Yeah!!! Another chapter!!! Sorry yang sebelum ni pendek sangat. Saje nak test dulu repond korang semua. Nampaknya ada lah juga orang yang nak baca. Tak nak cakap panjang-panjang. Nanti korang semua tak suka pulak. So, we shall now begin...!!!
Vomment!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BAB 1
Bla... Bla... Bla...
Haih, apelah agaknya yang sedang dibebelnya pengetua aku seorang ni? Huargh!!! Ngantuk betollah... Ops, sorry. Lupa nak perkenalkan diri. Nama aku Rafeah. Orang selalu panggil aku Pe'ah. Hahaha!!! Ok, ok. Nama betul aku sebenarnya Nursyafeera Binti Ahmad Ferhad. Panggilan manja ( cewah! ) Feera. Aku berumur 19 tahun ( upper six, right?! ) dan bersekolah di SMK Bunga Cengkih, UK (Ulu Klang... hehehe ;D ). Aku rasa ar kan, ramai dah tahu kat mana aku sekarang ni. Ya, betul! Aku berada di dalam dewan! Tengah perhimpunan! Yeahhh!!! What?! No, hell.
"Baiklah, sekarang saya ingin memperkenalkan seorang guru baru yang baru sahaja bergelar guru, . . . "
Bla, bla, bla, bla, bla.
Suasana di dalam dewan sudah mula meriah.
"Dipersilakan Encik Fareez Ashraf memperkenalkan diri," kata pengetua kami.
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semua. Seperti yang telah diberitahu oleh Encik Fauzan tadi, nama saya Fareez Ashraf Bin Amir Iskandar. Berumur 23 tahun. Masih teruna . . . "
Hahaha!!! Suasana yang sunyi sepi dek pelajar perempuan yang terlalu fokus pada penampilan cikgu itu tadi menjadi meriah semula disebabkan 'berita gembira' yang diutarakan Encik Fareez kita itu tadi.
"Ini merupakan pengalaman saya yang pertama menjadi seorang guru. Jadi, saya harap semua pihak boleh memberikan kerjasama yang jitu bersama saya sepanjang saya mengajar di sini. Urm, saya rasa itu sahaja yang ingin saya sampaikan. Terima kasih." Cikgu Fareez tersenyum manis ke arahku sewaktu ayatnya yang terakhir. Aik? Dia senyum kat aku? Arr, lantak ar. Aku tak terpikat pun...
Sepanjang perjalanan aku balik ke kelas mesti ada sahaja pelajar yang menyebut-nyebut mengenai guru baru itu tadi. Tak kira pelajar lelaki mahupun perempuan. Yang perempuan asyik cakap, "Wah, hensemnya Cikgu Fareez tu! Untunglah siapa dapat jadi girlfriend cikgu tu." Yang leaki pulak, "Hadoyai, kenapalah boleh ada sesat cikgu baru tu kat sekolah ni. Habislah girlfriend aku kena rampas nanti!" Apa yang best sangat dengan cikgu tu? Aku tengok biasa je. Ke aku yang salah pandang? Eh, tak lah. Haih, entahlah.. Malas aku nak fikir, bukannya ada kaitan dengan aku pun. Baik aku fikir tajuk apa yang aku nak bincang dengan Mr. Photographer kat Twitter balik sekolah nanti. Lagi best, woah oh oh!!! Sengal seyy aku ni. Tetiba je...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Err, kenapa aku rasa lain macam je bila terlihat wajah pelajar tadi ehh? Aku rasa aku tiada kaitan langsung dengan dia. Tapi, kenapa aku rasa macam kenal je. Eleh, entah-entah ada pernah jumpa tepi jalan kot dulu-dulu. Dah lah, baik aku mula fokus untuk memulakan langkah pertama aku sebagai seorang guru.
Hurm, kelas pertama yang akan aku masuk adalah 6 Atas Sastera 2. Huihh, belum apa-apa dah dapat kelas bagi pelajar paling tua di sekolah. Takpe, yang penting dapat jadi seorang guru yang bagus.
