Bab 2

87 3 2
                                    

'Sharifah Zulaikha binti Syed Johan, patutlah muka macam Pernah nampak.'ujar hatinya. Wajahnya kelihatan serius. Seorang gadis datang menghampiri Rafael. Kerusi hadapan Rafael ditarik lalu melabuhkan punggungnya. Kopinya diletakkan di atas meja.

"Abang tengah fikirkan tentang apa?"soal Damia pelik dengan tingkah-laku Rafael seperti sedang termenung. Rafael memandang Damia. "Dah sembur kerusi yang kau duduk tu dengan semburan anti-bakteria?"tanya Rafael dengan was-was.

Damia mengerdipkan matanya berkali-kali seperti tidak percaya. "S-sudah."tipu Damia supaya tidak dimarahi oleh Rafael. Rafael memandang Damia seperti tidak percaya. "You're lying right?"teka Rafael kerana Damia tidak akan pernah ada semburan yang dia buatkan. Damia berpeluh sejuk dan matanya bergetar.

Kepala yang tidak gatal digaru. "Of course I tell the truth. Why do I need to lie?"nafi Damia cuba menutup penipuannya. Rafael seperti dapat bau akan penipuan Damia. "Jangan tipu. Bangun!"arah Rafael tegas. Damia mengalah. Arahan Rafael diturutinya.

Ya, Rafael mengeluarkan sesuatu dari begnya dan menyemburkan anti-bakteria pada kerusi Damia dan tubuh Damia. Damia mendepakan tangannya. Memang sudah menjadi kebiasaannya.

*****
"Hai Zulaikha!!"sapa Puan Sarah dengan ceria seraya itu berlari kecil ke arah Zulaikha yang datang kerumahnya. "Ika sihat?"soal Puan Sarah melepaskan tubuh langsing Zulaikha. Zulaikha tergelak kecil lalu mengangguk mengeyakan.

"Alhamdulillah Ika sihat."jawab Zulaikha ceria. Puan Sarah menjemput Zulaikha memasuki rumahnya. Anak Puan Sarah datang memeluk kaki Zulaikha. Puan Sarah merupakan ibu tunggal selepas suaminya terlibat dalam kemalangan.

Zulaikha mendukung Shayla laly melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk diruang tamu itu. Shayla diletakkan dipehanya. Zulaikha bermain dengan Shayla sehingga kanak-kanak kecil itu tergelak riang. Zulaikha amat menyukai akan kanak-kanak berbeza dengan Damia yang sentiasa melarikan diri dari Shayla.

"Amboi jumpa Shayla terus lupa kawan."sindir Damia kepada Zulaikha yang kelihatan seronok bermain dengan Shayla. Perbuatan Zulaikha terhenti seketika lalu memandang Damia dengan segaris senyuman. "Mia, saya sudah lama tidak jumpa Shayla. Rindu."Tegur Zulaikha kerana dia tahu sahabatnya ini amat cemburu jika dia sering bermain dengan gadis kecil ini dan melupakannya.

Damia mendengus. Shayla yang masih kecil memandang Damia dengan muka yang penuh dengan coklat. Kaki pendeknya mula mengorak langkah ke arah Damia. Damia menghalang Shayla dari mendekatinya dan bakal mengotorkan bajunya.

Tubuh kecil Shayla di angkat oleh seseorang. "Hey little lady Shayla!"agah lelaki tinggi lampai itu. "Do you miss Uncle Mika?"tanya Rafael kepada si kecil itu. Shayla ketawa riang apabila perutnya digeletek oleh Rafael.

Zulaikha agak terkejut melihat kemesraan Rafael dengan Shayla. Shayla merengek sedikit lalu mendepakan tangan kecilnya ke arah Zulaikha seperti mahu didukung oleh Zulaikha. Zulaikha mengahmpiri dan mengambil alih Shayla. Rafael turut bermain bersama Shayla. Puan Sarah tersenyum melihat mereka berdua seperti sepasang kekasih juga.

Damia hanya memerhati dengan berasa jengkel. Dirinya terasa disisihkan. "Ika, jomlah kita pergi jalan. Ambil udara segar."cadang Damia meraih lengan sahabatnya yang sedang leka bermain dengan Shayla.

"Ala... Baru sahaja main dengan Shayla."keluh Zulaikha. Damia mempamerkan wajah simpatinya. Puan Sarah menggenggam tangan Zulaikha lalu memandang wajah Zulaikha. "Kita pergi sama-sama ye?"cadang Puan Sarah sambil memandang ke arah Rafael. Rafael memandang kepada mereka. Rafael teragak-agak hendak memberi jawapan kerana renungan Puan Sarah, Rafael mengalah.

*****
"Mia, kalau aku mati nanti, kau tolong jagakan Shayla. Walau benci kau dekat kanak-kanak macam Shayla, aku harap kau boleh jaga dia bila aku sudah pergi."pesan Puan Sarah kepada adiknya. Damia memandang kakaknya. "Mulut kau itu masin tahu."amaran Damia membuatkan Puan Sarah terdiam dan senyum manis ke arah Rafael dan Zulaikha yang masih bermain dengan Shayla.

Pujaan Hati Si Pramugari Mr.100%Where stories live. Discover now