Hot Guardian

707 38 3
                                    

Wuahaha!!! *evil laughs* Alhamdulillah, PMR dah abis! It is over!

Dedicated to HajarSC92 because I love her story !! [Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA]

Vomment...!!!

Vote + Comment = Vomment ...~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

BAB 3

"Encik Fareez, rasa-rasanya sekarang ni sudah masuk waktu saya kan?" Cikgu April sudah terangkat kening di depan pintu kelas.

Tergopoh-gapah Fareez mengemas barang di atas meja. Alamak! Apesal aku tak sedar waktu aku dah habis ni? Ni mesti dok asyik terpikir pasal pelajar yang keluar tadi tu lah. Kan dah malu pada first day kat sekolah.

"Maafkan saya, cikgu. Saya tak sedar pulak. Terima kasih sebab ingatkan saya. Hehehe..." Fareez tersengih menunjukkan giginya yang cantik tersusun tu. Wuahh... Beberapa orang pelajar perempuan sudah terkelip-kelip tatkala melihat senyuman yang terbit pada wajah tampannya itu. Macam manalah manusia setampan ni boleh sesat jadi cikgu pulak ni...

"Takpe, Cikgu Fareez. Lagipun, saya pun masih belum lama kat depan tu hah. So, macam mana hari pertama di sekolah ni? Ada apa-apa masalah ke?" Cikgu April bertanya kepada Fareez.

Alahai, kenapalah dia yang hensem ni boleh ada kat sekolah ni. Tergugat Iman aku. Dah lah aku ni masih belum berkahwin. Ni nanti ni boleh juga jadi isu antara pelajar. Macamlah aku tak kenal budak-budak sekolah ni perangainya macam mana. Pantang nampak guru hensem ke, cikgu hot sikit ke. Dah mulalah tu ada tanda-tanda nak gaduh berebutkan diorang.

"Alhamdulillah, buat masa sekarang ni saya masih okey. Hurm, baiklah Cikgu April. Saya pergi dulu. Maaflah saya dah terambil masa cikgu sikit," Dengan malu-malu kucing Fareez memohon maaf. Eleh kau Fareez! Tahulah cikgu tu cun. Malu-malu konon...

"Haha, takpe. Okey, assalamualaikum cikgu," Tertawa Cikgu April melihat kelakuan Cikgu Fareez yang agak clumsy tu.

"Wa'alaikumussalam, Cikgu April. Cek pi dulu naa," Fareez segera beredar lagi kelas itu. Sengaja dia menuturkan slanga Kedah sikit. Nak cover malu tu sebenarnya untuk peristiwa 'tak sedar' tadi tu. Tetapi, otaknya ligat memikirkan seseorang...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Walaweyy!!! Aku dah lambat derr! Minachi tadi punya pasal lah! Kalau tak Si Fifi and her loading bibik ngumpat, mesti aku tak lambat punya!

Cett, kalau aku yang tak curi dengar. Memang takde lah nak kecoh-kecoh segala bagai ni kan...

Tapi, kalau aku redah terus keluar dari toilet tu, rasa-rasanya lagi kecoh kot... Al-maklumlah, kalau dengan beruk berdua tu memang kecoh je kerjanya. So, pada aku memang salah budak berdua tu. Bukan aku. Hehe, ni yang rasa macam nak evil laughs ni...

Bukk!!!

Adoii! Kena lagi! Ni yang aku benci ni! Sakit punggung aku tahu tak?! Time aku keluar je tadi, ada orang langgar. Ni nak masuk kelas pun, ada orang langgar gak. Sekejap, hari ni hari berlanggar sedunia ke? Tapi bila difikirkan balik, rasanya aku sorang je yang asyik kena langgar dari tadi. So, lupakan balik arr pasal hari berlanggar sedunia tu.

Haha, apelah aku merepek ni. Ni mesti fius otak dah senget sikit sebab terlanggar tadi. Hah, baguslah tu. Mula-mula punggung sakit. Then, otak mereng. Hurm, memang bagus sangat...

"Err, awak okey tak ni?" Fareez sudah mempamerkan riak serba salah dan menghulurkan tangan untuk membantu Syafeera berdiri. Syafeera pulak dah buat muka pelik. Macam pernah ku lihat ini wajah. Tapi, di mana ya? Dah tu, boleh pulak dia hulur tangan nak tolong aku. Hello, aku tahu hukum hakam okey!!!

