Bab 3

188 4 0
                                    

SUNYI. Bunyi celoteh dj radio pun tak mampu memecahkan rasa sunyi yang membelenggu kami berdua. Dia dengan fokusnya memandu. Aku pula hanya diam merenung ke luar tingkap.

"You nak I berhenti dekat mana?" Dia menyoal tiba-tiba. Aku menoleh memandang sisi wajahnya sekilas sebelum memaling ke arah luar tingkap.

Dah masuk kawasan taman. Ceih! Harap je mata tengok luar, tapi fikirannya entah ke mana. Sungguh, bau perfume kereta TJ ni buat aku khayal!

"Tuan berhentikan saya dekat depan simpang tu. Rumah saya dekat sebelah tu je."

Dia membelok ke kanan berdekatan dengan tiang lampu jalan. Kemudian tangan mencapai beg-beg kertas milikku di tempat duduk belakang.

Aku senyum dalam diam. Gentleman sangat! Beg-beg tadi dihulurkan padaku. "Terima kasih sayang..."

"Ha?"

Satu saat, dua saat. Mataku membulat. Sedar akan keterlanjuran kata tadi. Aku berdehem kecil. "Ta... tak maksud saya terima kasih Tuan."

Aku mencubit pahaku apabila melihat wajah curiganya. Macam mana boleh terlepas cakap pulak! Buat malu betullah kau ni Diana.

"Ka... kalau macam tu, sa... saya turun dulu ya," pintaku. Melihat wajah seriusnya, tiada tanda-tanda dia mahu membalas. Aku bingkas keluar dari kereta.

Sempat aku menoleh melihat wajahnya sebelum pintu di bahagian penumpang itu ditutup rapat. Tangan bergerak melambai padanya.

Sama saja reaksinya. Diam membeku. Aku bergerak ke tepi dan hanya menyaksikan kereta mewah itu berlalu pergi.

Tak cakap apa langsung! Bencilah bila crush layan kita macam ni. Kaki kuhentak kuat berjalan menuju ke arah rumah sewaku.

Mata terpandang kereta Myvi milik Rania elok terparkir di dalam. Muka mula naik bahang. Dah balik kau rupanya! Punya lama aku jadi manikin dekat mall tadi sebab tunggu dia. Tunggu kau!

Loceng rumah aku tekan berkali-kali. Biar berasap telinga dia dalam rumah tu dengar. Sampai hati betul!

Seketika aku melihat pintu rumah dibuka tergesa-gesa. Muncul wajah bengang Rania. "La... Kau ke? Aku ingat budak-budak mana yang main tekan-tekan loceng."

Aku melihat dia menyarung kasut sebelum melangkah menghapiri pagar. Mukutnya pula terkumat-kamit. "Kau ni pun satu. Apasal tekan loceng macam nak bagi rosak tu kenapa?"

Aku melopong. "Kau tanya aku kenapa? Kau buka pintu pagar ni cepat. Biar aku tarik rambut berkarat kau tu."

Rania kulihat tidak jadi membuka kunci pagar. Malah kakinya berundur beberapa langkah ke belakang. Terkebil-kebil memandangku.

"Kau dah kenapa tiba-tiba nak tarik rambut orang ni?"

Aku tahan nafas. Sabar sekejap D, reda sedikit marah kau tu. Kang terbako rumah ini nanti.

Bibir perlahan menarik senyum. "Tadi kau cakap nak ambil aku dekat mall kan? Tapi kenapa kau tiba-tiba ada dekat sini?"

Rania mengerut dahi seketika sebelum menarik sengih. Tangannya naik mengusap belakang leher. "Sorry babe, aku ingat nak balik tukar baju dulu sebelum ambil kau. Tapi aku ter-tidur."

Bukan main perlahan bunyi tidur tu. Tapi cukup untuk aku mendengarnya. Aku mendengus kasar. Tapi seketika sebelum bibirku menarik sengih. Terlepas ketawa kecil dari bibirku.

"Ka... kau kenapa? Kau tak marah ke?" Rania menyoal, hairan. Aku mengibas wajahku seketika. Panas!

"Tak. Aku tak marah kau untuk tinggalkan aku hari ni. Malah aku amatlah berterima kasih." Ujarku teruja. Kerutan di dahinya bertambah.

"But, why? Kejap... aku tak faham apa jadi sebenarnya ni?"

Aku cuma menayang sengih. Nafas aku tarik dalam. "Kau buka pagar ni dulu. Nanti aku cerita."

Rania membuat muka menyampah. Tangannya bergerak membuka kunci. Aku hanya diam melihat. Sumpah tak sabar nak cerita. Hehehe.








