Bab 8

53 2 0
                                    

"Sebenarnya ini adik Furqan. Tengku Fasya. Furqan masih lagi menantikan Ika. I love you."luah Furqan seikhlas hatinya. Adiknya sudah menepuk tangan. "Fasya bisu. Furqan baru dapat jumpa Fasya semasa Furqan berada di hospital."jelas Furqan. Zulaikha mendiamkan diri. Terasa seperti dunia yang berputar terhenti sedetik. Luahan Furqan seperti tiada makna.

Zulaikha menggenggam penumbuk. Giginya diketap kuat menahan amarah yang bakal dihamburkan. "Furqan, Ika sudah bertunang dengan orang yang Ika tak sudi."ujar Zulaikha dengan perit. Entah bagaimana dia mempunyai kekuatan untuk bersuara. Furqan terdiam.

"Ika...KENA PAKSA FURQAN! DISEBABKAN IKA MAHU PINDAH KE SEPANYOL SAHAJA IKA PERLU MENIKAHI SYED FARID BIN SYED FALIS!"luah sekuat hati Zulaikha sehingga bergenang air matanya. Hatinya sakit mengenangkan nasib. "Kita berdua kenal Farid bukan? Bagaimana perangai kaki perempuan dia? Masih sama Furqan. SAMA!"

Furqan mendengar dengan senyap. Fasya sudah meletakkan kedua tangannya ke mulut kerana terkejut. "Everything is over Furqan. There is nothing else we can do."kata Zulaikha sambil mengelap air matanya dan mengorak langkah kembali ke tempat duduknya. "Ada."kata Furqan membuatkan langkahnya terhenti.

Zulaikha menoleh dengan berkerut. "Setiap masalah pasti mempunyai jalan penyelesaian."ujar Furqan lalu tersenyum manis. Kelihatan seperti seorang psiko.

*****

Zulaikha mengambil tempatnya kembali dengan gelisah. Gundah gelana hatinya. 'Aku nak suami Mr. 100%, bukan Mr. Pilot atau Mr. Engineer. Ahh! Serabut.'rungut hatinya. Kepala digaru. Maryan memandang Zulaikha curiga. Sekejap ke kanan sekejap ke kiri. "Akak Ika okay ke tak?"tanya Maryan prihatin. Zulaikha mendiamkan diri.

Zulaikha menaikkan cermin mata hitamnya lalu memegang kedua-dua bahu Maryan. "Ryan, I only have you Ryan. You're my friend my sister. I don't have anyone else."luah Zulaikha mencari kekuatan. Maryan memandang terkebil-kebil.

*****

Marc menongkat dagunya. Otaknya menerewang jauh. Segala maklumat yang diperkatan oleh orang kanannya tidak diendahkan. "Marc!"tegur seseorang mematikan lamunannya.

"Yes?"sahut Marc sambil memandang orang kanannya. "Seriously? You're not even concentrate what I have said?"sindir lelaki itu. Marc membetulkan duduknya. "Sorry."ucap Marc lemah. Orang kanannya hanya menggeleng.

*****

Marc membuka capnya lalu diletakkan di rak yang disediakan lalu mencapai helmetnya. Sudah tiba masanya. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin. Bahunya ditepuk lembut oleh seseorang. Marc menoleh memandang adiknya.

"Good luck bro. I know you can win this game."ucap adiknya lalu memeluk abangnya. Marc menyambut sambil menepuk badan belakanh adiknya dan tersenyum lemah. "I will."ujar Marc lalu memakai helmetnya. Kaki menghampiri motorsikalnya.

*****

Marc pada barisan pertama. Jantungnya berdegup kencang. Terasa tekanan kuat pada bahunya. Dia cuba menghilangkan debaran dan fokus pada trek. Matanya terpandang pada sepasang mata hazel Zulaikha. Sedikit sebanyak debaran beransur hilang. Matanya masih terpaut pada Zulaikha yang memandangnya. Ya, bertentangan. Lampu hijau sudah memunculkan diri.

Marc memecut laju meninggalkan orang belakangnya. 'Yes, I am the 8 ball.'semangatnya berkobar-kobar.

*****

Seperti diramalkan, Marc memenangi perlumbaan itu. Zulaikha hanya memerhati dari jauh. Dia turut gembira dengan pencapaian Marc. Senyuman turut dihadiahkan. Cermin mata hitam Versace di sarungkan semula. Marc menoleh memandang Zulaikha yang berlalu pergi.

"Zulaikha!"panggil dua orang serentak dari belakang. Zulaikha menoleh. Furqan dan Marc. Mr. Engineer dan Mr. 100%. Haa kan dah dua-dua panggil.

*****
Rafael menyelongkar laci Damia. Ya, gambar semalam diambil. Smartphone dikeluarkan lalu mengambil gambar setiap perinciannya. Buku yang terbuka ditutup dengan teliti dan berhati-hati. Segalanya dikemaskan dengan berhati-hati tanpa meninggalkan sebarang bukti.

Telefon pintarnya dimasukkan ke dalam poket jaket yang dipakai.