"Ehh, takpelah. Saya okey. Terima kasih sebab ada niat nak tolong saya berdiri. Tapi, maaflah. Bukan muhrim. Tapi saya rasalah kan, saya macam pernah tengok muka awak. Tapi, kat mana ehh?" Cepat-cepat Syafeera berdiri dan menepuk-nepuk sikit bahagian belakang bajunya untuk menghilangkan habuk akibat terjatuh tadi.

Muka yang serba-salah tadi sudah bertukar menjadi muka orang tak betul. Fareez tersengih-sengih mendengar ayat Syafeera. Apa ke sengalnya budak ni. Aku cikgu dia, boleh dia kata pernah jumpa tapi tak ingat kat mana? Lawak! Lawak!

"Saya ni guardian awak yang akan membantu awak bila-bila masa sahaja yang awak perlukan seperti tadi," Selamba jerk Fareez berkata sedemikian. Key, sebenarnya nak tutup malu apabila pelajar sendiri menegur seorang guru. Hoho.. Sorrylah, awak tu kiut sangat sampai saya rasa nak dukung aje terus tadi..

Syafeera mencebik. Geli seyy mamat ni..! Dah lah tetiba muncul depan aku. Ni nak ngaku guardian aku pulak. Cett!!!

Ehh, Cikgu April dah ada kat dalam kelaslah! Cis, mamat ni punya pasallah aku dah lambat. Macam manalah dia boleh masuk kawasan sekolah ni? Huh, lantak kaulah! Baik aku masuk dulu. Kang membebel pulak cikgu muda aku sorang tu disebabkan mamat sewel tu.

"Maafkan saya cikgu kerana saya terlambat masuk kelas," Syafeera menundukkan muka sewaktu bersemuka dengan Cikgu April yang memandang peristiwa sebentar tadi.

"Syafeera, awak pergi mana ni? Ish, jalan tu tengok ke mana sampai boleh terlanggar Cikgu Fareez ni?" Cikgu April bertanya.

Syafeera mengangkat mukanya untuk memandang wajah Cikgu April. Dahinya berkerut.

"Cikgu Fareez?" Soal Syafeera.

"Yalah, cikgu yang berlanggar dengan awak sampai jatuh tadilah. Kan pengetua dah perkenalkan dia sewaktu perhimpunan tadi. Tak kan dah lupa dengan wajah handsome dia kut..." Cikgu April tersenyum. Alahai, pelajar aku seorang ni. Cikgu sendiri pun lupa. Memang tak berubah. Haha... Diorang berdua ni lawaklah! Clumsy nor aku tengok diorang ni...

Syafeera yang terkejut terus berpaling ke arah pintu. Tersengih-sengih dia memandang cikgu yang disangkanya mamat sewel tadi. Cikgu Fareez menyilangkan tangan di dada dan bersandar di pintu.

Eleh, berlagak macho lebih je cikgu ni. Nilah cikgu feymes tu kan. Geli je aku tengok. Wekk!!!

"Maafkan saya kerana terkasar bahasa dengan cikgu tadi. Tadi tu saya tak tahu yang cikgu tu cikgu," Syafeera menundukkan muka sewaktu berdiri di hadapan Cikgu Fareez. Suaranya sungguh perlahan sehingga dia merasakan hanya dia dan Cikgu Fareez sahaja yang dengar.

"It's okay. Saya tak kisah sangatlah. Tapi jangan clumsy lagi tau. Kalau apa-apa terjadi kat awak bila saya takde kan susah saya nanti. Awak nak tengok ke guardian awak yang handsome ni susah hati? Tata, my dear clumsy girl," bisik Cikgu Fareez di telinga Syafeera. Syafeera segera mengangkat mukanya dan memandang ke arah Cikgu Fareez yang sudah meninggalkan kelasnya. Dia terasa mukanya menjadi panas mendengar ayat Cikgu Fareez. Panas kerana malu!

Syafeera berpaling untuk duduk ke tempat duduknya semula. Malunya tak terkata apabila rakan-rakannya melihat free show yang berlaku antara dia dan Cikgu Fareez sebentar tadi.

Masih terngiang-ngiang di otak Syafeera mengenai ayat yang keluar daripada mulut Cikgu Fareez sebelum dia pergi tadi.

Susahkan dia? Apesal pulak? Sejak bila dia jadi guardian aku? Ish, peliklah cikgu tu. Meremang bulu roma aku dengar ayat dia macam tu. Hurghh...

"Err, baiklah kelas. Kita mulakan pembelajaran kita hari ni ya," ucap Cikgu April untuk menyedarkan kelas yang tiba-tiba sunyi sebentar tadi...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thank you for reading this crap. I'll try my best to upload faster..

- faiz ✌

Err, Cinta Burung?Where stories live. Discover now