Ain Husna tetap menjalankan kerjanya sebagai cashier di Pasaraya Riang Ria. Walaupun kebanyakan pekerja di situ sudah tahu dia tinggal di kawasan pelacuran namun tetap diendahkannya kerana selagi pengurusnya tidak bersuara apa perlu dia takutkan.
Jam menunjukkan pukul 12:30, perutnya berbunyi. Perutnya mula bergoncang seakan-akan ingin meletup.
Kedai Makan Munir menjadi pilihan hatinya kerana harga yang murah serta masakannya lazat. Sesuai untuk gadis sepertinya. Hidupnya perlu berjimat - cermat. Dia perlu kuat menjalani kehidupannya. Kehilangan ayah dan ibu merupakan satu hakikat yang sukar diterima.
"Sorang ja ka hari ni?" Soal Mak Temah yang merupakan pekerja kedai makan itu.
"Haah, Mak Temah sorang ja. Makan dan minum macam biasa ya" pesan Ain Husna.
Secara tiba-tiba, kerusi hadapannya ditarik oleh seseorang lelaki. Ligat fikirannya untuk menganalisis lelaki di hadapannya. Hatinya berkata, dia pernah terjumpa lelaki ini tapi sukar untuk ditafsirkan oleh otaknya.
"Sebelum tu, jangan lari dengar apa aku nak cakap". Arah Badri Syahir.
Ain Husna hanya mampu melihat tanpa berbuat apa-apa. Akhirnya temu juga Ain Husna setelah lama dia mencari gadis itu.
Makanan dan minumannya pun tiba."Saya nak minta maaf pasal hari tu" akhirnya Ain Husna bersuara. Tak sangka dia disebabkan kejadian perlanggaran itu menyebabkan lelaki dihadapannya sanggup mencarinya untuk bersemuka.
"Kau free tak lepas ni?" Badri Syahir
Ain Husna keliru.
"Tak, saya ada kerja"
"Kau tinggalkan kerja kau, kau ikut aku"
"Gila" terus Ain Husna beredar daripada kawasan itu setelah membayar
Tanpa menoleh kebelakang, Ain Husna tetap meneruskan perjalanannya sehingga tiba di suatu kawasan yang lenggang.
Tiba tiba ada seseorang datang memeluknya daripada belakang dan menutup mulutnya dengan kain. Hanya kegelapan yang mampu dilihat.Kepalanya seakan-akan ingin berpusing. Kepalanya seakan berat untuk diangkat.
"Erghh" perlahan-lahan matanya dibuka walau dalam keadaan lemah. Ain Husna perasan bahawa dia berada di kawasan lain. Di dalam sebuah bilik tapi bukan di biliknya. Tapi yang paling merisaukannya dia berada di dalam sebuah bilik lain yang belum pernah dia masuki.
Serta-merta dia meraba dan melihat diri dan pakaiannya untuk memeriksa bahawa tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Lega hatinya. Tiba-tiba dia terdengar bunyi air dibuka. Dan paling mengejutkan apabila pintu bilik air dibuka keluar seorang lelaki yang sama datang kepadanya semasa makan tengah hari tadi.
"Apa kau dah buat dengan aku ha, gila?"
"Kau sedar tak apa yang kau dah buat?"
"Apa salah aku...?"
Ain Husna menangis menundukkan mukanya. Kini dirinya sudah diperkosa oleh lelaki yang tidak sama sekali dia kenali. Hanya tangisan yang teresak-esak mampu diluahkan." Relaks la, kau kan pelacur" balas Badri Syahir tanpa perasaan serba salah.
Sebaik mendengar perkataan itu, terus Ain Husna membaling bantal tepat kemuka Badri Syahir.
"Aku bukan pelacur." Dia sambung menangis, kali ini esakkan hanya membisu tanpa mengeluarkan bunyi tangisan. Hatinya luluh.
"Kau tak kenal aku, kau tak tahu kisah hidup aku dan hari ni kau kata aku pelacur, kenapa kau buat aku macam ni. Apa salah aku?" Soalan Ain Husna dalam keadaan geram.
"Aku Badri Syahir. Kau tenangkan diri kau then baru aku story." "But kau tak boleh keluar bilik ni tanpa izin aku. Faham?"
Ain Husna kembali menangis lalu " tapi kenapa?" Jerit Ain Husna sambil memukul mukul dirinya.
YOU ARE READING
KERANA DIA
Short Story🌺Cahaya yang diinginkan dalam kegelapan. Hanya manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan. Hanya inginkan keampunan daripada Sang Pencipta🌺 . . . . . Try la baca dulu then baru kau faham😅 #notagoodwri...