DAY-1
Sementara tengah tunggu Sunny dengan Han Yoora kawan-kawan aku yang tinggal kat Korea ni..aku ajaklah Aerona dengan Taeya singgah kat Blue Bottle Coffee minum-minum,makan-makan gitew actually aku yang teringin nak makan macaroon kat Korea baru je sampai duit dah melayang aku order macaroon flavor blueberry dengan strawberry plus air Ice Americano..Aerona cakap kat aku 'weyh! Ice Americano seriousla pahit kot eww not my taste kenapala kau suka air yang pahit-pahit'..aku memang suka air coffee yang pahit sikit..
--------
20 minit lepas tu...
Sunny dengan Han Yoora sampai dengan pakai baju dari Yesstyle favorite aku goshh suka buat aku untuk keluarkan duit membeli hmm.. sis tak kuat!! Taeya terkejut dengar aku terus tukar cara bercakap dari Bahasa Melayu ke Bahasa Korea+Indonesia dia terus cakap 'Ss..ejak bila kau ko ni reti cakap Bahasa Indonesia pulak ni multi language la..' Hahaha aku cakap lah aku belajar dari YouTube je actually Sunny dengan Han Yoora ni lahir dekat Korea membesar kat Indonesia boleh dikatakan berdarah kacukan la dorang dua seorang YouTuber yang berjaya bukan biasa-biasa..So,Yoora bawak kami bertiga naik kereta dia terus menuju ke 'Fraser Place Namdaemun Seoul Hotel' bertaraf 4 bintang..ADA LAWA!! 😂
Huhu..sendu seketika
Taeya masuk bilik ja terus bukak kasut terjun atas katil tahu la lawa sampai beg terlupa nak bawa masuk tinggal depan pintu bilik haihh..awek sapalah ni ? Aerona pula pergi mandi supaya segar sikit badan pastu nak ajak pergi spa kat tingkat bawah katanya..memandangkan bilik kami orang tingkat 9 pemandangan pun cantik aku duduk kat luar beranda sambil main phone dengar lagu '시긴이 필요해 (The Time I Need)-Kim Jaehwan' sementara tengah tunggu Aerona mandi...
--------
10 minit selepas...
Aku dengan Aerona turun tingkat bawah pergi spa untuk buat facial treatment sebab muka aku dah mula naik jerawat tambahan kulit muka aku ni kurang vitamin..Aerona pulak nak buat treatment buang jerawat dengan segala kotoran kat muka pastu dia nak buat pembersihan muka..Taeya taknak ikut kami orang pergi spa sebab dia nak rehat kat bilik katanya..--------
Sementara tengah tunggu Aerona kena panggil masuk..
Aku pulak tunggu 10 minit lagi masuk bilik sebelah..sementara tengah menunggu aku pergilah jalan-jalan kat area spa ni tengok-tengok manalah tahu ada benda yang menarik..baru berapa minit jalan dh kena panggil aku masuk-masuk je hidu bau wangi..--------
30 minit selepas
Leganya lepas buat facial treatment muka aku rasa fresh giler mcm dah takda apa-apa kotoran kat muka best betul buat facial kat spa ni staff tu siap bagi free gift Face mask,Foam cleanser, Sunscreen SPF50++,dengan Face cream.. pastu balik bilik tengok-tengok Taeya terbongkang tido ish³...Aerona pula pergi tukar baju tidur sebab esok dia kata nak jalan-jalan aku pula pergi mandi pastu nak tidur juga esok kena bangun awal..--------