Bab 1

393 7 0
                                    

JUJUR aku tak faham apa masalah dia. Dari tadi tersengih-sengih, lepas tu menangis sekejap. Lepas tu sengih semula. Nasi goreng dalam pinggan tak disentuh langsung. Sampai sejuk dah!

Pinggan aku yang sudah kosong aku angkat dan hempuk di hadapannya. Pap!  Geram kau! Dari tadi melayan benda segi empat tu. Macam dia tengah bercinta.

"Mak kau! Hish... Kau ni D, terkejut aku." Dia merenung tajam padaku. Aku pamir selamba. "Kau tengok apa tu? Nasi ni dah sejuk tau. Kalau tak nak makan aku nak kemas,"

Terus matanya berpusat pada nasi goreng yang menimbun di dalam pinggan sebelum menayang sengih. Telefonnya segera ditutup dan menarik pinggan itu mendekatinya apabila melihat aku yang sudah berura-ura mahu mengambil.

"Lain kali kalau nak makan, tinggal phone kau tu dekat dalam bilik. Dah macam orang bercinta. Tak boleh pisah langsung dengan telefon tu." Gumamku. Rania memekakkan telinga. Diam menyuap nasi ke dalam mulut.

Aku menjeling sekilas. Budak ni ada jugak makan penampar. Pinggan aku yang kosong, aku bawa ke singki untuk dibasuh.

Bunyi notifikasi dari telefonku mengejutkan aku sedikit. Pili air ditutup dan tangan dilap pada kain yang tergantung di hadapan peti sejuk. Kemudian tangan mencapai telefon yang berada di atas meja makan.

"Eleh... Cakap orang dia pun sama." Rania membentak perlahan. Aku menjeling padanya sekilas sebelum mata tumpu pada skrin.

Melihat saja notifikasi itu bibir serta-merta ukir senyum. Bingkas aku melabuhkan duduk di hadapan Rania. Pandangan tajam darinya aku biarkan. Yang ini lagi menarik dari kau!

"Apa tu? Bos kau eh?" Tebaknya. Aku menarik sengih. Mata bersinar memandangnya. "Bukanlah."

Dahinya kulihat mula mengerut. "Habis tu?"

"Bakal suami aku!" Sejurus itu, sudu terbang hinggap di kepalaku. Aku memandangnya tajam. "Siot kau! Belum apa-apa lagi dah pandai sendiri. Suka hati je."

Aku menggosok tempat yang terkena sudu tadi. Dah tak ada benda lain ke nak lempar? Mata terpandang gambar dari Instagram lelaki itu. Terus rasa sakit itu hilang. Ubat aku!

"Tapi kan... Tak salah kalau nak berangan dulu. Sebab bos aku tu pun masih single migel lagi. Sepanjang aku kerja dekat situ tak pernah lagi aku nampak dia bawa perempuan,"

Rania ketawa kecil. Diana and TJ, ke-obsess-an tu jelas ketara. Kalau benda berkaitan dengan lelaki itu laju saja dia. Tak boleh bayang kalau suatu hari nanti TJ kahwin dengan orang lain. Entah meraung minah ni.

"Tapi aku adalah jugak dengar dia dah ada calon."

"What?!" Hell no! Jangan mimpilah perempuan tu. "Kau jangan main-main. Kau dengar mana gosip tu?"

Aku mula tak keruan. Janganlah betul. Aku baru je nak pasang angan-angan bersanding dengan pujaan hatiku. Ini yang tak seronok ni.

"Kau jangan main-main babe. Punah harapan aku," rungutku. Rania kulihat menjulingkan mata. "Kau carilah orang lain. Entah dia pandang kau pun tidak."

Aku mendengus kecil. "Kau tipu aku kan?"

Rania menjongket bahu sebelum mengangkat pinggangnya ke dapur. Dah agak! Tak guna punya kawan. Suka nak buat aku meroyan tak fasal-fasal.

Seketika bibir kembali senyum. Gambar TJ yang masih menghiasi skrin aku kucup sekilas sebelum menggeletis suka. Hiks! Gedik kau D!



MATA aku pincingkan ke arah tempat letak kereta VIP. Bibir tanpa sedar mengeluh kecil apabila melihat petak itu kosong. Hampa. Orang yang dicari tak sampai lagi.

Miss D milik Tuan Jibrail [IN EDITING]Where stories live. Discover now