Jungkook pov
Aku balik ke rumah. Aik ade appa?
Aneh binti weird Ni.
"Harini Hari apa. appa tak kerja ni"
Appa yg tengah baca paper atas sofa tu pandang aku.
"Harini appa tak kerja sebab ada orang disana tu dia nak suruh appa tido luar malam ni kalau appa kerja jugak."
"Eh kalau orang disini tu tak cakap macam tu memang orang disana asyik kerja jer memanjang kan,orang di sini pon orang korporat jugak macam orang disana tapi takde lah asyik sibuk jer. Nasib baik anak teruna orang disana tu masih kenal lagi tau"
"Yelar sayang"
Aku geleng kepala. Tu ha bila Bentara guru dah berbicara. Raja rumah ni pon kalah.
Aku naik atas dan mandi. Lepas tu terus makan.lapar beb.lepas makan aku duduk di sofa. Appa pula sambung baca paper. Eomma letak dulang yang ade lime juice dan kek batik Malaysia.
"Eomma nak mandi jap"
So tinggallah aku dengan appa yang dari tadi dok baca paper.
Aku bukak phone. Insta. Bukak ii jer ade Gamba Hara dengan bambam yg tgh selfie.hara post. Caption....sayang awak. Pergh bad mood terus aa.aku keluar dari ig dan bukak wasap. Tgok status orang. Sekali lagi keluar gambar selfie Hara dengan bambam.
Caption Hara.. thanks bawak dating dear...
Aduh!aku terus tutup fon.
Aku minum lime juice yang eomma sediakan.
Tengah minum
"BABI!"
Terus tersembur air dalam mulut aku.
"Hish jungkook,halau babi tu. Eh bangang la....dah tahu aku halau kau pergi la...eh jungkook...halau cepat."
Aku bangun. Tengok tempat yang appa tunjuk. Mana babinya?
Aku tengok. Ternganga jap.
What a pig?
Lipas wei. Elok je dia landing kat situ. Mungkin sebab yelar dia lipas bukan babi so tak sedar la bapak aku mention dia.
"Shuh"
Aku halau dan dia keluar. Simple.
"Dah appa Kook dah halau bab- i mean lipas tu"
Haih,aneh betol orang zaman sekarang. Ramai dowh yang kata lipas tu babi. Bapak aku kata babi,bapak author kata babi,bapak cg author kata babi and Aku yakin ramai lagi makhluk tuhan kat dunia yang mengatakan lipas yitu babi. Haish,kang kalau betol ii lipas tu jd babi camne...terkejut korang kalau tiba-tiba nampak babi terbang dalam rumah. Mampus tak cukup katil kat hospital sebab nak letak pesakit koma yang koma kerana nampak babi terbang .
Okay cukup lah pasal bab- i mean lipas. Ha tengok. Aku dah terjebak sekali. Haih Kene pergi berubat ni. Nantilah aku jumpa bomoh agust d yang swag. Tapi ermmm swag pon bayaran dia mahal hanat.
Tiba-tiba eomma datang. Bawak ridsect wei.
" Mana babinya,sini eomma spray."
Aku ternganga. Okay Aku bukan ternganga sebab eomma tau yang babi yang dikatakan ini lipas tapi......
Gila wei. Mak aku berkemban dengan syampu masih kat kepala pastu bawak ridsect sambil acah acah nak bersilat. Weh buruk weh. Sumpah tak tipu. Aku picit pelipis aku. Pening jap.
Haih, mood Dahla tgh swing pastu dengan mak bapak yang perangai cam ba......aduh Wey,dosa doh ngumpat parents. Jap lagi kena buat solat taubat.
"Kook dah halau eomma.... eomma pergilah selesaikan apa yang patut selesaikan tu"