BFFL

490 24 6
                                    

Oh my, I'm so so so sorry sebab dah lebih setahun tak update. Yes, I know, saya sangat kejam dan agak tidak berhati perut.. So nah, untuk awak semua sebagai tanda minta maaf sebab dah lama tak update.. xxx

As usual, vomment...!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

BAB 4

Fareez tersengih-sengih bila mengingatkan kejadian tadi. Tak terfikir pun nak buat lawak kat budak tadi tu. It is just her face looks so cute and innocent bila dia terjatuh. Tapi mak ai, ayat dia! Lawak abis! Muka aku yang hensem bak putera dalam cerita Barbie tu pun dia boleh lupa.

Syafeera.. Hurm, nama yang sesuai dengan perwatakan dia yang quite clumsy dan lawak tu.

Ehh, yang aku berangan ni apesal pulak?! Ada kelas ke tak ehh? Baik aku tengok dulu.

Fareez mencapai jadual yang sudah dia tampal awal-awal di mejanya agar memudahkan kerjanya.

So, let's see... Isnin, 9.30 pagi. Yeah! Takde kelas buat masa ni! Boleh rehat sekejap! Tapi jap, okey 10.30 pagi nanti ada kelas kat form 1? Sejak bila aku jadi cikgu untuk budak kecik ni? Cehh, patutlah. Subjek Sivik rupanya. Hurm, memang aku rasa subjek tambahan ni dah dikhaskan awal-awal untuk cikgu baru macam akulah tu.

"Assalamualaikum, cikgu. Awak ni Cikgu Fareez tu kan?" Tiba-tiba ada suara yang menegur Fareez dari belakang. Segera dia menoleh.

"Waalaikumussalam, ya saya. Err, encik ni siapa dan ada apa ya cari saya?" Fareez bertanya kembali sambil mengerutkan dahi.

Hoh, patutlah heboh kelas aku tadi. Ramai yang kata dia ni hensem. Aku tengok, okeylah. Aku lagi hensem rasanya. Hahaha! Kembang hidung aku puji diri sendiri.

"Haha, tak payah nak berencik-encik dengan saya. Formal sangat bunyinya. Saya, Adam. Cikgu Adam. So, macam mana dengan hari pertama awak kat sekolah ni? Okey?" Adam menghulurkan tangannya untuk bersalaman dan duduk di kerusi sebelah Fareez yang tiada penghuninya. Mana entah cikgu ni. Ada kelas kot. Fareez menyambut huluran itu.

"Alhamdulillah, buat masa sekarang ni semuanya okey," Fareez memusingkan kerusinya untuk menghadap Adam.

"Err, saya-awak ni macam stranger pulak. Aku-kau jelah ehh. Lagipun kita ni dah kira adik-beradik dengan staf-staf kat sini," Adam memulakan perbualan.

"Aku on je. So, kau ni mengajar subjek apa? Tengok gaya macam sempoi je. Macam tak banyak kerja". Cantik arr! Dah ada geng baru. Takde arr boring sangat. Nampak gayanya dah boleh ajak lepak sesama lepas ni.

"Aku under Panitia Sains Sukan. Kiranya untuk form four and five jelah. Tak banyak kerja sangat. Hehe... Kau?" Adam tersengih-sengih.

"Aku mengajar subjek Geografi. Dapat kelas upper six dengan lower form. Jauh jugaklah beza silibus diorang ni. Sekolah ni memang kekurangan guru Geografi ehh?"

"Bukan subjek Geografi je. Ada jugak subjek-subjek lain yang tak cukup guru nak mengajar. Maklum, sekolah ni tak berapa nak up berbanding dengan sekolah lain. Tapi sekolah ni famous tau, sebab namanya pelik. Hahaha, pernah dengar nama sekolah pakai nama bunga Cengkih? Nasib baik tak pakai nama bunga Tahi Ayam!!!" gelak Adam dengan terbahak-bahak. Hamboi, lawak ke statement dia tadi? Tak rasa macam mengumpat ke ni?

"Weh, tak rasa kita ni tengah ngumpat nama sekolah yang jadi tempat kita cari rezeki ni ke?" dahiku berkerut menanyakan si Adam perihal nama sekolah ni yang agak.. umm pelik. Risau jugak aku, mana tahu tiba-tiba ada cikgu lain dengar. Then dia pergi report kat pengetua. Tak ke naya aku yang baru first day kat sekolah ni.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Nov 28, 2014 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Err, Cinta Burung?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang