RIMAS!
Tangan mula bermain dengan butang baju. Kepala menoleh ke arah hujung restoran. Dalam hati ini usah katalah. Dah macam-macam sumpah seranah dah terbit. Mata gatal itu tak habis-habis nak meneroka wajahku. Tahulah aku cantik!
"Emm Diana..." Tangan tua itu mula menyentuh lembut bahuku.
Pantas aku menepis laju tangannya. Mata memandang tajam wajah tua itu. Lelaki ini dah melampau sangat ni kalau dah main pegang-pegang.
"Datuk buat apa ni?" Ketar sikit suaraku kerana menahan geram. Rasa nak hempuk kepala lelaki tua gatal itu atas meja sekarang ini.
"Alah you ni, tak payah malu-malu dengan I. I tahu you suka."
What?
"Datuk jangan macam-macam eh! Sini ramai orang. Datuk tak takut ke kalau saya jerit nanti?"
Aku melihat lelaki itu ketawa lucu. Sakit pulak hati ni!
"You ni garang sangatlah, sayang. Tapi tak apa. I suka perempuan garang macam you ni."
Aku mendengus kasar. Meremang tengkuk ni. Geli! Tak malu ke? Dia itu dah baya atuk budak tahu tak? Dasar orang tua tak sedar diri!
Aduh! Mana TJ ni?
"Oh ya? Tapi saya tak suka datuk. Saya suka lelaki yang muda. Maaf ya."
"Orang muda buat apa? Tak berpengalaman sayangku. Lebih baik you dengan I je. I boleh bagi segala-galanya pada you. You nak kereta? Rumah? Cakap je dengan I."
Oh Tuhan!
"Terima kasih je la datuk."
Sekarang ni aku dah mula rasa menyesal ikut TJ datang sini. Ada jugak client spesis macam ni. Tanpa sedar tangannya sudah mula menjalar ke pinggang aku.
"Eh datuk buat apa ni?"
"Alah! Tak payah malu-malu."
Pang!
Satu saat.
Dua saat.
Masing-masing terkedu. Aku tunduk memerhati tangan kanan aku. Dia pula sudah memegang pipi kirinya. Ops! Nampak merah.
Kuat juga aku lempang.
"You memang kurang ajar kan?"
Aku tergamam saat dia mula mengangkat tinggi mahu menampar wajahku. Mataku terpejam erat. Menanti tangan itu singgah ke pipi mulusku. Reda je la.
Beberapa saat berlalu.
Perlahan aku membuka mata. Aku melihat lengan lelaki itu sudah selamat digenggam kuat oleh TJ. Entah masa bila dia sampai.
"Datuk, I tak suka you berkasar dengan perempuan. Lebih-lebih lagi dengan PA I."
Suara TJ kedengaran keras dan dingin. Matanya pula memandang tajam wajah tua itu. Datuk Romlee menarik kasar lengannya.
"Mana you dapat PA kurang ajar ni? Macam ni you didik PA you?"
Eh? Aku pula? Dia yang mula dulu. Jarinya menunding tepat ke arah wajahku itu macam hendak saja dipatah- patahkan.
"Dia buat apa dekat datuk?"
Aku memandang wajah dingin TJ. Kenapa pula tanya aku buat apa? Sepatutnya tanya apa yang dia buat dekat aku.
"You tahu dia lempang I. I cuma nak berbual-bual je dengan dia ni. Tak sangka rupa cantik tapi perangai kurang ajar."
Aku menjeling tajam. Dia ni kalau tumbuk kang, ICU nanti!
YOU ARE READING
Miss D milik Tuan Jibrail [IN EDITING]
RomantizmNur Diana binti Kamal aka Miss D. Nama dah cantik dan ayu. Orang luar tengok pijak semut pun belum tentu mati. Itu hanya pada luaran. Sifat gedik yang ada pada dia itu buatkan orang yang berada di sekelilingnya naik meluat! Jibrail Iskandar bin Mal...