Bab (5)

13 2 0
                                    

Setelah mendengar perkara sebenar kenapa Badri Syahir memperlakukannya begitu. Hatinya lega namun perasaan takut lebih daripada tenang menyelubungi dirinya.

"Aku nak tanya something boleh" soalan Ain Husna.

"Tanyalah" balas Badri Syahir sambil meneguk air minuman tin berperisa lemon tema .

"Kau.."
"Kau.."
"Kau ada.."
"Kau ada ro.. ro.."
Ain Husna tergagap gagap ingin menyakan persoalan yang berlegar dalam fikirannya sejak petang tadi.

"Ain sejak bila kau gagap" " kau ada ro apa?" Jerkah Badri Syahir . Dirinya gagal mengawal baran.

"Kau rogol aku ka?" Pantas soalan itu dikemukan olehnya lalu menunduk mukanya. Namun, Badri Syahir hanya mendiamkan diri.

"Tolonglah jawab" pinta Ain Husna.

"Kau ni ada otak tak, kalau aku nak rogol kau kenapa aku tak join ja Tahar?. Kenapa aku nak selamatkan kau? Kalau nak tahu sangat, jawapannya tak" " dah tidur, esok ikut aku".

"Pergi mana?"

"Kedah"

"Ha? Kau gila ka?"

" Sebab aku nk selamatkan kau lah aku jadi gila". Setelah mendengar jawapan itu yang keluar daripada mulut Badri Syahir. Ain Husna diam. Baginya apa lagi yang perlu dipersoalkanya kerana lelaki di depan matanya ingin menyelamatkannya daripada nafsu manusia yang tidak henti-henti menginginkan kepuasan.

"Dah, termenung apa lagi" " pergi la tidur, masalah betul la kau ni".

"Awak tidur mana?" Soal Ain Husna dengan nada lembut kerana baginya dia tidak boleh berkasar dengan lelaki yang baru menyelamatkan dirinya.

"Sebelah kau"
Terbuntang mata Ain Husna.

"Memang tak la, mestilah aku tidur kat balkoni. Aku nak kau selesa. Dah jangan risau, pergi ja tidur. Esok perjalanan kita panjang." Ain Husna menuruti .

Ya esok lelaki itu akan membawa Ain Husna jauh ke utara. Kedah. Semalam ketika asyik memikirkan ke mana  dia ingin menyembunyikan wanita itu, dia mula teringat rumah atuknya yang sudah lama terbiar kerana tiada penghuninya.

Suasana sejuk di balkoni tidak dihiraukan olehnya, dirinya amat penat hari ini kerana seharian dia mencari duit semata-mata ingin menyelamatkan wanita itu. Bermacam pekerjaan halal yang dia lakukan sehingga berjaya mengumpulkan rm 150. Walaupun sedikit tapi cukup bagi dirinya dan wanita itu lari.

Kereta Wira milik Badri Syahir menjadi kenderaan mereka untuk sampai ke destinasi. Sepanjang perjalanan, mereka berdua hanya diam membisu.

"Kita kena kahwin" kata Badri Syahir memecahkan kesunyian.

"Hah! Tapi kenapa?"

" Sebab untuk keselamatan kita berdua, kau dan aku akan tinggal di rumah arwah atuk aku. Takkan lah kita nak tipu orang kampung sampai kiamat yang kononnya kita boleh duduk sekali sebab dah kahwin. Bodoh tu namanya" balas Badri Syahir dengan kasar

" Tapi saya tak kenal awak" balas Ain Husna yang mula timbul cemas.

"Kau dengar sini, kau tu dah tak ada siapa-siapa, so jadi tanggungjawab aku untuk pastikan kau selamat. Aku tak kira sampai Kedah kita kahwin di Jabatan Agama."

" Aku terima nikahnya Ain Husna Binti Ramdan dengan mas kahwinnya rm50.00  ringgit tunai."

"Sah"

Sebaik mendengar lafaz akad yang diutarakan oleh Badri Syahir. Air matanya mengalir bukan kerana bahagia tetapi kerana hancur luluh hatinya disebabkan tiada ibu bapa di sisi ditambah pula pernikahan yang mengejutkan seperti ini.

KERANA DIAWhere stories live. Discover now