Tetapi, kenapa semakin aku mendekati kelas ni aku semakin rasa gelisah eh? Mungkin sebab kelas pertama aku mengajar kot. Hurm, betullah tu rasanya.
Dush !
Aik, baru je nak masuk kelas dah kena langgar. Murid apa macam ni tak hormat guru. Memanglah aku guru ni baru, tapi dia sepatutnya hormati aku. Tapi, bila tengok dia terjatuh kesian pula rasa. Semacam je aku tengok budak ni. Ehh, dia pegang perut dia lah! Mesti perut dia sakit. Tu lah agaknya dia nak cepat. Adoyai, aku dah ngutuk bukan-bukan. Apa lah aku ni.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Manalah pulak cikgu ni? Hurm, lambat pon bagus juga. Boleh aku rehat-rehat dulu. Hehe... Urk, perut aku ni dah kenapa pula. Tetiba sakit ni. Adoi, makin ditegur makin sakit pulak dia. Nak minta izin kat cikgu, cikgu pula tak masuk-masuk lagi. Ketua tingkatan dah lah spesis cerewet punya.
Adoyai, mana pula si minah sebelah aku ni? Berjalan je kerjanya. Aku nak minta dia temankan aku. Dah tak tahan gila ni.
"Wey, Fatin mana Fatin? Nampak dia tak?" tanyaku kepada Dahiyah sambil menahan sakit di perut.
"FATIN, OH FATIN!! KAU KAT MANA?! NI, FEERA CARI KAU!" teriaknya sebaik sahaja aku bertanya.
Ish, gila betul! Dah lah aku ni sakit perut. Dia boleh pula jerit kat sebelah aku. Fatin ni pula hilang. Hah, datang pon ke sini. Tersengih-sengih pula tu. Haih, kawan baik aku seorang ni. Berjalan je kerjanya kat dalam kelas ni.
"Apa hal Fer cari aku? Ehh, kau okey ke tak ni? Nak teman pergi toilet ehh? Ahh, jom aku temankan yok." Err, nampak sangat ke expression muka aku yang sedang tahan sakit perut ni? Hah, apa-apa jelaa. Yang penting, misi aku ni kena selesaikan segera!
"Weyy, Adam. Aku dengan Feera pergi toilet dulu ehh," kata Fatin kepada Adam, ketua tingkatan kelas kami.
"Nope, one person only. Macam tak tahu pula ehh selama ni," ujar Adam kembali. Adoi, kan aku dah kata dia ni spesis cerewet. Nak pergi toilet, dua orang pon tak boleh. Lainlah kalau aku pergi ponteng sekolah ke, merokok ke. Tu baru dilarang.
Ish, cikgu ni mana? Aku hampir dah tak tahan sangat ni! Aku nak pergi dengan Fatin juga... !!
10 , 9 , 8 , 7 , 6 , 5 , 4 , 3 ,, 2 ,,, 1 ! ! !
ARGHH !!!
Baik aku pecut dulu. Sorang-sorang pon takpe arr kalau dah tak tahan sampai tahap ni.
"Adam, aku pergi toilet dulu ehh!!" jeritku kepada Adam tanpa menoleh ke arahnya lagi. Dah tak tahan gia ni weyy. Mana sempat semua tu lagi. Aku terus pecut !
DUSH !
Adeyy, siapa pula yang langgar aku ni?! Memang cari kaki betullah!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
AUTHOR NOTE : Haha, sorry lambat upload .. And sorry chapter ni macam boring sikit .. Jujurlah, saya pon tak berapa nak suka kecuali intronyer .. hehe ~
Kalau rajin, bacalah cerita saya iaitu ' WA KAWIN MUDA WOAH! ' dan ' I'M STILL A VIRGIN ' .. ~ Kalau rajin arr, kalau tak tidak mengapa .. Hah, lagi bagos vote sekali .. hikhik ~ Promote pulak dia kat sini ehh ~ Oh ya, don't forget to . . .
V
O
M
M
E
N
T
! ! !
YOU ARE READING
Err, Cinta Burung?
Roman d'amourWhat will happen if we started to fall in love with the wrong person? Jatuh cinta pada seorang yang digelar "guru" pulak tu. Just a cliche StudentxTeacher story.