Bab (3)

10 2 0
                                    

"Rm300 je" itulah kata kata yang dikeluarkan oleh Badri sebaik melihat baki wang duitnya di dalam Bank BSN.

"Tak guna, borosnya kau Bad" kata hatinya.

Badri Syahir hanya mengarukan kepalanya. Fikirannya semakin serabut kerana baru seminggu dia mendapat gaji tapi habis diborosnya. Gajinya lebih daripada rm 3000 sebulan. Dia  memperoleh gaji hasil daripada pekerjaan  sebagai pekerja kilang besi dan hasil daripada kerja haramnya. Dalam marah, Badri Syahir melangkah meninggalkan bank BSN. Tanpa melihat ke hadapan dia berjalan sehingga terlanggar bahu seseorang.

"Perempuan"

"Cantik" hatinya mula nakal.

"Maafkan saya, saya nak cepat" kata Ain Husna sambil menundukkan kepalanya. Walaupun dia menundukkan kepalanya namun Badri Syahir tetap dapat melihatnya. Hati Badri Syahir terusik tanpa disedarinya. Seolah-olah ada getaran yang mengalir dalam darahnya.

"Hmm, tahulah nak cepat..dalam dunia ni bukan kau seorang yang ada hal. Aku pun ada hal. Guna mata bukan guna lutut." Tepik Badri Syahir kemudian berlalu pergi.

Ain Husna tergamam. Mulutnya kaku seolah bisu. Kecil hatinya kerana dimalukan sebegitu dikhalayak ramai. Bahunya diusik oleh seseorang membuatkan dia terkejut.

"La kau rupanya Fify"

"Ha kenapa ni? Kau okay tak muram ja" Fify

"Tak da apalah"

"Jom, Guardian aku nak beli pencuci muka"

"Let's go"

Usai menunaikan lima waktu, Ain Husna baring di atas katil. Hanya siling menjadi tempat renungannya. Kemanakah ayahnya pergi? Bagaimanakah pengakhirannya?

"Wei malam ni aku yakin kita akan jumpa jugak perempuan tu. Aku dah kempunan gila ni. Dari semalam kita tak makan lauk sedap."Tahar

Badri Syahir hanya melangkah tanpa mempedulikan kata-kata kawannya. Entah mengapa dia berasa bersalah setelah memperlakukan wanita tadi seperti itu dikhalayak ramai. Fikirannya dari tadi tidak henti-henti memikirkan wanita tadi. "Cantik, ayu, manis lembut" bisik hatinya.

"Woiiiii hang dengaq dak apa ceq habaq ni?" puas aku beletiaq"

Badri Syahir hanya mengangguk.

"Ishhh kau ni, dah la jom makan. Malam ni aku belanja ." Badri Syahir hanya mengikut langkah sahabatnya itu.

Sementara mereka menunggu makanan dan minuman tiba. Badri Syahir menceritakan perkara yang berlaku tadi.

Bunyi kerusi di sebelah meja mereka di tarik.  Pelayan warung itu tiba untuk mengambil pesanan.

"Nasi goreng ayam 1, air suam 1" pesan Ain Husna.

Jarinya membuka aplikasi WhatsApp untuk melihat mesej yang masuk.

Badri Syahir dan Tahar rancak berborak. Perbualan mereka terhenti sebaik melihat seorang gadis seksi persis model berjalan ke arah seseorang gadis yang mereka tercari-cari selama ini.

"Wei kita dah jumpa" Tahar

"Jumpa apa?"

"Perempuan yang kita cari selama ni, cuba kau tengok belakang".

Sempat Badri Syahir meneguk minumannya sebelum menoleh ke belakang. Matanya bagai ingin keluar terbuntang sebaik melihat wanita yang dimaksudkan oleh Tahar.

"Yang bertudung tu ka?" Tanya Badri Syahir

"Haah" Tahar.

Badri Syahir seolah-olah tidak keruan sebaik mendengar perkataan "haah" yang keluar daripada mulut Tahar. Hatinya gundah gulana.

Kenapa dia perlu berasa demikian?
Mana perginya sifat kejamnya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Islam mendidik kita untuk saling mengasihi
Ikhlaskan setiap yang kita lakukan kerana;
الله تاعلى
🌺

KERANA DIAWhere stories live. Discover now