11

102 20 14
                                    

" hoi, cha junho! "

aku memanggil junho yang sedang terhendap hendap di sebalik dinding. aku menuju ke arahnya.

" buat apa tuu " aku merapatinya.

junho terlompat sedikit dan membeliakkan mata sebaik sahaja dia ternampak aku.

lah pehal dia ni.

jap ....

jangan cakap dia tengah usha benda tak senonoh ??????

aku menutup mulut.

" kau ... "

" ani! takda apa haha jom gerak " junho cuba menarik lengan aku untuk bergerak ke tempat lain.

aku tersenyum senget. eleh.

" kau dah tengok freeshow taknak share share pulak, sabajap aku nak tengok jugak "

junho gelabah. ala rilekla tenang.

" yoonji— " junho cuba menghalang.

" nah, ni bayaran terakhir aku. kau kata lepas aku dah habis bayar hutang kau dalam masa seminggu ni, kau nak lepaskan aku "

aku tersentak.

eunsang ?

perempuan tersebut hanya merenung sampul wang yang diberikan.

" awak betul betul taksuka saya ke ? lepas apa yang saya buat untuk masukkan awak dalam perlawanan tu, macam ni awak balas jasa saya ? "

eunsang mengeluh.

" kau yang bagi deal mengarut. aku boleh je selesaikan hutang kau dan benda settle macamtu je. yang kau bagi deal sampai aku kena couple dengan kau kenapa ? "

aku terdiam. selama ni semua tu paksaan ?

" saya ingatkan dengan cara tu boleh buat awak suka kat saya "

" well, nampaknya kau silap "

perempuan tersebut menunduk dan mengeluh.

" arasseo. saya lepaskan awak. tapi saya nak tanya awak something "

" apa dia ? "

" awak masih sukakan dia walaupun awak couple dengan saya ? "

suara perempuan tersebut menggigil.

weh drama apa aku tengah tengok ni.

" weh dahla jom balik " aku berbisik dan memusingkan diri untuk menarik tangan junho.

junho yang dari tadi gelabah dan cuak terus mengangguk dengan laju.

" ya, aku still sukakan han yoonji "

eh.

eh ???

aku salah dengar ke ?????

" yoonji "

junho memanggil, meminta aku untuk terus berjalan.

" ha ye a-aku jalan "

aku memulakan langkah dengan teragak agak.

aku macam pekak kejap je tadi.

eunsang suka aku ?

idea gila apa author ni tulis ni ?

-

" yoonji-ah, tolong belikan barang dapur jap "

aku mengangguk. fikiran masih melayang. tah aku dengar ke tak apa mak aku suruh beli.

eomma menghulurkan aku satu kertas kuning yang terdapat list barangan yang patut aku beli.

" e-eo arasseo yoonji tukar baju jap "

" yoonji sihat ke tak ni ? kalau tak sihat makan ubat! "

aku mengabaikan pesanan eomma dan terus menaiki tangga.

selepas menukar baju, aku menuruni tangga sambil termenung.

eunsang ..

suka aku ?

maksud kau lee eunsang ?

serius la eunsa—

" yoonji "

aku memandangnya yang berdiri memakai hoodie di hadapan pintu rumah dan segera membeliakkan mata.

" e-eunsang ? "

CHANGED. | ↬ 𝐥𝐞𝐞 𝐞𝐮𝐧𝐬𝐚𝐧𝐠.Where stories live. Discover now