10

100 18 13
                                    

" yoonji-ah, boleh tolong jagakan eunsang ? imeo kena keluar, eunsang demam ni "

sebaik sahaja terima panggilan tersebut, terus aku mengambil hoodie dan dompet dan menuruni tangga dengan cepat.

" eomma! yoonji pergi rumah eunsang jap! "

-

aku meletakkan semangkuk bubur di atas dulang. aku menuangkan susu putih ke dalam cawan dan mengangkat dulang tersebut.

" kau buat apa ni ? "

aku menghentikan langkah dan meletakkan dulang di atas meja makan.

aku menoleh ke arah eunsang yang serabai dan muka yang pucat.

" kau dah bangun "

eunsang memandang aku dengan pandangan kosong.

aku mengalihkan pandangan ke dulang.

" makan bubur ni, then makan ubat "

aku bergerak ke kabinet dapur dan mengemas meja dapur.

ya, memang aku buat rumah ni macam rumah aku sendiri. tapi aku kesah apa.

eunsang hanya mendiamkan diri. sebaik sahaja dia habis makan, dia terus menaiki tangga.

aku menyediakan satu besen dipenuhi air dan satu kain lap lalu menuju ke bilik eunsang.

aku mengetuk pintu. setelah mendapat kebenaran, aku terus masuk ke bilik.

aku memerhatikan eunsang yang berselimut di atas katil. aku menuju ke arahnya dan meletakkan besen tersebut di atas meja kecil.

perlahan lahan aku membasahkan kain dan meletakkannya di atas dahi eunsang.

" baliklah yoonji " suara perlahan eunsang membuatkan aku terhenti.

aku tergelak sinis.

" aku tahula aku bukan girlfriend kau "

dia terdiam.

" kau dah tahu ? "

aik apahal reaction bersalah nau. bukan patut happy ke.

aku mengangguk perlahan.

suasana menjadi senyap seketika. aku terus mengelap dahi eunsang.

jarang jarang kiteorang awkward macamni.

aku mengangkat besen dan berdiri. belum sempat aku menuju ke pintu, suara eunsang yang perlahan membuatkan aku terhenti.

" aku rindu kau, yoonji "

aku terdiam. apebenda dia ni ? dia kan dah ada girlfriend.

" tido la eunsang. aku balik dulu "

aku keluar dari bilik.

tanpa sedar yang aku menangis.

aku sebak dengar ayat eunsang tadi. kenapa dia cakap macamtu ?

kenapa dia bagi harapan ?

aku taknak jadi perampas.

CHANGED. | ↬ 𝐥𝐞𝐞 𝐞𝐮𝐧𝐬𝐚𝐧𝐠.Where stories live. Discover now