"Allahu Akhbar"
"Assalammualaikum warahmatullah"
"Assalammualaikum warahmatullah"
Selepas berwirid Ain Husna menadah tangan.
"Sesungguhnya engkau maha mengetahui, bukan ini yang ku mahukan, peliharalah maruahku, ampunilah aku Ya Allah" hanya tangisan yang mampu mereaksikan betapa hibanya seorang gadis yang dijual oleh bapanya untuk mendapatkan wang.selesai mengerjakan solat isya' dia kembali melihat lorong itu yang tidak henti-henti daripada menjadi sarang najis zina. Sayu hatinya apabila mengenangkan ayah kandungnya yang sanggup menjualnya.
"Tuk tuk tuk"
Terhenti lamunannya.Ain Husna memulas tombol pintu. Seorang gadis yang cantik menawan persis model sedang berdiri di hadapan pintunya. Gadis itu bernama Fify.
"Kau dah makan ke belum, kalau belum jom aku bawak kau keluar makan". Fify
"Alah malaslah, kau pergi ja la lagipun aku tak lapar"
"Ishhh kau ni, jom la teman aku lagipun dah lama kita tak borak Plus aku baru balik dari JB" pujuknya, Fify gemar berkawan dengan Ain Husna. Baginya Gadis sesuci dia tidak sepatutnya ada di sini. Dia berasa Ain Husna di bawah tanggungjawabnya supaya diri wanita itu tidak tergadai.
"Hmm ye lah sayang"
___________________________________________
Pada malam itu jugalah Badri Syahir dan Tahar mencari gadis itu. Bukan apa sebelum ini mereka tidak pernah terserempak dengan gadis secantik itu. Tambahan pula bertudung. Bayangkanlah kawasan lorong gelap untuk melepaskan nafsu boleh ada wanita bertudung menutup aurat .
"Aku rasa perempuan yang kau terserempak tu bukan manusia la entah entah hantu kot, 🤣🤣🤣" usik Badri Syahir .
"Uishhhh kau ni, jangan main main doh. Seram pulak aku. Entah lah tapi firasat aku ni yakin mengatakan bahawa dia tu memang tinggal kat area ni." Tahar
"Hmm ye la, eih taipkan betul ka cantik?"
"Betul la kalau tak buat apa aku cari dia sampai sini semata-mata nak kongsi lauk dengan kau. Aku tengah lapar ni". Tahar
"Oii sabar la, sabar tu kan separuh daripada iman."
"Abah kau punya sabar, kau pun tak da iman ada hati nak cakap pasal iman dengan aku. Taik betul💩" balas Tahar
Mereka hanya gelak.
"Tapi kan kalau kita dapat jumpa dia apa kita nak buat?"Tahar
"Masak kenduri la "
"Aku tau tu tapi sapa nak masak dulu?"
"Bagi aku masak dulu, sbb aku paling senior" balas Badri Syahir.
"Eleh itupun kalau nampak dia" perli Tahar.
___________________________________________
Selesai makan di Warung Siam mereka pulang berjalan kaki sebab warung tu berdekatan dengan hotel mereka.
Dalam perjalanan Ain Husna banyak mendiamkan diri. Itulah yang membuatkan Fify curiga kerana setahu dia Ain Husna seorang yang ceria kerana ingin tabah menempuh dugaan."Kau okay tak ni?" Soal Fify
"Entahlah, aku rasa tak sedap hati"Ain Husna
"Asal? Nak aku temankan kau tak malam ni?
"Eih tak pa la, susahkan kau ja lagipun kau baru balik dari JB kan" Ain Husna.
Setelah sampai di hotel, Ain Husna terus memasuki biliknya setelah mengucapkan terima kasih kepada Fify untuk makan malam.
Entah mengapa, matanya sukar untuk dilelapkan. Seolah-olah ada perkara buruk yang berlaku pada esok hari. Setelah membaca doa dan berselawat, Ain Husna Memejamkan matanya walaupun dalam keadaan terpaksa.
"Ya Allah lindungilah aku"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sesungguhnya hanya kepada-Nya kita memohon pertolongan.لااله الله
"TIADA TUHAN SELAIN ALLAH"
🌺
YOU ARE READING
KERANA DIA
Short Story🌺Cahaya yang diinginkan dalam kegelapan. Hanya manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan. Hanya inginkan keampunan daripada Sang Pencipta🌺 . . . . . Try la baca dulu then baru kau faham😅 #notagoodwri...