Zulaikha membuat pengumuman sebelum pesawat terbang ke udara selepas Kapten Raiqal membuat pengumuman. Para pramugari dan pramugara pergi ke posisi masing-masing untuk memastikan para penumpang sudah duduk dan memasang tali pinggang keledar dan menutup telefon pintar.
Demostrasi turut dilaksanakan dengan lancar dan teliti. Semangat Zulaikha berkobar-kobar setelah berjumpa dengan Marc Márquez. Siap dipuji lawa lagi. Kembang kempis hidungnya. Bukan calang-calang orang.
*****
"Miss."panggil Marc kepada seorang pramugari yang lalu disebelahnya. Pramugari itu menoleh dan menghadiahkan senyuman manis kepada Marc. "Yes Mr. Marc, how can I help you ?"sahut pramugari itu lembut. Marc terdiam.
"Mr. Marc?"panggil pramugari itu. Marc berdehem. "Can you call Miss Zulaikha to come over here please?"pinta Marc dengan senyuman manis. Pramugari itu mengangguk dan menuju ke Galley paling hadapan yang berdekatan dengan cockpit.
"Kak Ika, Mr. Marc panggil. Mr. Marc macam tertangkap cintan dengan Kak Ika."usik pramugari itu. Zulaikha tersedak air mineral. "Ryan! Ish, dia orang terkenal. Ika ketua kabin sahaja."dalih Zulaikha sambil mengelap mulutnya dengan kain sapu tangan. Maryan tergelak kecil.
"Kak Ika terkenal tahu! Kak Ika merupakan idola Ryan tahu!"kata Maryan dengan semangat. Zulaikha membuat isyarat supaya perlahankan suara. Maryan menutup mulutnya dan memohon maaf. Zulaikha menggeleng. Zulaikha bergegas ke arah Marc.
"Yes Mr. Marc, how can I help you?"soal Zulaikha dengan lenggok dan senyuman manis dipamirkan. Marc tersenyum. "¿Vendrás a mi carrera este lunes?" ( will you come to my race this Monday?) Tanya Marc mengharap jawapan positif dari Zulaikha. "Sí, ¿por qué?"( yes, why) jawab Zulaikha terselit soalan ringkas dan umum. Mengangguk faham.
"Nada, sólo pide." (Nothing, just ask ) balas Marc dengan senyuman manis. "Another one thing before you leave, will Miss Maryan come along with you?"tanya Marc Lagi. Zulaikha tersenyum nakal. Maryan, ada orang minat awak. "Yes, she will."Balas Zulaikha membuatkan Alex Marquez tersedak. Marc hanya tergelak dengan adiknya. "Thank you for your time Miss Zulaikha."ucap Marc lalu membaca surat khabar dengan senang.
Zulaikha menunduk dan bergegas ke Galley. Zulaikha tidak sabar hendak memaksa Maryan mengikutinya.
"Hermano! Why you ask her about Maryan?"marah Alex separa berbisik. Marc ketawa kecil. "I know you like her."usik Marc. Alex berdecit. Air mineral diteguk. Nasib baik tidak sebut nama dia. Kalau tidak memang belasah abang dia.
"Hey, I have some tips for you."panggil Marc berbisik. Alex mendekatkan telinganya. Marc membisikkan sesuatu. Merah padam wajah Alex.
*****
"Ryan, tadikan Marc tanya tentang awak."beritahu Zulaikha ceria dan mengusik. Maryan menoleh memandang Zulaikha. "Kak Ika, jangan main-main. Takut kembang pula."amaran Maryan sambil meletakkan bungkusan makanan ke dalam microwave. Zulaikha memandang mengusik."Okay lah akak pergi jumpa kapten sekejap."pamit Zulaikha lalu melangkah ke arah cockpit. Maryan menampar wajahnya. "Why are you slapping your beautiful face young lady?"tegur seseorang bersuara garau. Maryan terkejut dengan teguran itu sehingga terhinjut bahunya.
"Nothing, I'm a little bit sleepy."jawab Maryan tanpa menoleh belakang kerana malu ditegur orang. "When I'm talking to you please look at my face."tegur suara itu lagi. Jantung Maryan seperti hendak terkeluar. Maryan menarik nafasnya dalam lalu menoleh.
Wajah Alex yang terpamir membuatkan Maryan sedikit terkejut. "What can I help you Mr. Alex?"tanya Maryan cuba menghilangkan rsa gemuruh. Alex tersenyum kecil melihat wajah merah Maryan. "Nothing. I just want to see your face before my racing. Is it illegal?"kata-kata Alex membuatkan Maryan bertambah gemuruh. Manisnya ayat! Boleh pengsan sebab terlalu manis. Nafas ditarik sedalamnya lalu memandang anak mata Alex.
Ahh! Lagilah cair. "If you got nothing to do here, please go back to your seat because we will serve the meal in a couple of minute."Ujar Maryan menahan rasa gemuruh yang teramat dan senyuman manis dilemparkan. Alex merenung anak mata Maryan yang berwarna hazel itu.