Jaket dibetulkan bingkas bangkit dari duduknya apabila terdengar pintu bilik terbuka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jaket dibetulkan bingkas bangkit dari duduknya apabila terdengar pintu bilik terbuka. "You dah bersiap?"tanya Damia sambil membawa sedulang sarapan pagi. Rafael memaniskan wajahnya. "I ingatkan you tak pergi kerja."ujar Damia lagi. Rafael gelak hambar sebelum berkata "Banyak kerja. Hari ini I ada client dari Birmingham. Jadi I kena datang awal."

Damia mengangguk lalu meletakkan dulang di atas katil. "You breakfast lah dulu."Pelawa Damia. Rafael mengambil beg bimbitnya dan scroller nya lalu menolak pelawaan Damia. "Ala, jamah sikit sahaja. Penat I masak."pujuk Damia lembut.

Rafael menolak lagi lalu meninggalkan rumah. Audi R8 dipandu laju meninggalkan perkarangan rumah. Rafael menjeling cermin lihat belakang, kelihatan Damia menghantar pemergiannya dengan pandangan yang tajam dan menghunus. Pasti ada sesuatu.

Pintu pejabat dibuka lalu membaling scroller di atas sofa dipejabatnya. Rafael mengeluarkan telefon pintarnya dan membuat salinan ke mesin pencetaknya. Lalu bukti itu diambil dan dibentangkan satu-persatu.

Bukti yang dibentangkan merupakan isi kandungan diary Damia. Matanya laju mencari kata-kata kunci dan tarikh pada hari kejadian. Ya, hari kematian Tengku Malek dan isterinya  Kayla Madison. Tangannya terhenti pada satu muka surat yang agak kelam dan tidak berwarna. Tarikh diteliti. Ya, 2014!

Tahun kematian duta Malaysia di England. Matanya ralit membaca satu persatu muka surat tahun itu. Seperti dijangkakan nama Kayla Madison dan Tengku Malek tertera. Rafael menyandarkan badannya pada kerusi untuk menghilangkan rasa lelah.

Beberapa saat kemudian ketukan pada pintu pejabat Rafael kedengaran. Rafael menyimpan segala bukti ke dalam laci berkunci. "Come in."izin Rafael dengan tenang. Wajah penolongnya kelihatan. "Sir, your client from Birmingham has come. They are at the Harrods Restaurant. Do you want me to call them to come here or you want to go there?"beritahu penolongnya. Rafael memaniskan wajahnya.

"I'll go there within 20 minutes. Thank you Lesley."maklum Rafael dengan tenang. Lesley mengangguk. "You're welcome Sir Rafael."Ucap Lesley lalu meninggalkan Rafael. Pintu sudah tertutup rapat. Rafael menghembus nafas lega. Rafael bangkit lalu membetulkan bajunya dan mengambil scroller dimana pelan rumah client nya. Pejabat ditinggalkan dan mengunci pintu pejabatnya seperti biasa.

*****

"Furqan, Marc."Sebut Zulaikha seorang demi seorang mereka saling berpandangan. Maryan menghampiri. 'Oh my god, two men in one story or three actually.'Ujar hati Maryan sambil memegang Latte dan Americano nya.

"Who is he Zulaikha?"soal Marc curiga. Zulaikha memandang lelaki yang ditunjuknya "Furqan, Tengku Furqan, my old friend."beritahu Zulaikha lancar. Marc memeluk tubuhnya.

Dia memandang sinis ke arah Furqan. "So, you ran from him?"tanya Marc lebih cuba menyindir Furqan. Furqan memandang tajam ke arah Marc.  Dahi Zulaikha berpeluh. "Who are you asking her the reason why she ran just now?"balas Furqan sinis.

Kelihatan seperti kedua-duanya tidak mahu kalah. "Is it illegal?"sindir Marc. Mereka merenung antara satu sama lain. Seperti ada kinetik di antara mereka"Guys, I have flight tonight. Please stop arguing?"rayu Zulaikha meleraikan pergaduhan kecil itu.

Maryan dan Alex menahan ketawa. Kedua-dua mereka menutup mulut masing-masing. Akhirnya ketawa mereka terhambur. Mereka ketawa berdekah-dekah. Fasya turut serta. Fasha menunjukkan bahasa isyarat.

Maryan menterjemahkan bahasa isyarat "Fasya kata, reaksi Furqan dan Marc lawak." sekali lagi ketawa mereka bertiga terhambur. Kecuali Fasya kerana suaranya tidak terkeluar. Kening Zulaikha naik.

"Ryan kenal Fasya?"soal Zulaikha pelik. Maryan mengangguk mengeyakan. Fasya dan Maryan berpelukkan. Alex memerhati dua gadis itu dengan sisa ketawanya. "Orang gaduh, boleh pula mereka bertiga gelak."omel Furqan seorang diri. Omelan Furqan menjadi bahan ketawa mereka bertiga. Alex dan Marc saling memandang tidak faham.

Pujaan Hati Si Pramugari Mr.100%Where stories live. Discover now