" mana ada aku jealous, aku bengang je "
ada beza kankan ?
dia juga membalas muka seposen tadi.
" sama jela dua tu eleh taknak ngaku "
aku menolak mukanya yang dekat gila dengan aku.
" ah sana sana, duduk tempat kau "
eunsang mencebik. " kerek lamak dia ni "
kerek tak kerek. sekarang ni hati aku tengah tak rilek paham tak. kau tak paham boleh gi ampush.
yang takle brainnya bukan ke aku minat seungyoun sunbae ? apahal aku dupdapdupdap bila dengan eunsang ?
uyuuie takda apa ni yoonji. kau sihat ni. rilek rilek.
-
" rehat dengan aku tau "
sekali lagi eunsang mendekatkan dirinya.
dan sekali lagi hati aku tak rilek.
WEH KAU PAHAL DO HATI ? NAK AKU OPERATE BARU ELOK KE ? KAU FIKIR KAU EUN DANOH ?
sabar la jap, eunsang je pun. rilek rilek.
" woi kau okay tak ? "
dia melambaikan tangannya ke hadapan aku.
" ha yeye, aku okay. dah jom rehat "
selepas membeli makanan dan bergerak ke gelanggang basketball sekolah, kami memilih tempat yang sesuai untuk duduk.
" yoonji, aku nak tanya " eunsang berkata sambil membuka bungkusan sandwich nya.
aku mengangkat muka sambil mengunyah roti.
" kau suka lelaki yang macam mana ? "
terus aku tersedak sebaik sahaja mendengar soalan tersebut. eunsang menghulurkan aku air dan aku meneguknya.
" asal kau tanya ? "
" saja, selama ni kau takpernah nak bagitau pun "
aik tiba tiba je budak ni. selama ni takpernah pernah pulak nak ambik tahu.
" ideal type aku ? aku nak lelaki macam seungyoun sunbae je kot "
dia membuat muka seposen lagi.
" cuba la bagi jawapan lain, bosan aku dengar nama dia je "
aku menjegilkan mata. dahtu kau nak expect apa dari aku ?
" habistu takkan aku nak cakap ideal type aku ni kau ? "
kali ni dia pula yang tersedak. ha tau pun kau.
" uish jangan, jadi nightmare pulak bila fikir balik " dia membalas.
aku merengus. ek eleh dia ni.
" weh "
aku dengan malasnya mengangkat muka. dia ni en, orang tengah makan dok ber weh weh.
" apahal ? kau jangan kacau aku nikmati makanan aku boleh tak haih "
" tak, saja nak bagitau seungyoun hyung tengah main basketball tu " dia menunjuk ke arah gelanggang basketball.
aku segera menoleh.
alamak hensemnya buah hati.
" ha mula la tu fangirl mode dia "
aku mengabaikan bisikan syaitan yang berada di sebelah dan terus memerhatikan seungyoun sunbae.
aiysgsssu hensem.
" dahlah, aku blah dulu "
segera aku mengalihkan pandangan ke arah eunsang yang berdiri sambil mengemas sampah yang dibuatnya tadi.
" nak pergi mana ? "
dia memberikan pandangan kosong. eh, kenapa pulak dia ni ?
" aku dah habis makan. kau tu jangan masuk kelas lambat semata sebab seungyoun hyung pulak "
nada suaranya bertukar menjadi mendatar. dia terus melangkah menuju ke bangunan sekolah tanpa menoleh ke belakang.
aku ada buat salah ke ? yang dia nak moody sangat kenapa ?
YOU ARE READING
CHANGED. | ↬ 𝐥𝐞𝐞 𝐞𝐮𝐧𝐬𝐚𝐧𝐠.
Truyện Ngắn『 COMPLETED. 』 started : 191127 ended : 191130 ©️ HW4YOUTH