. Suara dirinya bagaikan melodi setiap malam untuk didengar sebelum tertidur keletihan.

"Kau fikir kau hebat sangat ke perempuan !? Aku dah bagi tempat pelindungan dan makan pun dah cukup baik lah ! Tak reti bersyukur lagi ke!?"jerkah lelaki itu sebelum dicampak gadis itu ke arah dinding bilik air itu. Tali pinggang pantas dilibas pada badan gadis itu bertalu talu.

"Kau tahu tak aku kalah judi hari ni !? Ini semua sebab kau lah sial! Kau ni memang tak reti reti nak berhenti bawak bala kat aku kan !?"rambut gadis itu dicengkam dan ditarik lagi kuat sebelum tubuh gadis itu terangkat. Muka gadis yang berlebam lebam serta sedikit cairan pekat merah itu ditatap penuh benci.

"Kalau p-pak-pakcik be-benci s-saya,b-bu-buang saya. J-ja-jangan se-seksa saya macam ni"kata gadis itu sebelum kakinya cuba dihayun-hayunkan ke arah perut lelaki itu. Namun sedikit pun tidak berjaya akibat dirinya yang sudah terlalu lemah. Lelaki yang berada dalam lingkungan 30 an itu terus menarik kaki gadis itu. Kini Crystal dalam keadaan terbalik dengan kakinya yang sengaja dicengkam kuat oleh bapa saudaranya.

"Kau jangan buat aku hilang sabar !"marah lelaki itu sebelum dicampak gadis itu. Rambut gadis itu dicengkam sebelum ditarik dan dihantukkan bertalu talu pada dinding. Kini darah yang mengalir sama laju dengan mutiara jernih yang mula jatuh di pipi.

"S-sakit. Berhenti. Saya mohon pada pakcik"

Pipi gadis itu dicengkam kuat.

"Kau ingat sampai mati. Aku benci kau. Benci. Dan sememangnya aku tak akan lepaskan kau. Sebab apa ? Sebab kau lah penyebab kematian satu satunya anak perempuan aku. Kau pentingkan diri sendiri sampai nyawa sepupu sendiri boleh melayang macam tu saja !"jerkah lelaki itu sebelum dilepaskan rambut gadis itu.

The Knight Of ShineWhere stories live. Discover now