"Mr. Alex Marquez?"tegur Maryan lembut memadamkan angan-angannya. "Oh sorry. I looked into my angel eyes just now."kata Alex dengan tersenyum. Maryan memandang belakangnya, ada microwave dan makanan. Keningnya ternaik memandang Alex pelik. "Mr. Alex, are you okay?"soal Maryan pelik dengan mamat Sepanyol ini.
"Nothing. Bye."pamit Alex meninggalkan Maryan bersendirian. Maryan mengurut dadanya. Ya Allah, kacak sungguh! Nasib baik tidak berkahwin lagi. Kalau tidak pasti kena cerai sebab curang dengan suami.
"BA!"terjah Zulaikha membuat Maryan menumbuk perut Zulaikha kuat. Senak dia tidak perlu bawa bincang. "Akak! Apa ini? Main terjah orang pula. Nasib baik Ryan tak tendang akak."marah Maryan sambung menyiapkan makanan buat para penumpang First Class. Zulaikha tergelak kecil lalu membantu Maryan menyediakan makanan bersama beberapa orang pramugari lagi.
*****
Kapal terbang yang dinaiki Zulaikha dan Maryan sudah mendarat di Zaragoza, Sepanyol. Zulaikha, Maryan dan beberapa orang pramugari membantu mengemas kembali peralatan yang digunakan semasa penerbangan. Lenguh, jangan dibicarakan.Mereka merupakan orang yang terakhir meninggalkan pesawat itu. Zulaikha dan Maryan jalan beriringan menuju ke immigration khas untuk anak-anak kapal dan juruterbang.
"Ryan, Ryan teman akak pergi tengok MotoGP."ajak Zulaikha sambil memegang tangan Maryan. Maryan Memandang Zulaikha. Zulaikha memandangnya dengan penuh harapan. "Akak, bukan Ryan tak mahu temankan akak cuma Ryan tak minat MotoGP lah."tolak Maryan dengan wajah sedih kerana tidak dapat menemankan Zulaikha.
"Please..."rayu Zulaikha lagi. Wajah dicomelkan. Maryan tidak memandang wajah Zulaikha kerana wajah itu mampu membuatkan dia bersetuju dengan senior dia ini. Zulaikha berdiri dihadapan Maryan membuatkan Maryan memandang wajah itu. Maryan memejamkan matanya. Dibukanya sedikit. Maryan mengeluh. "Baiklah, Ryan temankan akak tapi Ryan datang sendiri. Akak tahukan Ryan tidak naik motor."putus Maryan mengalah.
Maryan tahu bahawa Zulaikha sudah menyewa sebuah motosikal berkuasa tinggi. Mahu menangis kalau dia yang naik. Zulaikha memeluk erat Maryan. Maryan hanya membiarkan senior kesayangannya ini. Mahu buat bagaimana lagi, idola ajak. Hehehe.
*****
Zulaikha menunggang Ducati Panigale V4 S dengan kelajuan sederhana. Bagi Zulaikha sederhana tapi buat Maryan atau mana-mana manusia yang membonceng bersama pasti akan mengatakan ia bukan sederhana namun pada tahap maksima. Laju bagaikan kilat.Zulaikha menurunkan tongkat motor lalu mematikan enjin. Sebelum Zulaikha keluar dari lapangan terbang, dia sudah menyalin pakaian kerana tidak mahu menyusahkan diri.
Jaket kulit yang dipakai dibuka zipnya. Cermin topi keledar berwajah penuh dinaikkan. Sarung tangan turut dilurutkan. Zulaikha memerhati luar kedai makan itu sebelum menjejakkan kaki ke dalam. Sedang Zulaikha menikmati kopi dan beberapa manisan, telefonnya berdering.
"Assalamualaikum abah, kenapa telefon Ika?"soal Zulaikha sebaik sahaja menjawab panggilan dari bapanya. "APA?!"jerit Zulaikha terkejut. Pada masa yang sama, dia berdiri dan menghentak permukaan meja dengan geram. Wajahnya bengis seperti hendak meletup. Telefon Iphone XS nya dicampak keluar kedai kerana bengang. Telefon itu dikutip dan mengambil memory card lalu membuangnya kedalam tong sampah.
Uish marah sangat ni sampai baling phone. Sorry kalau hambar. Lawak tak mejadi ke? Hehe.
Apa Encik Johan beritahu Zulaikha sehingga dia mencampak telefonnya dan membuang telefon itu ke dalam tong sampah? Hahaha tunggu next part okay!
YOU ARE READING
Pujaan Hati Si Pramugari Mr.100%
Roman d'amourRaja Rafael Mikael, lelaki yang sangat mementingkan penampilan dan amat menjaga kebersihan dirinya. Beliau merupakan pekerja yang menepati masa dan amat amanah dalam dunia pekerjaannya. Lambat sedetik pasti dikira, tiada terkecuali. Jejaka idaman ga...