PINTU ditutup rapat oleh pembantu rumah. Dia pula bergerak menuju ke sofa dan berbaring. Tangan dibawa mengalas kepala. Beg-beg kertas barang yang dibeli tadi pula main campak saja di tepi sofa.

Sungguh dia penat. Tak biasa keluar shopping. Jarang nak jejak kaki ke bangunan 'syurga Shopaholic' itu. Dia pula jenis yang tak cerewet sangat. Selalunya dia suruh saja orang tolong belikan. Lebih-lebih lagi adik perempuannya yang memang seorang kaki mall ini.

Pantang dengar 'Sofea, tolong belikan abang...' laju saja dia setuju. Sebabkan sibuk dengan kerja memang dia tiada masa shopping segala bagai ini. Hobi sendiri pun dah jarang buat.

Tiba-tiba terlintas di minda wajah gadis yang terserempak dengannya di mall tadi. Apa nama dia? Diana?

Katanya pekerja Theo's Hotel. Dia pula memang tak berapa kenal sangat muka-muka orang bawah. Tapi satu saja yang mengganggu fikirannya. Apa fasal muka perempuan macam pernah nampak?

"Is? Kenapa tidur dekat situ?" Suara itu menyentak sedikit lamunannya. Kepala dipanggung memerhati figura wanita barat yang berdiri di hadapan tangga. Dia senyum nipis.

"Rehat sekejap dekat sini. Mommy kenapa tak tidur lagi?" Mata mengerling ke arah jam di dinding. Hampir menginjak ke tengah malam.

"Dah tidur. Tapi your daddy pulak nak minum susu panas. Itu yang turun ni."

Jibrail ketawa kecil. Dad, memang fav dia minum susu. Semua jenama susu kalau boleh dia telan. Anaknya ini pula yang liat sangat nak minum susu.

"You pulak kenapa nak dekat tengah malam baru balik? Pergi mana?" Puan Sri Donita merenung tajam pada anak tunggal lelakinya. Risau hati ibunya. Jibrail ini sangat jarang balik lewat malam melainkan jika ada urusan penting atau...

Lelaki muda ini marah atau sedih.

"Pergi mall lepas tu singgah tengok Emir tadi. Sembang sampai tak sedar dah malam." Jawab Jibrail.

"Oh ya? Bila Emir balik? Mama dia tak ada bagi tahu apa-apa pun." Puan Sri Donita melangkah menghampiri Jibrail.

"Baru je pagi tadi." Jibrail melihat ibunya terangguk-angguk kecil. "Dahlah. Dah lewat ni, pergilah naik atas tidur."

Jibrail mengangguk kecil. Perlahan dia bangun melangkah naik ke biliknya. Tidak lupa juga barang-barang yang dibeli tadi diangkut bersama. Nanti tak fasal-fasal esok tengok ada di dalam tong sampah.







GAMBAR TJ yang menghiasi skrin utama telefon direnung senang hati. Sebagai ubat tidur. Mana tahu boleh terbawa ke dalam mimpi. Sampai sekarang aku masih tak dapat lupa bau perfume yang melekat pada tubuh lelaki itu.

Setiap gayanya, cara dia berjalan tadi pun masih terbayang di minda. Oh Tuhan! Aku dah terlebih angaukan dia sekarang ini. Bibir menarik sengih.

Cuba bagi tahu, perempuan mana je yang tak suka tengok lelaki hensem maskulin? Lebih-lebih lagi TJ. Memang tipikal suami idaman Malaya. Dengan muka pan asian dia lagi. Memang patut pun semua pekerja wanita Theo's Hotel angaukan dia.

Sampaikan mak cik- mak cik cleaner pun pandang. Jangan cakap aku tak bagi tahu. Tapi cuma untuk jadikan menantulah. Pengunjung hotel pun kalau terserempak dengan dia, jalan pun tak tengok depan. Tertoleh-toleh je pada dia.

Macam mana agaknya nanti bila kita orang kahwin. Memang cemburu aku hari-hari. Kalau nak simpan dia dalam bilik sepanjang masa agak-agaknya boleh tak? Biar aku saja yang tengok dia.

"Hahaha... Apa kau ni D. Berangan tak habis-habis." Monologku. Entah apa-apa. Jodoh pun belum tentu lagi dengan dia. Telefon aku tutup dan letak di atas night stand di sebelah katil. Selimut aku tarik menutupi hingga ke paras dada.

Selamat malam untuk diri sendiri...




Selamat malam juga untuk sang pemilik hati ini.


Miss D milik Tuan Jibrail [IN EDITING]Where stories live. Discover now