07

105 18 21
                                    

aku memasukkan beberapa baju ke dalam luggage sambil jamming lagu baru exo.

belum sempat aku nak zip luggage, terus pintu bilik aku dihempas,

oleh eunsatan.

apahal makhluk ni.

" KAU NAK PINDAH KE ? JANGAN LA DO AKU JANJI TAK BUAT KAU SAKIT HATI DAH "

dia mengangkat tangan tanda sumpah.

aku cuba menghadam situasi. sebaik sahaja aku memahami apa yang eunsang cuba katakan, terus aku menahan gelak dan serta merta membuat muka serius.

" ah tepilah, aku taktahan dah! aku nak duduk kampung je! "

eunsang mendiamkan diri lalu menunduk.

aku hanya memerhatikannya.

tiba tiba mendekati aku dan,

memeluk aku.

dupdapdupdap.

aku cam, eh ??????

" mianhae "

weh kesian pulak aku tengok budak ni.

aku menolak perlahan badan eunsang.

" eunsang-ah, dengar sini "

dia mengangkat muka.

" aku sebenarnya .. "

" pindah sebab aku kan ? " dia mencelah.

aku mengeluh dengan serius. acah je ni.

" aku sebenarnya ..

bukan nak pindah. "

terus dia terkebil kebil memandang aku. dia membuat muka 'hA-APAHAL'

" abistu asal kau kemas baju ? "

" aku nak balik kampung tiga hari je, ada hal "

dia terdiam. perlahan lahan dia mengundurkan diri, menuju ke katil aku.

asudah marah ke.

" weh sorryla- "

pfft.

tiba tiba muka aku terasa basah.

aku membuka mata setelah terkejut dengan tindakan eunsang yang tiba tiba menyembur minyak wangi.

hanat betul jantan ni.

" YAH LEE EUNSANG! "

aku pergi ke arahnya dan menendang kakinya.

" aduh! KAU YANG TIPU AKU DULU, APESAL AKU YANG KENA MELEBIH ? "

" TU BALASAN DIA SEBAB SIRAM AKU GUNA MINYAK WANGI "

" AH LANTAK, BIAR KAU WANGI SIKIT. SELALU USHUK ASHAM JE "

" APA KAU CAKAP ? "

aku mengejar eunsang yang berlari keluar dari bilik aku. ah taguna budak ni. main kejar kejar lak.

ko pikir sweet ke ?

-

" sampai sana nanti call aku, tau tau "

aku membuat muka seposen. aduh dia ni kalah mak aku.

" ni dah keberapa ratus kali kau cakap pun aku taktau ah, yeye adumak "

" oppa ni, macam boyfriend unnie pulak nak pesan lebih lebih "

aku memandang yoonjung yang memeluk teddy bearnya.

" kan, dia pulak nak melebih care pasal aku "

eunsang mencebik sekejap lalu merendahkan diri untuk memandang yoonjung.

" yoonjung-ah, macam mana kalau oppa betul betul jadi boyfriend yoonji ? jung suka tak ? "

aku membeliakkan mata.

" weh kau merepek apa ni- "

" SUKA! "

aku meletakkan tangan ke dada. amboi kemain mangat kau dik.

eunsang tersenyum dan mengalihkan pandangan ke arah aku.

" dengar tak ? aku dah dapat izin yoonjung "

dupdapdupdap.

ah diam jap hati. kalau kau bagi idea untuk aku takpe gak, ni reti buat bising je.

" pape jela, dah bye. yoonjung jom masuk kereta "

" sekejap yoonji "

eunsang menarik tangan aku.

" sampai sana nanti terus- "

aku mengeluh. " ye terus call kau kan ? ha yeye faham faham "

belum sempat aku bergerak, dia menarik tangan aku lagi.

" ish bukanla, sabar la kejap "

" sampai sana nanti, terus rindu aku tau ? jangan lupa "

dia tersenyum ikhlas.

aku kaku.

muka aku menjadi panas. sebelum sempat dia notice muka aku yang merah ni, aku terus masuk ke dalam kereta.

apa aku nak buat ni ? takkan aku suka eunsang pulak.

huish jangan macam macam.

CHANGED. | ↬ 𝐥𝐞𝐞 𝐞𝐮𝐧𝐬𝐚𝐧𝐠.Where stories live. Discover now